Chapter 13

7.8K 346 15
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

"Just be my sweetie brat , FOREVER .."

"Intan.."

Panggilnya lembut.Tidak mahu buat Dee terkejut.

Terdengar namanya diseru,spontan Dee duduk tegak.Macam terkena renjatan elektrik saja!Matanya lari ke arah Aisy.

"Erm,dah sampai.Jom keluar."

Ajak Aisy.Dee hanya angguk.Perlahan lahan dia membuka tali pinggang keledar.Berhati hati bimbang terkena operation spot.

Aisy sudah keluar bersama beg pakaian Dee.Dia membuka pintu untuk gadis itu.

Serta merta Dee terimbau kenangan malam itu.Malam yang baginya semua perasaan bercampur baur.Malam yang buat dia rasa Aisy sangat sayangkan dia.

Tersedar dia sudah tersasar,Dee segera menepis kenangan itu.Dia tidak mahu hidung tak mancung,pipi tersorong sorong.Aisy cuma majikannya,dia pula kuli.

Kaki Dee melangkah ke luar kereta.Lalu dia berdiri terpacak di hadapan rumah sewa Qaisara.Sudah lima hari dia tidak pulang ke rumah ini.Rindu betul dengan Qai.

"Aku tahu kau rindukan Qaisara.Dia ada datang jenguk kau masa kau tak sedar haritu.Now,pergilah masuk.Jumpa dia."

Ucap Aisy buat Dee tersedar dari khayalannya.Dia memandang Aisy sambil senyum kelat.

"Thanks,Encik Aisy.Erm,masuklah dulu.Panas ni.Minum minum dulu ke lepastu boleh solat."

Pelawa Dee.

"No thanks.Takpe lepasni aku nak masuk office so aku solat kat office je.Next time aku datang."

Siap bawa rombongan meminang lagi.

Gumam Aisy dalam hati.Dibiarkan saja tanpa terluah.

"Hmm,nah.Jangan lupa makan ubat.Jaga parut operation tu.Rajin rajin cuci.Jangan pakai baju yang melekat kat badan.Pakai baju yang loose.Pantang sikit makan tu.Jangan buat kerja berat apa semua.Aku tahu kau langgar pesanan aku,siap kau!"

Pesan Aisy tegas.Beg pakaian Dee disua.Dee pula ketawa kecil sambil tangannya menyambut huluran Aisy.

Fuh,caringnya awak Encik Aisy!

"Okey!"

Dee menemukan jari telunjuk dengan ibu jarinya.Sempat juga dia wink pada Aisy sebelum dia beredar masuk ke dalam rumah.

Aisy terpempan.Jantungnya memecut 400 km/j.Tindakan Dee mengenyitkan mata kepadanya buat dia tidak keruan.

Gila!Kau gila Aisy!Intan,kau buat aku gila!

Terus dia masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke pejabatnya.Lama lagi dia di situ,dia boleh gila!

Dee memandang melalui tingkap biliknya kepulan asap kereta Aisy menandakan dia sudah pergi dari situ.Lantas tangan kanannya dibawa ke dada sebelah kiri.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now