6

3.4K 225 0
                                    

Sorry sebab dah lama tak update! Gentle I rasa bersalah gila lol. It's okey, kita sambung okey! Bye!

***

6 Oktober 2017

"Eh esok balik kan?" Ezra tiba-tiba menyoal satu fakta yang memang semua budak asrama ingat. Tarikh balik. Aku tak tahu la pulak kalau ada orang tak ingat tarikh balik sebab semua nak balik kan?

Tapi sangkaan aku meleset bila aku terlepas suara, "Eh esok balik?". Dan semua manusia di dalam kelas pandang aku macam aku ni ada empat tangan. Errr...

"Yup esok balik sayang. So kau stay asrama ke esok?" Mata Ezra tertancap pada aku menunjukkan dia menyoal aku. Aku menggaru kepala yang tetiba terasa gatal. Susah ni.

"Aku rasa better kau balik lah weh. Tak kesian ke dengan mama kau?" kata Mayra pula. Aku terdiam. Mama hm? Aku dah lama tak jumpa mama. Jujur, aku rindu mama papa yang dah bercerai lima tahun lepas dan kini masing-masing dah berumah tangga dengan pasangan yang baharu yang membuatkan aku bertambah segan untuk berjumpa. Aku rasa macam di anak tirikan. 

Entahlah. Sejak aku masuk sekolah ni tahun lepas, aku memang tak balik rumah kecuali masa cuti sekolah. Itu pun dua tiga hari je lepastu aku balik rumah Ezra sampai habis cuti. Mujr Ezra sudi kutip aku kalau tak mahu menangis aku kat rumah mama atau papa.

"Kalau nak tumpang rumah aku, aku on je. Cuma, sebagai kawan, aku sarankan kau jumpa family kau." tambah Ezra pula. Aduh, payah ni. Semua taknak aku ke acane?

"Aku stay hostel je." 

Semua mengeluh dengar jawapan ringkas aku. Nampaknya itu bukanlah jawapan yang mereka inginkan. Tapi aku bukannya nak balik rumah diorang pun so apa kesahnya kan? 

Loceng rehat berbunyi dan kami menjalankan tugas masing-masing ; dating. Aku pagi-pagi lagi dapat surat daripada seorang junior untuk turun ke taman bunga waktu rehat. Jadi, sayonara geng! Jumpa minggu depan!

***

Taman bunga.

Macam semalam, aman aje kat sini. Memang seronok. Hilang rasa serabut aku yang sibuk berfikir pasal balik rumah atau tidak. Tapi tu sekejap je sebab bila Aisy datang, tiba-tiba otak aku rasa nak meletup.

Okey, tu over. Aku tahu.

"Hey kau okey?" Aku tersenyum sumbing. Okey agaknya.

"Kau stay hostel lagi ke esok?" Aku mengerutkan dahi. Mana dia tahu?

"Aku tahu. Mama kau kadang borak dengan ummi aku."

Hampir terlepas bekas makanan aku bila terdengar jawapan dia. Mama berborak dengan ummi Aisy? Ya Allah, rancangan kau sangat hebat. 

"Aku em tak balik." 

"Kenapa?"

Kenapa? Entah. Segan dengan papa baru. Trauma mungkin dengan pelbagai berita yang terkini sekarang. Aku takut. Papa? Ada mama baru. Dan aku takut dengan mama baru jugak. Macam mana kalau dia buli aku. 

Tanpa aku sangka tangan Aisy melekap di pipi aku, menyeka air mata yang tiba-tiba menitis.

"Aku minta maaf Anne, kalau soalan tu agak private. But hey, I always can lend my shoulder u know? Taknak story apa-apa?"

Aku ketap bibir. Story? Weh sumpah banyak gila stories weh untuk kau. Lima tahun kau blah dari hidup aku membuatkan aku berdendam dengan semua orang, termasuk AKU SENDIRI. Aku lepaskan keluhan berat. Aku rasa lemah. Aku rasa macam tak guna.

"Anne?"

"Mana kau masa aku perlukan kau? Mana? Bila parents aku bercerai, kau takde. Kau dah pindah. Biarkan relay kita tergantung dan sampai sekarang aku tak tahu apa sebenarnya perasaan kau terhadap aku. Aku sedih Aisy. Sangat. Aku hilang tempat aku bergantung. Semua yang aku sayang, pergi. Apa salah aku Aisy? Apa?"

Aisy nampak tergamam dengan aku yang tetiba emo. Aku pulak TERperasan yang aku hampir meluahkan perasaan aku kepada dia terus aku tepis tangan dia yang masih di pipi aku dengan kasar. Aku bangun dari duduk dan terus berlari keluar dari taman tanpa ucap apa-apa. 

Aku malu. Rasa nak bina tembok Cina dekat muka.

Couple Games ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz