14

2.5K 169 2
                                    

[Author's POV]

Ikmal memandang Aish dengan serba salah. Dia tak tahu sama ada dia patut memberitahu keadaan Laila atau tidak. Dari riak wajah Aish yang tenang, dia pasti Aish tak tahu keadaan Laila.

Tangan Aish tetiba mendarat di bahu Ikmal. "Mal, asal kau ni?" Fuh nasib tak melatah. Aku tampar jugak laki ni.

"Er takde er camne nak cakap eh?"
"Cakap jelah."
"Itew malu la wak. HAHAHAHA"
"Pig. Betul betul la bodo." Ha nampak tak baik Aish tu, dia tak carut ba alif ba ya, dia carut pig padahal maknanya sama hahaha apa apa jelah. Lagi geli bab Ikmal tadi.

"Ha ni, tahu tak Laila demam?" Seperti yang Ikmal jangka, Aish pandang dengan muka yang tak percaya. Aduh.

"Mana kau tahu?" Bahu Ikmal dicengkam kuat. Aduh tashabar betul mamat ni.

"Aku ronda floor ni tadi. Pastu nampak Laila kat dalam. Dia nampak lemah gila so aku assume dia demam. Aku biar je dia kat dalam kelas." Aish hela nafas lega. Apa yang lega Ikmal tak tahu la pulak. Lega agaknya aku biarkan Laila tidur kat situ.

Tapikan selega lega dia tu, dia tetap juga keluar kelas. Mujur cikgu takde. Ikmal pula biarkan saja laki tu keluar. Seronok kan ada member kamceng pengawas HAHAHA

Sesampainya Aish di kelas Laila, dia dapati meja guru kosong. Kelas juga agak riuh. Pelik memang pelik tapi tak pelik bila Aish dapat tahu daripada Paan yang cikgu Nisa hantar Laila pergi hospital. Pengsan.

Saat itu Aish rasa matanya berpinar. Aik takkan nak pengsan juga kot? Dia bergegas ke bilik sakit dahulu, sebab apa apa yang perlu pergi ke hospital perlu duduk di bilik sakit di dalam bilik guru dulu. Jumpa guru bertugas.

Hampa. Takde orang pun di bilik sakit. Tiba tiba ada orang memanggil namanya.

"Kau cari Laila ke?" Aish mengangguk laju. Namun matanya masih memandang Ezra tajam.

"Dia baru je pergi hospital dengan cikgu Nisa and cikgu Amad." Aish mengeluh hampa. Apa lagi yang dia boleh buat? Takkan nak kejar kereta cikgu pulak? Lagipun mereka bukan ada ikatan apa pun. Setakat couple itupun atas game. Haih.

Aish berjalan keluar dari bilik sakit namjn kemudian dia berpaling memandang Ezra.

"Asal tak bagitahu aku tadi yang Laila demam?"

Ezra terdiam. Rasa bersalah agaknya.

***

Seharian tak jumpa Laila boleh buat dia jadi gila. Mujur cikgu call mama Aish untuk menemani Laila di wad hospital. Pelik sebenarnya sebab cikgu selalunya call penjaga kalau pelajar tu sakit. Ni yang dia call penjaba Aish dah kenapa? tapi sebab tu la Aish boleh duduk di dalam wad Laila!

Muka Laila memang pucat. Doktor kata athmanya menyerang sebelum tiba ke hospital. tambahan pula tekanan darahnya rendah. Hm payah.

"Laila."
"Hm?"
"Ok tak? Nak makanan?"
"Taknak."

Aduh masalah bhai pompuan ni.

"Em Laila."
"Apa lagi?"
"Pasal kita."

Perkataan kita membuatkan Laila tersentak lalu memandang Aish. Berminat agaknya.

"Boleh kita extend? I mean, tak payah clash?" Laila ketawa di hujung ayat Aish. Sinis tapi itu membuatkan Aish bahagia. Bagai ada melodi indah lol

"It just a game. Kau tahu kan?"
"Tapi aku tak anggap tu game."

Laila mengeluh. Penat berfikir. dia dah redha dah sebenarnya apa yang jadi. Redha kah dia couple dengan Aish?

Tiba tiba masuk sepasang suami isteri. Muka Laila nampak cuak dari mata Aish. Bila dipusing belakang Aish tersenyum dalam diam. Patutla. Mak dan daddy Laila datang.

"Think about it Laila. Esok last day tapi aku taknak esok tu jadi real."

.
.
.
.

Maigod Couple Games nak habis dah! Esok penentuannya huhuhu

Couple Games ✔Where stories live. Discover now