9

2.9K 213 2
                                    


Suasana dalam kereta Proton Exora berwarna hitam sangat sunyi sepi macam dalam hutan. Hutan pun ada bunyi haiwan kot tapi kereta ni lagi sunyi daripada tu. Radio takde. Orang hm takpayah dikata. Sumpah krik krik.

Aku nampak je Aish Hadi usya aku dari cermin pandang belakang di tengah tengah kereta tu tapi aku buat tak tahu. Masih macam awal aku masuk kereta ni. Dingin. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Aku takde mood untuk beramah mesra dengan mak Aish Hadi.

Yes, aku balik rumah Aish Hadi. For what reason? Entah aku lupa.

Ok tipu.

Lepas sesi aku checkmate dia pagi tadi kitorang diam sampai ke sudah. Tetiba waktu dah balik aku dah baring atas katil dalam dorm tengok orang bersiap nak balik, ada budak datang kata ada orang tunggu kat bawah. Siap bagi pesanan.

"Kemas barang. Kau balik rumah aku. Ha tulah yang dipesan abang hensem tu tadi kak."

Abang hensem hm? Aish Hadi la tu.

Dan tada, aku dahpun selamat naik kereta. Eh eh.

Selamat sampai rumah dia dah pun.

"Ha Anne, jangan malu-malu. Masuk je. Buat macam rumah sendiri." 

Buat macam rumah sendiri. Dan itulah apa yang aku buat selama satu malam dekat rumah Hadi. Duduk berkurung dalam bilik tak keluar even waktu makan malam. Aku cuma makan biskut lebihan bekal kat asrama je. Sedih? Er tak jugak. Dah biasa.

Masuk hari Sabtu, aku ingat nak sambung rutin tu tapi tetiba ada ketukan di pintu. Mak dia. Oh tidak.

"Anne sihat tak? Demam ke?" Itu soalan pertama. Aku menggumam perlahan. Taktahu nak jawab apa. 

Malu mungkin.

"Jom turun? Borak dengan mama. Dah lama tak jumpa kan?" Aduh mama pulak! Dia tahu ke yang aku ni tengah couple semula dengan anak kesayangan dia tu selepas lima tahun dah berpisah tanpa diberitahu? Errr masak betul.

Mata aku meliar ke sekeliling rumah mencari bayang manusia bernama Aish Hadi namun hampa. Macam kena tinggal je aku ni? Huhu sedih.

"Aish keluar tadi. Dengan Reza. Kamu kenal Reza? Geng dengan kamu dulu." Aku angguk laju.

Reza.

Sebaris nama itu muncul bersama gambarnya di layar memori aku. Tipu tak ingat. Dia ni kira bestfriend aku jugak. Aku kenal dia lebih lama daripada aku kenal Aish. Sejak tadika. Tapi sejak aku pindah sekolah baru aku  dah jarang jumpa dia walaupun rumah dekat-dekat. Tapi still chatting di laman sosial. Hm betullah kata orang. Media sosial sngat berguna untuk menghubungkan hubungan jarak jauh. Lah sangat! Haha.

"Mama tengok kamu ni dah lain. Makin lawa aje? Makan jamu ye?" Mama ketawa. Aku turut ketawa tapi terpaksa. Takkan aku nak diam je kot? Kurang ajar pulak rasanya.

"Hm Aish ada cerita pasal kamu sebelum ni. Dia kata kamu dah sombong, tak layan dia. Yeke?" Aik? Aku pulak yang kena. Bukanke anak dia yang sombong namati tak tegur aku pun masa aku masuk sekolah baru tu. Eiii teruk betul.

Aku ingat lagi. Masa first day aku masuk, aku bawak banyak barang. Lepastu terjatuh. Lepastu dia lalu. Lepastu dia pandang je, tak tolong aku.

Ei pishang betul.

"Anne kamu rindu mak kamu ke?"

"Ha?" 

"Kamu rindu ye? Dah berapa lama tak balik rumah?" Aku berfikir sejenak. Hm lama jugak eh. Dekat tiga bulan. Hoho.

"Anne, mama minta maaf ye bawa lari Aish masa kamu sangat perlukan dia. Mama tahu kamu berdua tengah erm apa orang panggil? Kapal?" Aku tergelak kecil sambil membetulkan sebutannya. Mama turut tergelak.

"Couple tapi tulah terpaksa. Aish tupun nak berahsia  dengan geng dia. Mulatu mama tak kesah tapi bila mama dapat tahu yang Aish couple dengan Anne time tu dan parents Anne bercerai mama rasa bersalah sangat."

Aku terdiam. Kenapa mama dia bercerita dengan aku ni? 

Aish cerita semua ke pada mama ?

Lagi-lagi part ....

"Maafkan dia Anne. Maafkan Aish?"

Aku angguk dengan perlahan. Ya aku maafkan dia. 

Aku rasa aku dah boleh terima dia sekarang.

Tapi kena ingat.

Tujuh hari je. 

Dan masih berbaki tiga hari lagi.

Couple Games ✔Where stories live. Discover now