Bonus | Raya Edition

2.9K 174 21
                                    

in the world full of players, be the one who changes the game

Kaki aku melangkah besar keluar dari dewan kuliah. Sebaik sahaja Miss Alaina kata "class, dismiss," semua orang bangun serentak dan terus menuju ke pintu dewan. Miss Alaina pun terpaksa lalu pintu belakang dewan sebab taknak berebut dengan pelajar-pelajar kelas fesyen yang excited nak balik raya.

Tahun ketiga di Universiti Antarabangsa Duplayx membuatkan aku menjadi semakin matang. Aku dah tak kisah pasal balik raya. Aku dah tak rasa keinginan untuk berkasih sayang dengan orang lain jantina. Tak, aku tak maksudkan aku lesbian. Aku masih tertarik kepada mereka yang berstatus lelaki tulen cuma aku tak rasa untuk berkenalan lebih lanjut dengan mereka. Titik.

Sejak aku dipermainkan dua tahun lepas, aku memang pendiam. Aku susah nak percaya orang lain. Bayangkan, aku sampai tak bercakap dengan kawan-kawan aku dulu. Ezra, Ikmal. Even, Aisy Hadi tu pun aku dah tak tahu dia belajar ataupun dah kahwin dengan Ezra.

"Anne."

Aku toleh belakang. Sepasang mata hazel tepat memandang aku dengan tangannya erat memegang pergelangan tangan aku. Bibirnya yang pink semula jadi membuatkan nafsu aku mencanak naik nak menyentuh bibir munggil itu. Gaun putih nipis paras lutut dipadankan dengan seluar skinny jeans membuatkan aku rasa nak terkam dia. I even can see her pink bra! Tapi cepat-cepat aku geleng kepala. Gila!

Aku bukan lesbian.

"Hi Bella. Parents dah sampai?" Soalku apabila ternampak di kiri dan tangannya ada bagasi besar. Cepat betul dia keluar dari dewan. Aku baru nak belok masuk hostel.

Bella tersenyum nipis, "belum. Saja bawa turun awal-awal. Anne balik mana?"

Aku garu kepala. Alahai, aku taktahu nak balas atau tak. Aku tahu Bella tak bersalah dalam hal ni tapi dia sengaja tanya aku sebab rumah dia satu kawasan perumahan dengan mak. Sama ada dia tanya dari hati dia atau mak yang suruh, tak tahu la pula aku.

Bella ni juga bukanlah best friend forever and ever aku tapi dia salah seorang pelajar yang cantik dan pandai yang sudi nak berkawan dengan aku yang pendiam. Ada je celoteh dia nak buatkan aku bercakap.

Lama-lama aku selesa.

"Err Anne, entahlah. Tak planned apa-apa pun lagi. Buat masa ni nak habiskan sisa masa yang ada kat hostel baru balik."

Bella kerut dahi mendengar alasan aku.  bayangkan, ada ke orang nak cuti kat hostel? Semua orang berebut nak balik awal while me, dengan bangganya dan rasa kasihnya nak lepak hostel. Macam takde keluarga!

Orang yang takde keluarga pun balik juga tau.

"Anne, taknak balik rumah mak?" Ha sudah! Dia dah bahasakan mak as mak.

Aku angkat bahu. Dia mengeluh, "dah dua tahun kau raya rumah daddy kan? Why not," aku pegang bahu dia, kuat. Bella nampak tersentak kejap.

Aku tarik tangan dia masuk ke bangunan hostel, terus menuju ke tandas ground floor. Aku sandarkan dia ke dinding, rapat. Bella sumpah nampak lost gila tapi aku peduli apa. Aku dah lama tahan ni. Sejak dua tahun lepas.
Sejak breakup dengan Aisy Hadi.

Sorry Bella.

"Anne, kenapa masuk tandas? Kau nak buat apa?"

Couple Games ✔Where stories live. Discover now