5

3.5K 237 2
                                    

Hai. Turun kat court sekarang. 

-Hadi

Aku berkerut memandang Sofie, seorang junior tingkatan dua yang masih tercegat di depan aku. Sofie pun tersengih jelah pandang aku. Mesti dia rasa seram sejuk sebab aku duk tenung dia. Heh.

"Dia ada kat bawah." ujar Sofie lagi. Aku mencebik. Apa ni suruh junior pass kan surat. Tak malu betul. Dan ni sepatutnya rahsia kot.

"Thanks Sofie. Awak boleh balik dorm dah kot. Nanti akak turun." Sofie menangguk perlahan dan terus keluar dari dorm aku. Haih kesian betul minah ni. Dorm dia aras satu, terpaksa naik sampai aras tiga semata-mata nak passkan surat. Kalau aku jadi Sofie memang aku tolak mentah-mentah nak tolong Hadi. Ehhhh Aish.

Haih susahnya nak eja nama dia.

Aku tukar pakaian sukan dan seluar yang lebih bersesuaian. Aku rasa dia ajak aku jog kot sebab waktu ni waktu riadah. Hm mampuslah aku pun dah lama tak riadah. Ada lah dalam setahun? Hahaha. tapi aku baru je plan nak tidur mimpi prince charming sekali prince betul panggil. Ok geli jap.

"Kau nak pergi mana?" tiba-tiba Dania, kawan satu dorm aku bertanya apabila aku sudah berada di depan pintu. mungkin dia pelik tengok aku berpakaian 'lengkap' dan ingin keluar pada waktu begini.

"Jogging. Nak ikut?" Dania pantas menggeleng. Aku tersenyum manis ke arahnya dan terus memecut laju ke gelanggang, demi berjumpa buah hati tersayang. Eeeyek!

Sampai sahaja aku di gelanggang aku terus nampak satu susuk tubuh yang sedang menunggu aku di pondok di tepi gelanggang sambil menyisip air sirap menggunakan straw. Sempat lagi beb dia beli kat kafe sekolah. Hm.

"Hey sampai pun. Aku fikir kau dah tidur tadi." Aku tersengih. Perli teruk betul dia ni. 

Aku ambil tempat di sebelahnya dan menemani dia menonton perlawanan futsal di gelanggang. Dan terus aku menguap. Opss.

"Ngantuk ke weh? Sorry ah kacau waktu tidur kau. Er nak jog?" soalnya prihatin. Tangannya melepaskan plastik air sirap ke atas meja.

"I thought you don't want to ask." 

Aiysh senyum menampakkan lesung pipit dia. Ya Allah, aku ni dah move on ke belum?

Sepanjang kami jogging di sekitar hostel dan sekolah, dia banyak bertanya tentang aku. Aku kat kelas macam mana. Kenapa aku kawan dengan Ezra. Kenapa aku main game ni. Kenapa dan kenapa. Tapi satu soalan dia tak tanya aku lagi.

Geng kita macam mana.

Huh.

"Kau ni diam je. Cakap sesuatu dengan aku please." kata Aisy. Aku terhenti kejap dari berlari. Aku rasa aku patut cakap sekarang kot.

"Em kau tak ingat aku ke?" 

Aisy terkebil-kebil pandang aku sebekum dia ketawa bagai nak rak. Aku kerut dahi. Apahal seh.

"Ofcos la aku ingat. Kau 4th gred paling pandai kot last year. Berapa kali kau naik pentas. Huh habis rekod aku, kau pecahkan." Aku tepuk dahi tanda tak puas hati. Yang tu jika ditanya cikgu, cikgu pun boleh jawab. Aku ada sebab lah soal kau soalan tu. Aduhai. Apalah malang sangat aku ni ada kawan baik, eh, bekas kawan baik macamni.

"Okey, stop buat muka blur kau. Aku ingat. Sangat. Laila Deanne Merrika, my bestfriend since primary school. Dan jugak, ex aku mungkin?" soalnya sedikit sinis. Matanya memandang aku tajam. Lah, dia pulak nak psiko aku. Dehek!

"Oh gee, thanks ingat aku." balasku pendek. Entah kenapa, aku yang timbulkan soalan tu dan aku yang badmood. Mungkin masih terkesan dengan apa yang dia pernah buat pada aku. Ouch!

"Oh kamon lah. Kau takkan terasa kot dengan hal du-"

"Tak terasa punlah. Balik jom?" Tukar topik. Aku malas nak bertengkar dengan dia pada hari pertama aku kapel dengan dia. Nanti tak pasal aku tak boleh pegi Singapore. Sedih!

"Oh sekarang ke? Baru nak sembang."

"Takyah lah. Takde mood. Oh ya! Sebelum tu.." Aku hulurkan phone aku pada dia. Dia menyambutnya bersama kerutan di dahi. 

"Selfie."

Done dating first day.

Aloha readers! Nak bagitahu yang ini maybe last update OR esok last update sebab esok petang balik hostel *OHYEAHA!* So jangan rindu saya hihi

Couple Games ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora