Bab 6

708 29 3
                                    

Esoknya...

Fakhrul balik rumah dengan penuh perasaan yang marah turut merasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku semasa perjumpaan pengawas masa di sekolah tadi.Fakhrul masuk ke rumah dengan kakinya jalan berhentak-hentak,depan mama dan abah Fakhrul hanya buat tak endah sahaja.Pak cik Man dengan Mak cik Halidah pula rasa pelik dengan perangai Fakhrul yang tiba-tiba berubah angin dalam dirinya.

Fakhrul masuk ke bilik dan menghempas pintu dengan kuat.Fakhrul mencampakkan begnya di atas katil.Lepas itu,Fakhrul menuju ke almari pameran barang Naruto yang Fakhrul.Terdapat banyak barang replika Naruto yang Fakhrul ada termasuk senjata-senjata dalam Anime Naruto daripada barang yang palsu hinggalah barang senjata betul dan tajam.

Fakhrul mengambil beberapa batang dart,tiga bilah kunai kecil yang tajam dan dua shuriken yang tajam.Kunai dengan shuriken yang Fakhrul miliki bukannya dia beli.Fakhrul minta kawan kelasnya iaitu Afif,supaya dapat buatkan senjata tersebut.Sebab Afif ni pernah tolong bapak dia buat welding besi.Jadi Fakhrul pun minta tolong pada Afif untuk buat senjata mengarut Fakhrul.

Fakhrul mula membaling satu batang dart dekat papan dart.Pada papan dart ada terletak satu gambar watak Naruto paling Fakhrul benci,iaitu gambar Uchiha Madara watak paling jahat dalam Anime Naruto.Balingan dart daripada Fakhrul tidak terkena pada gambar itu.

Fakhrul kalau dah buat baling dart dekat gambar tersebut mesti Fakhrul tengah protes dekat dirinya.Apa yang berlaku pada Fakhrul masa dekat sekolah tadi?

******

Di dewan bestari SMK Kelapa Sawit.

"Ok baiklah semua pengawas,saya sudah buat rundingan dengan GPK HEM,dengan ini saya nak mengumumkan ketua pengawas pada tahun 2017 ini akan di sandang oleh Siti Nur Aimi Nazira dari kelas 5 Sains Sukan." Tersentak Fakhrul dibuatnya apabila nama yang disebutkan oleh Cikgu Endok yang akan menjadi ketua pengawas tahun ini ada lah Aimi rakan kelas dia.

Fakhrul terus memandang Nazmie yang duduk di sebelah kanan Fakhrul,Nazmie juga memandang Fakhrul dengan reaksi muka yang sama lalu Fakhrul membisik pada Nazmie seketika.

"Nazmie! Serius ahhh! Apa yang aku dengar ni,Aimi yang jadi ketua.Kenapa bukan aku?!" Tanya Fakhrul dengan geram tapi masih dalam berbisik.

"Sabar Fakhrul,sabar.Aku rasa cikgu mesti umumkan nama kau untuk penolong ketua pengawas.Kau rileks je ok." Nazmie cuba menenangkan Fakhrul yang macam nak pergi belasah orang aje dan cuba membuat Fakhrul berfikir positif.

Fakhrul cuba bertenang dan positif kan dirinya sendiri.Mungkin kata betul,kalau bukan ketua jadi penolong pun kira cukup.

"Dan jawatan penolong ketua pengawas akan diberikan kepada..."

Fakhrul rasa berdebar untuk mendengar siapa yang cikgu akan umumkan.

"Muhd Asri Bin Selamat." Jantung Fakhrul ibarat ditembak dengan peluru berpandu apabila dengar sahaja nama yang di umumkan oleh cikgu bukannya nama Fakhrul sendiri.Kini nasib terhadap kedua-dua jawatan paling tinggi tidak menyebelahi pada Fakhrul.Ibarat Fakhrul sudah jatuh ditimpa tangga.

Jawatan ketua tak dapat,penolong ketua apatah lagi.

Kini kedua-dua insan yang terpilih sudah mempamerkan diri di depan untuk sesi memperkenalkan diri pada pengawas junior yang lain,terutama pengawas tingkatan 3 yang baru melangkah ke sesi pagi persekolahan.

Fakhrul hanya menggenggam kedua-dua tangannya dengan keras.Kalau boleh nak je dia mengamuk dekat dewan tanda dia tidak puas hati dan tidak setuju.Fakhrul nak sahaja menyuarakan untuk dirinya yang dia nak membantah,tapi dia tak boleh nak buat semua itu.Selama tiga tahun Fakhrul berada di sesi pagi ini,dia cukup kenal dengan Cikgu Endok itu bila dia dah buat keputusan,kalau dia A memang A lah dia pilih,kalau pilih putih,putil lah yang dia nak.

Nazmie yang disebelah Fakhrul hanya menggosok belakang badan Fakhrul supaya bersabar.

Nazmie berbisik di telinga Fakhrul. "Fakhrul kau sabar je yerr.Maybe bukan rezeki kau untuk tahun terakhir ni,insyaAllah mungkin ada rezeki lain untuk kau."

Lokman yang berada di dua meja dari belakang perasan sesuatu dekat Fakhrul.

'Fakhrul ni mesti ada sesuatu yang tak kena? Macam ada sesuatu yang tak puas hati,bila tengok tangan dia macam mengenggam keras bagai.' Lokman bermonolog dengan rasa musykil.

"Baiklah kita terus mesyuarat kita dengan pelantikkan jawatan kita yang seterusnya." Cikgu Endok meneruskan mesyuaratnya hingga tamat mesyuarat pengawas untuk pertama kali ini.

******
Bila diingatkan semula,perkara masa mesyuarat pengawas tadi,Makin naik darah dan berang Fakhrul dibuatnya.

"Aaaaaaaahhhhhhhh!!!!!" Fakhrul menjerit dalam bilik dia lalu membaling semua dart,kunai dan shurikennya dekat gambar pada papan dart tersebut dan balingan terakhir dengan menggunakan shuriken dia terkena tepat pada kepala gambar tersebut.

Fakhrul terus rasa nak menangis,tapi dia tahan tangisan dan hanya mampu pendamkan saja.

Tiba-tiba pintu bilik Fakhrul dibuka sekali Fakhrul menoleh tengok siapa.

"Mama." Satu panggilan yang terkeluar dari mulut Fakhrul.

"Adik dah kenapa? Adik ada masalah ke?" Tanya Mak cik Halidah dekat anak bongsunya.

"Takde pape lah ma.Adik cuma bengang sangat tadi." Jawab Fakhrul sambil menahan rasa sedih dan rasa tidak puas hati dalam diri Fakhrul.

"Sebab apa adik bengang? Cuba bagitahu mama apa benda yang buat adik bengang?" Tanya Mak cik Halidah lagi.

Fakhrul mula bagitahu pada mamanya dan menceritakan tentang hal sebenar.Mak cik Halidah mendengar dengan tekun sahaja apa anaknya ceritakan dari A sampai Z.

"Adik." Panggil Mak cik Halidah dengan lembut. "Tak semua benda yang kita nak,kita akan dapat.Mungkin bukan rezeki adik untuk tahun terakhir adik dekat kali ni.InsyaAllah suatu hari nanti rezeki adik lagi elok untuk adik daripada jawatan ketua pengawas ni.Mana tahu suatu hari nanti adik akan menjadi ketua pegawai polis ke,ketua pegawai dalam operasi ke.Adik kan nak jadi pegawai polis nanti,mana tahu rezeki adik ada kat situ satu hari nanti.Yang penting sekarang,adik kena berusaha lebih lagi,banyakkan berdoa.Lagi satu,tumpukan perhatian adik untuk SPM tahun,yang dah lepas tu biar lepas,jangan nak diingatkan lagi." Nasihat panjang dari Mak cik Halidah pada anak bongsu kesayangannya.

"Terima kasih ma,bagi nasihat dan menyokong adik.Mama doakan adik untuk berjaya ye ma." Kata Fakhrul sambil memeluk erat mamanya.

"Mama sentiasa doakan anak-anak mama untuk berjaya dunia dan akhirat." Kata Mak cik Halidah

"Terima kasih ma." Pelukkan makin di eratkan lagi.Itulah kasih antara ibu dengan anak.

Tiba-tiba Fakhrul berbunyi,Fakhrul melihat siapa pemanggilnya. 'Hakim'
Bestfriend gila Fakhrul sejak Fakhrul form 3 cuma dia beza 1 tahun jer.

Fakhrul:hello assalamualaikum kim,ada apa kau call ni.

Hakim:kau free tak? Jom gi hutan bandar Kulai jap aku ada benda nak share ni.

Fakhrul:hah oklah,aku pun ada benda nak share kat kau ni.

Hakim:ha..yelah dalam 15 minit aku sampai.

Fakhrul:ok...assalamualaikum.

Hakim:waalaikumsalam.

Fakhrul mematikan panggilan tersebut.

"Mama,kawan ajak keluar jap lagi boleh tak? Lagi esok jumaat tak sekolah lah." Pinta Fakhrul dari mamanya.

"Hmmm,yelah.Tapi jangan balik lewat sangat." Kata Mak cik Halida pada anaknya.

"Okay." Jawab Fakhrul ringkas lalu dia terus ke bilik air untuk menyiapkan diri untuk keluar.

Owh tidak!! Fakhrul tidak dapat jawatan ketua pengawas apatah lagi penolong ketua pengawas,sekarang jawatan apa yang Fakhrul dapat??

So kalau nak tahu saksikan chapter seterusnya.Sorry part ni banyak pulak cerita pasal naruto...tpi orang sebenar dalam watak ni memang suka naruto pun....




Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now