"Bargh!"sergah Razifdan Zarif serentak.
"Oh my terkejutnya!"ejek Ayra pura-pura terkejut dengan sergahan Razif dan Zarif.
Bukan dia tidak nampak bayang mereka berdua.Macam budak kecik!"Alah!Ingat kau terkejut!"kata Razif kecewa apabila rancangannya untuk mengejutkan Ayra tidak berjaya.Zarif mengangguk sokong Razif.
"Ergh!Umur korang dah 17 tahun bukan 7 tahun nak main game terkejut kan orang nie.Badan pun besar ada hati nak menyorok belakang pintu!"perli Ayra.
Mereka bertiga menuju ke meja makan memandangkan ahli yang lain sudah sedia menunggu di situ.Ayra dapat lihat Adam sedang menyusun pinggan di meja makan.
"Kau dah makan ke?"tanya Eiman sambil memulakan suapan nasi ke dalam mulutnya.Ayra mengangguk tanda dirinya sudah makan.
"Dah makan sebelum datang sini"jawab Ayra.
"Sorry menyusahkan kau.Kitaorang hari nie malas nak turun kantin.Hehe!Nasib ada manager comel,cun,cantik,pandai,dan rajin macam kau"puji Naqif.
"Tak payah puji lebih-lebih!Ingat aku jenis kembang bila puji.Jangan layan sangat sifat malas korang!Tahu pula minta maaf sebab susahkan aku!"bebel Ayra geram.
Mereka berlima tersedak mendengar bebelan Ayra.Ingat bila dah puji,Ayra akan terharu atau mengucapkan terima kasih kembali namun berlaku sebaliknya!
"Ha tersedak!kecik-kecik tak nak tuut bila besar menyusahkan aku!Nah air!"sambung Ayra lalu menghulurkan air kepada Zarif yang berada di sebelahnya.
Situasi sekarang ini seperti lima orang anak lelaki kena marah dengan mak.Semua menunduk mendengar bebelan Ayra namun suapan masih diteruskan.
"Jangan la marahh!"pujuk Razif takut-takut.
"Mana boleh tak marah!Aku kena marah korang juga!Aku tengah kumpulkan lemak tapi korang bakarkan lemak aku dengan hantar makanan nie dekat korang!"kata Ayra.
"Makan cepat.Nak habis waktu rehat"
sampuk Adam dan sekali gus membuat Ayra berhenti dari membebel mereka berlima dari tadi.Ayra sudah menjegilkan mata melihat Adam yang menyampuk ketika dirinya membebel pada Xmusic.Wajah ahli Xmusic ketika ini jangan cakap la.Happy Gila!
Habis sahaja waktu persekolahan,Ayra terus menuju ke swimming pool tertutup yang berada agak jauh dari bangunan bangunan sekolah!
Sampai sahaja di swimming pool,mata Ayra di saji dengan 4 orang punya abs!
Xmusic hanya memakai seluar dari pusat sehingga lutut!'Fuh pemandangan paling indah!'desis Ayra.
"Ha dah sampai pun!"sapa Zarif sebaik sahaja Ayra mendekati mereka.Ayra menukar pakaian dari baju kurung kepada uniform sukan sebab rimas!
"Adam mana?"tanya Ayra apabila melihat hanya terdapat 4 orang di situ.Belum sempat Naqif ingin menjawab tiba-tiba ada percikan air.
Adam timbul kembali ke permukaan air setelah menyelam sebentar tadi.Ayra tercengang melihat Adam juga yang tidak memakai baju dan hanya berseluar paras lutut!
"Aip Ayra!Control sikit!"usik Eiman nakal.
"Mulut tutup!Masuk lalat kang"usik Naqif.
"Mata tutup aurat woi!"usik Razif pula.
Adam menyimpan senyum melihat Ayra yang memerah di usik oleh kawannya.
Ayra menutup muka apabila merasakan mukanya memerah."Kau tak nak berenang sekali?"tanya Zarif.
"Dia kan tak pandai!Kang kena CPR!"jawab Razif nakal.Sengaja mengusik Ayra lagi.Adam menolak muka Razif setelah mendengar usikan Razif.
Ayra memercikkan air pada Razif tanda geram dengan usikannya.Razif memandang ahli Xmusic yang lain.Mereka yang faham isyarat Razif mendekati Ayra.
YOU ARE READING
Nerd Itu Crush Aku
RomanceP/s: Buku masih belum diedit . Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan harap dimaafkan . Mengisahkan Xmusic yang menjadi idaman wanita!Apabila semua pelajar wanita meminati Xmusic tiba-tiba seorang pelajar wanita sahaja yang tidak meminati Xmusic. ...