82

10.4K 703 107
                                    

" Terima kasih , Adam "  ucap Ayra sebak .

" Terima kasih sebab kau selalu dahulukan aku dari semua benda . Terima kasih sebab selalu ada dengan aku , selamatkan aku dari Iela dan Aina . Terima kasih , Adam " sambung Ayra lagi .

Adam dapat rasa baju bahagian belakangnya sudah basah dengan air mata Ayra . Ayra mengeratkan pegangannya pada pinggang Adam apabila Adam ingin merungkai pegangannya .

" Ayra " seru Adam memujuk apabila mendengar esakan dari wanita itu . Dia berpaling ke belakang dan menunduk sedikit untuk menatap wajah basah Ayra .

" Aku selalu menyusahkan kau , mesti kau menyesal kahw... " Ayra terhenti berkata-kata apabila Adam meletak jari telunjuk pada mulutnya .

" Aku tak pernah rasa kau menyusahkan aku selama ni . Sedikit pun tak . Apatah lagi , menyesal . Aku tak pernah menyesal kahwin dengan kau . Aku buat semua ni sebab kau tanggungjawab aku , Ayra "

" Aku sedar aku kasar dengan kau dan tak romantik macam kawan aku yang lain . Tapi malam ni aku nak kau tau dalam kasar aku ada sayang untuk kau "

Cup !

Ayra terkedu apabila mendengar luahan hati Adam serta ciuman pada dahinya . Air mata sudah berhenti mengalir kesan dari ucapan Adam sebentar tadi .

" Tak nangis dah ? " tanya Adam tergelak kecil melihat wajah Ayra yang terkejut itu . Namun , ketawanya terhenti apabila Ayra memegang kedua belah pipinya .

Argh sudah !

" Gelak la lagi ! Hensemnya ! Ya allah ! Ada lesung pipit . Omg ! " teriak Ayra teruja sambil mencucuk lesung pipit milik Adam itu . Laki siapa rupa elok sangat ni ?!

" Shhh ! " Adam menutup mulut Ayra yang berteriak sedikit kuat tadi . Hailah isteri , cepat betul berubah angin . Tadi menangis , sekarang lebar betul senyuman Ayra.

" Senyum la lagi , tak puas nak tengok tadi " pujuk Ayra , memaksa lelaki itu senyum sekali lagi untuknya . Adam menarik senyum sedikit sebelum mukanya berubah tiada perasaan .

" Arghhhhhhhh ! " jerit Ayra kuat tidak dapat mengawal nada suaranya yang teruja melihat senyuman Adam yang sangat menawan itu .

" Shh ! Shhh ! " Adam yang kelam kabut menutup mulut Ayra tidak dapat mengimbangkan badannya terus jatuh ke atas Ayra yang sedang duduk di atas katil itu .

" Woi ! Buat apa ha ?! Respect la sikit jiran kat ruang tamu ni ! " jerit Razif dari luar pintu bilik mereka . Adam yang sedang menahan dirinya dari jatuh ke atas Ayra sudah mengeluh . Masalah la dapat kawan tolol macam ni .

" Gelojoh sangat tuh , bro ! " sampuk Naqif pula sebelum ketawa mereka berempat bergabung . Mereka pasti wajah Adam sekarang merah menahan malu .

" Baby , jangan la kasar sangat  " usik Razif sambil memberi isyarat kepada Eiman untuk berlakon bersamanya . Eiman mengangguk faham lalu merangkul bahu Razif .

" Sorry sayang , I tergelojoh pula . Kesian sayang i nie " sambung Eiman dengan suara yang sengaja dikuatkan bagi Adam dan Ayra di dalam bilik mendengarnya .

" Takpe baby , I oke..." Kata-kata Razif terhenti apabila pintu bilik di hadapan mereka terbuka . Jelas kelihatan wajah Adam yang merah seperti buah tomato itu.

" Korang takde keje lain ke nak buat selain curi dengar kat bilik aku ni ? " tanya Adam mendatar sebaik sahaja wajah ahli-ahli Xmusic menyapa pandangannya .

" Mana ada kitaorang curi dengar la " Zarif menidakkan tuduhan Adam walaupun sebenarnya apa yang dikatakan Adam benar sekali . Tipu sunat takpa !

" Macam aku baru kenal korang semalam " perli Adam sinis sebelum melangkah keluar dan menutup rapat pintu bilik apabila kawan-kawanya terjenguk-jenguk ke dalam biliknya .

" Kau buat apa ha? Aku suruh kau luah perasaan je , tapi kemain kau yer " ucap Zarif lalu duduk di sebelah Adam . Bahu Zarif ditolak kasar oleh Adam .

" Kau jangan nak merepek , aku tak buat apa apa pun la . Ada lipas dalam bilik sebab tu Ayra menjerit " jelas Adam tenang cuba meyakinkan kawan - kawanya .

" Mesti lipas tu besar , sampai Ayra jerit kuat macam tu kan , Eiman ? " balas Razif .

Eiman mengangguk laju lalu menyimpan senyum melihat Adam yang memejam mata menahan perasaan apabila dirinya tidak habis diusik oleh ahli Xmusic .

" Haah , besar sangat " sampuk Ayra yang baru keluar dari bilik itu .

Semua mata tertoleh ke arah Ayra yang menapak mendekati mereka . Razif yang baru sahaja ingin bangun untuk melarikan diri , namun bahunya sudah dicengkam oleh Ayra .

" Eh Ayra ! Cantik la kau malam ni " puji Razif dalam gugupnya . Habislah kalau budak perempuan depannya ni , belasah dia . Ayra menguntum senyum .

" Aku hari-hari cantik , tapi kau memang tak boleh berhenti usik Adam ye dari tadi ? " tanya Ayra dengan wajah makin dimaniskan . Razif memandang Adam meminta pertolongan .

" Bukan aku sorang je usik Adam , ha diorang pun sama " jawab Razif gagap lalu menepuk tangan Naqif yang duduk di sebelahnya untuk menyelamatkan keadaan .

" Ayra ! Apa kata kau masak ? Kitaorang lapar sangat ni . Kau masak maggie pun kitaorang dah bersyukur sangat ni " sergah Naqif dan membuatkan Ayra melepaskan cengkaman di bahu Razif .

" Haah ! Mari aku tolong kau . Mana dapur , ha sana . Jom " Kata Zarif lalu bangun dan menolak Ayra menuju ke arah dapur . Kalau tak ubah topik , silap - silap semua kena marah malam nie.

Adam menyimpan senyum melihat kawan - kawanya yang gelabah mengikut Ayra dari belakang menuju ke dapur . Belum sampai 3 minit di dapur , dah riuh dapur tu dengan Razif yang tertumpahkan serbuk kari.

" Kalau serbuk kari tumpah , macam mana kita nak makan maggie samdol?!" marah Naqif kepada Razif yang sedang mencangkung melihat serbuk kari berterabur di atas lantai .

" Aku tak sengaja la , aku pun nak makan maggie juga . Jangan la marah - marah , aku kutip balik nie " Balas Razif lalu mengutip serbuk kari yang tertumpah itu .

Ayra memicit kepala melihat perangai ahli-ahli Xmusic . Rumah ni tak aman kalau 4 orang ni ada , macam ada anak sepuluh orang kat rumah ni .

" Dah dah , Eiman bukak pek baru amik perencah kari situ lepastu masuk dalam periuk ni . Naqif sediakan mangkuk letak atas meja . Razif , sapu je semua tu. Zarif tolong aku buat air "

" Baik madam !! " jerit Xmusic serentak .

Namun , Razif masih memerhati perencah kari yang berterabur tu . Ayra mengambil penyapu dan penyodok lalu menyapu perencah kari yang berterabur itu .

" Ayra , aku minta maaf tau . Aku tak sengaja teraburkan perencah kari tu " ucap Razif perlahan sambil merapatkan kedua tapak tangannya berharap Ayra tidak marah .

" Takpe , dah pergi panggil Adam makan " balas Ayra lembut , tidak sampai hati lagi mahu memarahi lelaki itu . Razif mengangguk lalu keluar dari dapur .

Setelah selesai makan , mereka semua masuk bilik masing - masing untuk melelapkan mata memandangkan malam itu Adam memberi keizinan untuk tidur di situ .

Bismillah ,

Assalammualaikum !  Alhamdulillah dapat publish chap baru setelah 2 tahun menyepi maybe ?

Kaknis minta maaf tak dapat update sebelum ni sebab makin sibuk dengan study tak boleh nak bukak wattpad selalu . Terima kasih kerana memahami .

Kaknis ada baca balik nica ni dari awal , kaknis tahu banyak sangat typo . Harap dimaafkan yer , tak sempat lagi nak buat editing .

So memandangkan Malaysia dalam tempoh RMO . Please stay at home gais , jaga diri , jaga kesihatan . Jangan keluar rumah . Baca buku kat wattpad diam - diam kat rumah okey hehe

#Stayathome
#Dudukrumah

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now