7

3K 226 0
                                    


7 Oktober 2017

Harini sangat hambar. Tiada surat kiriman Hadi suruh makan kat taman bunga. Takde orang pun nak hai aku pagi-pagi, hantar mesej sweet macam fake boyfriend Mayra buat. Takde bekal bawah meja. Paling teruk, geng aku buat aku macam tak wujud. Oh damn srsly? Semua nak palau aku? 

Ok then. Aku boleh hidup tanpa manusia lah.

 Tapi beberapa jam lepastu aku sedar sesuatu - Aku tak boleh.

Bila cikgu Maths ajar kat depan dan aku blur namati, Mayra tak ajar aku. Bila cikgu Bio masuk ajar, aku blur. Takde sape boleh explain pada aku pasal bahasa alien tu. Wahhhh help me!

Tiba-tiba ada benda melayang tepat terkena pada atas kepala aku membuatkan aku mengaduh sakit. Aku kembali memandang ke depan - Cikgu Hana, cikgu Bio aku tengah pandang aku dengan pandangan tajam. Oh no ni bukan pandangan yang baik.

"Laila, explain balik apa yang saya ajar sebelum saya --" Kata-kata cikgu terhenti di situ apabila ada ketukan di pintu kelas. Semua mata memandang ke luar. Ternyata manusia di tepi pintu tu ialah seorang pengawas tingkatan 5 Asteroid, kelas Sains pertama. Uwow, siapa yang dia nak panggil tu?

"Ha ada apa Ikmal?" Ewah cikgu ni, dia pergi mention nama budak tu pulak. Hm not bad duh. Macam hot stuff je? Hahahaha sorry tak kenal.

"Er cikgu, boleh saya masuk?" Cikgu tersipu malu, sedar akan kesilapannya. Selepas diberi keizinan Ikmal terus masuk dan bercakap sesutau dengan cikgu sebelum dia berdiri di tengah kelas.

"Er, nama yang saya sebut ni, jumpa saya kejap."

Maka semua mata tertumpu fokus kepada dia.

"Er Laila Deanne?" Kini semua pandang aku, termasuk Ezra. Muka dia nampak cuak. Mestilah dia cuak - takut aktiviti game dia ni kantoi dengan pihak atasan. Setakat ni belum kantoi. Hayo! Salah aku ke ? Aku buat apa je duh?

"Okey, terima kasih cikgu." Aku yang dah berdiri ni terkebil-kebil pandang Ikmal. What? Aku sorang je? Weh asal aku kena hadap cikgu yang entah siapa sorang sorang kalau betul ni ada kaitan dengan Couple Games tu? Oh tidak mati aku.

Aku ikut Ikmal keluar kelas, menuju ke hujung koridor iaitu tandas perempuan. Aku berkerut. Okey, ni nak tunggu awek dia ke apa?

"Er sorry culik kau kejap. Nanti aku ajarkan Bio yang kau tak sempat nak habiskan harini eh?" katanya dengan riak wajah yang bersalah. Aku yang sememangnya tak minat bio terkejut beruk kejap. 

"Ha? Eh takpe. Aku boleh minta orang lain ajarkan." Hahahaha lol orang lain? Siapa je do?

"Ah bolehlah? Bersalah siot."

"Haa yelah yelah. Ni apahal bawa aku ke sini? Bukan nak jumpa pengetua ke?" soal aku tanpa berselindung. Siapa je tak pelik bila dipanggil pengawas lepastu tetiba dating depan tandas? Tapi yang peliknya lelaki depan aku ni boleh ketawa pulak dengan soalan aku. Okey, aku buat lawak antarabangsa eh?

"Siapa kata nak jumpa cikgu sayang? Aku lah yang nak jumpa kau."

"Kenapa?" Ok ni pelik. Sejak bila aku feymes ni? Hohoho.

"Nah." Dia hulurkan sekeping kertas yang bernama ' Deanne ' pada aku. Ok ni tulisan Hadi. Er jap, asal aku gelarkan dia Hadi ni? Eeeew

"Oh okey thanks." Aku ambil, simpan dalam poket dan terus berpaling dari situ, berjalan ke kelas. Tiba-tiba dia panggil aku semula.

"Tahu tak, kau bertuah duh dapat couple dengan Aisy. Sebab selama ni ramai orang nak couple dengan dia tapi direjek sebab dia satu je. Dia sayang dengan perempuan yang dia pernah tinggalkan dulu."

Aku tersenyum nipis. Entah kenapa aku rasa Aisy Hadi dah cerita semua yang berlaku kepada Ikmal ni. Tapi Ikmal tak tahu cerita aku lagi. Sekarang bolehlah dia back up mamat acah bagus tu. Kalau dia tahu dari aku, aku rasa dia akan couple dengan aku.

Eh?

Jangan macam-macam lah Laila Deanne! 

Couple Games ✔Where stories live. Discover now