11

2.6K 189 0
                                    

Ahad.

Hari yang aku sangat nantikan. Kenapa? Aku nak blah dari sini cepat-cepat. Duduk asrama lagi seronok aku rasa. Fuh.

Pagi tu, di meja makan, ada mama seorang. Aish belum bangun agaknya sebab pintu bilik dia masih tertutup dapat. Hm typical boys.

Macam la aku bangun awal sangat. Pukul 9 baru nampak batang hidung HAHAHA

Ok sampai je aku kat meja, mama senyum manis. Ditanyanya aku nak makan apa, biar dia sendukkan walhal terang-terang ada nasi goreng depan mata aku. Ofkos la makan nasi goreng.

"Takpe ma, Anne boleh senduk sendiri." Mama tergelak kecil. Tangannya menghulurkan senduk kepada aku. Sebaik sahaja aku sambut hulurannya mama terus bangun membawa pinggannya bersama ke sinki. Eh dah habis ke?

Alhamdulillah, tak la rasa awkward.

Semasa aku duk happy go lucky makan nasi goreng mama tetiba ada bunyi loceng. Aiseh baru suapan pertama. Suapan pertama la kita patut nikmatinya kan?

"Errr Anne, boleh tolong buka pagar? Rasanya kawan mama tu."

Aku terpaksa meninggalkan nasi goreng yanb sedap itu. Oh babai!

Aku menuju ke tingkap sambil memegang segugus kunci pagar automatik. Fuh kaya bhai. Errr macam la rumah aku takde pagar automatik hahaha

Aku tak dapat melihat dengan jelas siapakah gerangan manusia di luar pagar itu. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk aku terus menyorokkan diri di sebalik langsir.

Itu mak dan daddy aku.

Mata aku berair tiba-tiba. Dalam kepala banyak kata-kata marah aku lempadkan kepada mama. Sampai hati mama jemput mereka.

"Weh asal tak bukak pintu untuk mak kau? Meh sini." Entah sejak bila pula mamat seorang tu turun tahu-tahu je dah ada kat belakang aku.

Aku hulurkan dengan kasar kunci rumah mereka lalu berlari ke meja makan semula. Aku nak habiskan makan cepat-cepat, boleh tak? Atau aku patut bawa lari pinggan ni ke tingkat atas? Ah serabut.

Tak sempat nak bawa lari mereka dah masuk. Aku? Redha je la. Acah sambung makan walhal selera aku dah mati sebaik sahaja mereka melangkah masuk.

"Laila Deanne." Panggilan Aish yang sedikit tegas tu menyedarkan aku dari dibuai mimpi di siang hari. Aku acah-acah baru perasan kehadiran mak ayah aku. Aku bangun, menyalami mereka berdua. Aku masih hormati mereka sebagai orang yang melahirkan aku dan menjaga aku walaupun sekejap. Tapi tak tahu sampai bila aku boleh tahan kemarahan aku.

"Duduklah mak, daddy. Makan sekali. Anne baru je makan." Aku letak dua pinggan dihadapan mereka masing-masing. Mak menggeleng kepala tanda tidak mahu.

"Kami datang ni nak bawa Anne jalan-jalan. Lepastu kami nak hantar Anne balik asrama sama-sama. Macam keluarga?"

Aku tersenyum sinis. Keluarga. Dah lama aku tak dengar ungkapan keluarga keluar daripada mulut mak. Sejak mak dan daddy berkahwin lain aku tak dengar pasal keluarga Anne. Tak langsung. Yang mereka tahu, keluarga baru. Tanpa Laila Deanne.

Melihatkan wajah aku yang tegang mungkin, Aish mengubah topik.

"Dah lama tak jumpa kan aunty, uncle. Mama pun dah tak sabar nak jumpa aunty. Mama ada kat dapur. Kejap lagi dia keluar."

Hm baiknya Aish dengan mak. Calon menantu yang baik. Eh?

Macam mana kalau anak mereka yang teruk? Entah.

"Anne, pergi kemas barang kamu lepas dah habis makan ye? Kejap lagi kita bertolak. Tak sabar nak keluar macam keluarga dulu."

Keluarga dulu?

Setitik. Dua titik. Akhirnya turun juga air mata yang aku tahan sejak tadi. Ayat mak tadi sangat menyentuh perasaan aku. Kenapa mak suka bandingkan keluarga dulu keluarga sekarang? Sebab mak dah ada dua keluarga? Anne pulak macam mana? Keluarga apa Anne patut pilih?

Keluarga Aish?

"Anne?" Daddy memanggil aku. Aku kesat air mata dengan hujung baju. Aku bangun dari kerusi, menghentakkan sudu di atas meja. Kasar. Biadab. Ya itu la aku yang sebenar. Semua ni aku sorok dalam kesopanan aku yang hanya 10% je wujud dalam diri aku. Selebihnya kasar.

"Mak, daddy. Tahu tak? Anne penat jadi baik sebelum ni mak. Penat. Orang asyik pijak je mak. Lagi-lagi Anne takde mak bapak. Mak dengan daddy pun tak layan Anne. Anne tahu, Anne dah seventeen. Dah besar kalau nak dibandingkan anak-anak baru mak dengan daddy. But I'm still your daughter mak."

Semua yang ada di situ terkejut dengan ayat aku. Teruk sangat ke?

"I need you. But you're not there. Dan sekarang mak dan daddy datang nak jemput Anne jalan-jalan? Wah what a wonderful dream I had! After 5 years kita tak keluar sekali, tiba-tiba harini? Why today daddy? Why?"

Aku mencari nafas lagi. Banyak lagi yang aku nak luahkan. Banyak. Hati aku ni sakit pendam banyak banyak. Penat.

"Mak. Anne dah tawar hati dengan mak. Anne minta maaf tapi Anne kecewa mak. Sangat kecewa." Aku berlalu pergi ke tangga, menuju ke bilik. Aku rasa bersalah la jugak tinggalkan semua orang kat bawah dengan pinggan yang masih berisi nasi goreng tu tak habis lagi. Malah aku rasa bersalah pada mak dan daddy. Derhaka kah aku?

"Anne." Aku dengar Aish panggil nama aku. Sejak bila pula dia ada kat belakang aku? Bukan tadi dia kat bawah ke?

"Kenapa buat macam tu? Dorang kecewa."

Aku tersenyum sinis. Kecewa?

"Ramai sangat buat aku kecewa selama ni, kau tak kisah pun? Sekali sekala buat orang kecewa seronok jugak. Patutlah ramai yang buat aku kecewa." Aku selitkan perlian buat Aish Hadi juga. Aish nampak terkedu kejap gapi aku biarkan. Aku masuk bilik dan terus mengunci pintu. Tak keluar-keluar dah kecuali waktu balik nanti.

p/s ; I think this is the longest part in Couple Games. 897 words fuh.

Couple Games ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu