Chapter 53

5K 224 7
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku ..

"Asal kita tak bincang kat rumah je,bos?Sampai ke office bos bawak saya ni,"soal Daus.Aisy menyinsing lengan kemejanya hingga ke paras siku.

Man's a damn hot!

"Aku nak tunjuk something kat kau.Lagipun dah malam ni.No one in office," ujar Aisy.

Daus angguk sekali.Kemudian suasana senyap lagi.

"Ya Allah,aku lupa.Phone aku,tertinggal dalam kereta.Aku turun kejap.Kau masuk dulu,"tanpa menunggu balasan Daus,Aisy sudah lesap.Dia hanya menjongket bahu sekali.Kakinya terus menapak ke pejabat Aisy.

Sampai saja di hadapan pejabat,Daus berdiri tegak di hadapan pintu sebelum bunyi beep kedengaran.Dia segera menolak daun pintu.

"Assalamualaikum,"ucap Daus perlahan.Tiba-tiba lengannya direntap kasar,mulutnya ditutup.

Pergerakan Daus terkunci.Tubuhnya terus didudukkan di atas kerusi.Daus menggigit tangan yang menutup mulutnya sehingga terlerai pegangan itu.

"Hoi,kau sapa?Apa yang kau nak hah?!"

"Surprise!"

Serentak itu,lampu dinyalakan.Daus terlopong.Rahangnya macam dah boleh mencecah lantai.Matanya terkelip-kelip.

"Happy birthday Daus Maliki!" Semua yang di situ melaungkan ucapan keramat itu.Daus terkaku di kedudukannya.Lidahnya terkunci.Namun bibir dia menconteng segaris senyuman nipis.Matanya juga macam tiba-tiba masuk habuk!

"Tt-thank you semua.Ingat ke dah tua-tua ni dah takde orang ingat birthday.Hmm,sob sob," Semua bantai ketawa.

"Allah selamatkan kamu.Allah selamatkan kamu.Allah selamatkan Daus Maliki.Allah selamatkan kamu!!" Daus menoleh ke arah datangnya bunyi nyanyian itu.Bibirnya dikulum,menahan tawa.Geli hatinya melihat si pemilik suara sumbang itu.

"Kelautan Hindi siot kau nyanyi untuk aku!" Pecah ketawa Daus yang cuba ditahan.Terus Johan naik tangan ke belakang tubuh si birthday boy!

"Tutt betullah kau ni!Yang ni je bajet bos kau ada.Ini jelah yang kau dapat,Daus!Padan patut dengan bajet yang diperuntukkan!" Johan memulangkan paku buah keras.Dee dan semua sudah bantai gelak dengan dua orang yang sibuk bertikam lidah ini.

"Amboi,Joe.Memandai nampak?Aku cut gaji kau kang!"

Suara Aisy membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.Di tangan lelaki itu terdapat satu belon lutsinar yang tertulis 'Sanah Helwah Daus' serta beberapa biji belon helium berbentuk hati yang berwarna warni.Daus terlopong,Johan sudah mencuka.

"Tak habis-habis ugutlah,bos ni.Gurau pun takleh!"

Merengus perlahan,Johan berlalu ke meja yang terhidang pelbagai jenis makanan untuk sambutan hari lahir Daus.Kek hari lahir milik Daus yang dipegangnya sambil menyanyi itu diletakkan di atas meja.

"Alalala,bucuk-bucuk.Janganlah marah-marah.Muka dah merah-merah ni,nak cendol?Ke nak kaki?"

Daus memaut bahu Johan yang memuncung.Semua sudah geli hati dengan dua sahabat itu.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now