12

2.5K 186 1
                                    

Aku selamat tiba ke hostel pada jam 4.00 petang. Awal? Aku tak kisah. Lagi bagus sebab aku tak akan rasa bersalah bila tengok muka mama Aish. Aku tak suka perasaan tu.

Malamnya, prep seperti biasa. Kawan-kawan aku masih memulaukan aku atau aku sahaja yang berperasaan macam tu? Entah. Aku malas nak fikir. Yang penting aku nak bersendirian. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada aku serentak. Semuanya bermula sejak aku main game Ezra. Hm.

Suasana yang sunyi tiba-tiba bertukar riuh apabila datang si Ikmal dari kelas pandai. Aku malas nak ambil tahu kenapa dia datang jadi aku meneruskan aktiviti aku iaitu termenung di luar jendela.

"Err Laila Deanne ada tak?" Aku dengar nama aku disebut oleh si Ikmal. Aku berdecit dalam diam. Otak ligat berfikir kenapa dia cari aku. Ada surat lagi ke?

"Ada. Kat belakang tu ha. Kenapa Mal?" Paan, ketua kelas merangkap ketua bilik prep bertanya. Dia perlu merekod kehadiran kelas dan keluar masuk orang sama ada orang dalam atau luar.

"Aku dah janji dengan dia nak ajar Bio." Oh shit. Bio! Aduh macam mana aku boleh lupa pasal Bio pulak ni? Aduh kebetulan esok ada Bio pulak, hm good timing la Ikmal.

"Ohh silakan. Tapi aku nak bagi warning sikit."
Nada Paan yang suspens itu berjaya memancing sifat ingin tahu Ikmal.

"Pompuan tu macam period. Bad mood sejak balik tadi. So goodluck!" Ikmal tersengih. Dia terus meninggalkan Paan menuju ke meja.

Aku.

"Hai Anne."
"Hai." Akh balas seramah yang boleh. Aku malas sebenarnya tapi ah layan jelah.

"Mana buku Bio?"
"Perlu ke belajar sekarang?" Soalku malas. Langsung takde kaitan dengan soalan Ikmal tadi, ye aku tahu.

"Sekarang kan prep. So the answer is, yes." Aku mendengus perlahan. Budak kelas pertama memang selalu belajar masa prep agaknya. Tengok kelas kedua a.k.a kelas aku, chill je masa prep. Tidur berdengkur pun ada.

Aku ambil buku Bio dalam loker. Tiba-tiba aku rasa pelik. Sejak bila buku Bio aku ada dalam loker sekolah? Buku Bio haritu aku bawa balik hostel, kononnya study. Hm biarlah. Aku dah letak balik agaknya.

Bila dah ready, aku buka tajuk yang Ikmal hutang haritu. Guess what? Ada contengan. Banyak sangat. Hampir satu buku. Ok korang rasa normal kan tapi bukan pada aku.

Conteng nama Aish banyak-banyak, normal ke do? Terbukti ni bukan buku aku.

Ikmal ternampak contengan tu lalu melemparkan senyuman sinis. "Kau memang sayang dia kan? Sampai tengah belajar pun ada nama dia." Uwow dia perli aku ke sia?

"Ni bukan buku aku. Abaikan. Ha cepatla ajar." Aku tukar topik. Aku malas nak bersembang pasal Aish Hadi.

Selesai bayaran hutang Ikmal, masa masih berbaki setengah jam. Ikmal ajak berborak. Dia kata dia malas nak balik kelas dia yang sunyi gila maca  kat perpustakaan. Lagi seronok kat kelas aku katanya. So aku biarkan dia. Aku layan je la merepek dia tu.

Tiba-tiba dia tanya sesuatu yang agak mengejutkan aku.

"Kau couple dengan Aish atas sebab game kan?" Erk.

"Tahu tak aku dengan Aish pernah main game Ezra jugak?" Aku pantas menggeleng. Eh jap aku rasa Aish ada bagitahu. Eh yeke?

"Game apa?" Keluar dah sifat ingin tahu aku tu.

"Kissing game." Jawapan dia yang perlahan dengan nada yang agak menggoda membuatkan bulu roma aku menegak. Bodo punya Ikmal nak goda aku malam-malam.

"Macam mana tu?" Ok soalan bodoh. Tak, bukan soalan bodoh. Aku bukan nak tahu macam mana nak kissing tapi aku nak tahu syarat permainan dia.

"Pick a name in a tupperware and you need to kiss."

"KISS APA? TIANG?" Aku semakin tak sabar.

"Perempuan la bodo. Takkan la tiang." Ujarnya sambil melawak. Aku mendengus geram. Mana aku tahu. Pick a name. Nama apa sia? Nama barang ke?

Kan?

"Kau cium siapa?"
"Mayra."

What the hell. Mayra geng Ezra tu? Yang geli geleman nak mampus tu?

Aku pandang Ikmal minta kepastian dan dia dengan bangganya angguk. Oh wow.

"Em what does it feel?" Aku terus tutup mulut aku. Tak sangka soalan tu bakal keluar. Aku bukan nak rasa bercium tapi yela apa perasaan Ikmal yang muka innocent ni.

Ikmal ketawa mendengar soalan aku.

"Nice. Tapi srs aku rasa kalau aku cium kau lagi nice kot."

Aku terkebil-kebil mendengar jawapan Ikmal. What? Dia nak cium aku? Tiba tiba aku rasa tak selesa nak duduk dengan dia. Aku rasa takut. Pantas aku menghalau dia dari tempat aku.

"Aku nak kemas. Nak balik dah. Thanks ajar aku." Aku ambil buku Bio 'aku' lalu menyelak ke halaman belakang. Tertera nama Ezra di situ. Aku tersenyum nipis. Ezra suka Aish huh?

Aku hulurkan buku Bio itu kepada Ezra. Ezra bagi muka pelik.

"Thanks bagi pinjam." Dengan senyuman sinis aku tinggalkan kelas dengan perasaan dikhianati.

772 words.

Couple Games ✔Where stories live. Discover now