Adam selamat sampai ke condominiumnya Setelah menghantar Ayra pulang.Adam terkejut melihat Naqif sedang duduk di hadapan pintu rumahnya.
"Woi!Kau buat apa nie?"tanya Adam pelik.Naqif mengangkat wajah.Bertambah terkejut Adam melihat kesan lebam dan luka di muka Naqif.
Naqif mendiamkan diri sehingga Adam menjemput dirinya masuk.Naqif menhenyak dirinya di sofa mahal milik Adam yang terdapat di ruang tamu itu.
Adam menanggalkan hoodie lalu masuk ke dapur untuk membuat air untuk Naqif dan dirinya.Sempat Adam mengisi ais dalam kain dan diberi kepada Naqif.
"Tuam.Nah air"ucap Adam mendatar lalu menghulurkan secawan kopi dan bungkusan ais.Naqif menyambut huluran tersebut tanpa banyak bunyi.
"Kau gaduh dengan siapa sampai muka lembam?Setahu aku,kau bukan kaki gaduh.Cuba cerita dengan aku"sambung Adam tenang memujuk Naqif.
"Aku gaduh dengan budak sekolah kita,kelas belakang.Dia cuba nak rogol sorang budak perempuan nie tak akan aku tengok je bro.Mesti aku tolong"balas Naqif.
"Anak buah mamat tu berapa orang?"tanya Adam berminat dengan cerita Naqif.Naqif yang sedang menuam tempat lembamnya menunjuk angka tiga.
"Kau pun bengap.Nak tunjuk hero bawa geng lain kali.Tiga lawan satu kau fikir kau akan balik dengan muka suci kau lagi?Nak kata bodoh member aku juga"perli Adam.
"Kalau aku panggil korang confirm esok baru sampai.Budak tu dah kena rogol baru korang nak datang buat apa?Biar muka lembam asalkan harga diri perempuan tu tak tergadai"kata Naqif tenang.
Adam hanya mengangkat bahu malas mahu mengulas lebih lanjut.Adam membantu Naqif merawat luka kecil di tepi bibir dan pipi Naqif.
"Aku nak tidur sini boleh tak?Kalau aku balik sekarang mesti mama aku membebel tak sudah tengok aku balik dengan muka lebam nie"sambung Naqif.
"Hurm"jawab Adam tanda mengizikan Naqif bermalam di rumahnya hari ini.Coco menghampiri Naqif dan mengeselkan badanya pada kaki Naqif.
Tangan Naqif berhenti dari merawat lukanya.Dia memandang Adam yang tersenyum sinis di hadapannya.Perlahan-lahan kepalanya ditundukkan.
"Kau better ambil kucing kesayangan kau sekarang sebelum kucing kau melanting ke dinding"Naqif memberi amaran kepada Adam yang tersenyum sinis.
"Meow!"
"Mama!Adam ambil kucing kau!Kenapa dia datang dekat aku?!Pergi la dekat tuan dia!Cepat la samdol!Kang pecah kepala kucing kau aku pijak!"jerit Naqif.
"Coco tunggu sini dengan papa Naqif.Daddy pergi sediakan bilik papa Naqif.Dia nak bermalam dekat rumah kita.Coco ada teman tidur malam nie"usik Adam.
"Meow!"
Coco memeluk kaki Naqif.Muka Naqif usah cakap la sekarang merah habis!Menahan amarah kepada Adam dan menahan dirinya dari menyepak Coco.
Adam dengan selamba berlalu menuju ke bilik tetamu untuk menyediakan apa yang patut supaya Naqif tidur dengan selesa.Tetamu kena jaga sebaik mungkin!
"Kau dengan daddy angkat kau sama perangai dua-dua tak boleh tengok aku bahagia!Nanti kalau kau dah ada mummy tahu nasib kau!"marah Naqif geram.
Keesokkan harinya,kecoh dengan gambar pelajar perempuan misteri kononya date dengan Adam.Siapa lagi kalau bukan Ayra perempuan misteri tersebut.
"Hott News!Sekarang peminat Adam tengah siasat siapa pelajar perempuan misteri yang date tuh.Kau agak-agak siapa?"tanya Lynn.
Ayra yang sedang makan nasi lemak tersedak ditanya soalan oleh Lynn.Ayra hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Belum tiba masanya lagi.
"Body perempuan tu macam kau.Susah la nak teka!Sebab perempuan tu pakai mask!Ya Allah stressnya!Kalau aku dapat perempuan tu aku patahkan tulang dia"sambung Lynn geram.
Ayra menelan air liur payah.
"Kau tak payah stress fikir perempuan tu siapa.Buang masa.Lebih baik kau makan dan habiskan nasi goreng kau tuh!"balas Ayra cuba bertenang.
"Mana boleh tak fikir Ayra.Salah satu kumpulan ahli Xmusic pergi date berdua memang suatu yang mengejutkan!Dan bertambah terkejut bila Adam salah satu ahli Xmusic tuh!"kata Annisa pula.
Lynn yang menyambung makan nasi goreng mengangguk setuju dengan kata-kata Annisa.Ayra sudah menjulingkan mata.Susah berkawan dengan peminat Xmusic nie!
"Biar la Adam nak kecapi kabahagiaan dia korang sebagai peminat kena bagi ruang dekat dia.Kesian dekat dia tak ada privasi langsung"ucap Ayra.
"Bukan tak nak bagi beb.Tapi Adam dia full package jadi kitaorang sebagai peminat tak boleh tutup mata bila dia pergi date dengan girlfriend dia"bantah Lynn.
Ayra hanya mengangguk malas mahu memperbesarkan isu tersebut.Kalau back up Adam lebih karang dikatanya ada something dengan Adam.
"Hye pretty"tegur seorang pelajar lelaki bersama tiga lagi orang kawannya.Ayra memandang pelajar lelaki tersebut tajam.Suka hati duduk dekat meja orang!
"Siapa pretty kau?Tak ada adab duduk atas meja.Parents kau tak ajar adab ke?"kutuk Ayra selamba sambil menghirup minumannya.
"Auch!Garangnya gurl sorang nie.Nama I Khairul Azam boleh panggil Abang Azam"balas Azam nakal tidak menghiraukan kutukan Ayra.
Ayra tergelak sinis melihat huluran tangan Azam yang ingin bersalam dengannya.Ayra tidak menyambut huluran tersebut dan dibiarkan sepi.
"Cukup la aku ada dua abang dekat rumah.Rasanya umi aku tak ada anak susuan.Boleh tak kau bla dari sini?Aku nak makan dengan aman"halau Ayra.
Lynn dan Annisa hanya mendiamkan diri.
"Mulut sayang tu kecil tapi bila bersuara pedas menusuk jantung.Nanti raya minta maaf dengan Abang Azam okey"balas Azam bersahaja.
"Nak air sikit"pinta Azam tidak malu lalu mencapai minuman Ayra dan belum sempat Azam ingin menghirup.Seseorang terlebih dahulu menepis.
Adam bersandar di tepi meja Ayra dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket.Manakala tangan yang menepis gelas tadi dilap dengan sapu tangannya.
"Wow!Bro!Melebih nie bro"kata Azam sinis agak terkejut dengan kehadiran Adam dan kawan-kawannya.Ayra kini mendiamkan diri.
Semua telah berkumpul melihat Xmusic.
Adam hanya mendiamkan diri lalu menjeling sekilas name tag Azam.Adam menghampiri Azam perlahan-lahan dan berbisik sesuatu.
"Aku rasa kau salah cari mangsa kali ni.Sebab mangsa kau kali nie.Milik.Aku.Aku tak teragak-agak nak pecahkan muka kau kalau kau sentuh dia"bisik Adam dingin.
Azam tersenyum sinis mendengar bisikan tersebut.Ayra memandang telinga Adam yang sudah memerah.Ahli Xmusic yang lain hanya mendiamkan diri.
Ayra perasan wajah Naqif yang lebam itu.
"Lagi best aku nak usik milik orang nie.Apa kata kita buat taruhan?"tanya Azam sinis.Tidak takut dengan amaran Adam sebentar tadi.
"Dia bukan barang yang nak buat pertaruhan.Aku tak ada masa nak layan perangai tiga suku kau jadi aku harap kau tak sentuh dia"jawab Adam dingin.
Dalam masa yang sama,Ayra tersentuh dengan cara Adam tersendiri untuk melindungi dirinya.Iela memerhati dari jauh adengan tersebut.
"Pengecut.Kalau kau nak perempuan tu kau lawan basketball dengan team aku pukul 2 petang.Kau lambat atau kau tak datang dia milik aku"
Cadang nak post bila NICA dah capai 100K tapi sis tak sekejam itu ahaks!First mintak maaf lama tak update.Busy sesangat dengan tuisyen lagi!
Sorry kalau tak best chap kali nie.Buat sehabis baik dah.Chap nie pendek sikit daripada biasa.Janji publish!Hahaha!
Thankyou yang letak kat RL korang!Jangan lupa update and comment!
YOU ARE READING
Nerd Itu Crush Aku
RomanceP/s: Buku masih belum diedit . Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan harap dimaafkan . Mengisahkan Xmusic yang menjadi idaman wanita!Apabila semua pelajar wanita meminati Xmusic tiba-tiba seorang pelajar wanita sahaja yang tidak meminati Xmusic. ...