Bab 38

496 23 0
                                    

Aimi menjemurkan baju dia yang basuh tadi diluar.Banyak betul baju yang dia basuh hari ini.

Tiba-tiba ada kereta datang menyusul dihadapan rumah.Aimi dapat rasakan kereta itu adalah milik seseorang.

"Hazrin!" Suara Aimi terkejut.

Hazrin keluar dari perut kereta dia dan pergi depan rumah.Nasib baik pagarnya ditutup.

"Hazrin,apa lagi yang awak nak sebenarnya? Macam mana awak tahu saya duduk sini?!" Soal Aimi menyampah sambil tangan dia memeluk tubuh dia sendiri.

"Saya datang sini nak awak sayang,nak amik awak balik dekat saya... owh yer,macam mana saya tahu yang awak duduk sini,awak tak perlu tanyalah sebab Malaysia bukannya besar sangat,sekejap jer saya boleh cari awak sayang." Jawab Hazrin dengan riak tenang.

"Eiiii! Tolong berhenti panggil saya sayang! Saya tak suka! Lagi satu,kalau awak datang sini semata-mata nak suruh saya balik dekat awak,memang tak akan.Sebab saya dah ada husband saya,saya dah jadi hak milik orang dan juga saya dah ceritakan semuanya tentang awak dekat dia.Jadi,lebih baik berhenti cari saya,hentikan saja.Lagipun ada banyak lagi perempuan dekat luar sana yang awak boleh cari,yang lebih baik dari saya untuk awak." Balas Aimi panjang dengan rasa benci yang meluap-luap dalam dirinya.

"Tapi yang diluar sana tak sama macam awak,awak lebih baik dan segala-galanya bagi saya.Aimi,tolonglah kali ni saja.Bagi saya peluang untuk semua ni.Kita boleh start semula hubungan kita macam dulu." Hazrin masih tak berputus-asa untuk memujuk hati Aimi untuk menerima dia. "Saya merayu dengan awak,tolonglah tinggalkan Fakhrul,lepas kembali balik dengan saya,saya janji yang saya tidak akan sia-siakan awak.And saya jamin yang awak akan lebih bahagia dengan saya,saya sanggup bagi awak apa saja yang awak nak,please sayang." Sambung Hazrin,nampaknya dia sudah melampau.

"Stop Hazrin! Enough! Hentikan segala pujuk rayu awak tu,saya takkan sesekali untuk kembali dengan awak semula dan tak akan sesama sekalipun.Saya dah cukup bahagia dengan Fakhrul,saya rasa bersyukur bila Fakhrul jadi suami saya.Dan saya takkan tinggalkan dia walau sedikit pun,awak faham tak?! Sekarang ni baik awak pergi dari sini." Kata Aimi serius seraya mengangkat bakul bajunya dan terus berlalu masuk.

"Aimi tolonglah! Bagi saya lagi peluang! Saya yakin masih ada lagi ruang yang kosong dalam hati awak untuk saya,selagi tu saya tak menyerah untuk awak!" Jerit Hazrin pada Aimi yang sudah masuk ke dalam rumah.

Hazrin masih terpaku lagi di depan pintu pagar.Tiba-tiba Aimi keluar semula.

"Hazrin! Kalau awak tak pergi dari sini sekarang,saya akan telefon suami saya ataupun polis yang awak mengganggu saya!" Laung Aimi dalam rumah dengan telefon sudah berada ditangan.

Hazrin terpaksa mengalah,dia mengambil kaca mata hitam dia lalu dipakai dan terus dia masuk ke dalam perut kereta dia. "Kau dah makin melampau sekarang yer Aimi?! Kau dah makin berani?! Takpe,kau tunggu jer Aimi,aku akan buat kau dengan laki kau menyesal bila sampai masa nanti!" Dengus Hazrin tidak puas hati dalam kereta lalu dia masukkan gear dan berlalu dari rumah itu.

Aimi pula sudah rasa lega bila kereta itu sudah beredar dari depan rumahnya.Aimi terus melakukan kerja rumah yang tergendala sedikit.Dia tak mahu telefon Fakhrul yang Hazrin datang rumahnya.Jadi,Aimi buat keputusan untuk diam saja.

*******************

"Tak guna! Ini semua sebab kau Fakhrul! Kalau kau tak muncul dalam hidup dia,aku rasa Aimi dah jadi milik aku dah!" Kata Hazrin geram sambil mengetuk stereng keretanya kasar semasa memandu. "Aimi pun sekarang dah tunjuk berani depan aku! Tapi takpe,kau yang mula dulukan,kita teruskan permainan ini!" Sambung Hazrin lagi dengan memikirkan satu rencana jahat untuk dia.

"Hello Ray! Jumpa aku tempat biasa petang ni!" Hazrin menelefon orang upahan dia.

"Okay boss.Nanti kita jumpa." Jawab Ray pendek.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now