43

14.5K 1K 185
                                    

-baca sambil pasang lagu sedih gais-

Kini Adam sedang memandu menuju ke rumah Ayra.Ayra yang berada di sebelahnya sudah tidur mungkin penat berlari-lari di tasik tadi bersama Razif.

Adam menjeling Ayra sekilas.Adam memberi signal untuk berhenti di tepi jalan.Adam mengambil jaketnya lalu menutup tubuh Ayra yang kesejukan.

"Ermm,dah sampai ke?"tanya Ayra mamai.

Adam hanya menggeleng lalu memulakan pemanduan.Ayra kembali menyambung tidur dan menarik sedikit jaket Adam ke atas.Cuaca di luar hujan jadi sejuk!

Pemanduan Adam sekali lagi terganggu dengan nada dering dari telefon Ayra.Adam berhenti kereta di tepi jalan buat kali kedua.Adam mengapai telefon Ayra.

Along is calling...

Assalammualaikum Ayra!

Waalaikummussalam,maaf ini Adam.Ayra tidur.Saya dalam perjalanan ke rumah.

Adam,tolong bawa Ayra ke hospital Wixx!
Tolong jangan beritahu angah accident

Inallilah,baiklah kami berdua akan gerak ke sana.Assalammualaikum.

Waalaikummussalam.

Adam agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Along Ayra sebentar tadi.Adam memandang Ayra.Dia dapat lihat mata Ayra masih bengkak.

Adam mulakan pemanduan dengan meningkatkan kelajuan.Sampai sahaja ke hospital,Adam kejut Ayra yang masih tidur lena di sebelahnya.

"Kenapa kita dekat hospital?"tanya Ayra.

"Jum"ajak Adam tanpa menjawap pertanyaan Ayra.Adam memimpin Ayra memandangkan Ayra masih mamai maka langkah juga terhuyung-hayang.

Ayra dan Adam dapat lihat Along,cikgu Vivy,mak susedang berkumpul di hadapan bilik pembedahan.Ayra yang masih mamai tidak dapat berfikir apa-apa.

"Ayra,Adam"sapa Along apabila Adam dan Ayra mendekati mereka semua.Ayra dapat lihat riak wajah Along yang suram dan sedih.Mak su pula sudah menangis.

"Along kenapa semua orang macam sedih?Ayra ada tertinggal apa-apa ke?Along nak tahu tak hari nie Ayra rasa tak sedap hati,tak taju kenapa"jelas Ayra.

Along memeluk Ayra kuat.Adam hanya memerhati.Dia pernah lalui situasi ini ketika ibunya sedang bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan.

"Angah accident.Doktor kata peluang untuk angah hidup sangat tipis.Umi dan Baba dah beli tiket pulang ke Malaysia.Kita kena kuat untuk angah"balas Along.

Ayra tergelak memdengar kata-kata along yang dianggapnya hanya bergurau.Namun apabila melihat alongnya tidak ketawa bersama.Ayra dapat rasa matanya sudah berair.

"Along tak baik tipu Ayra.Kalau nak gurau sekali pun jangan la sampai macam nie.Bukan angah yang ada dalam tu kan?Orang lain kan along"gesa Ayra.

Ayra memukul dada bidang alongnya apabila alongnya menggeleng.Pipi Ayra sudah basah dengan air mata yang mengalir laju.Along menggengam tangannya.

"Along tipu!Along tipu!Along cakap la along tipu Ayra!Dalam tu bukan angah kan!Along jawab la!"ucap Ayra dalam tangisannya.Along turut menangis bersama Ayra.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now