Bab 41

492 22 0
                                    

"Macam tulah ceritanya awak.Dari mula saya dan Hana mula rapat sampai kami lafazkan kata cinta." Kata Fakhrul masih lagi tenang.

"Habis tu,sekarang ni kenapa awak pilih saya untuk dijadikan isteri awak,kenapa awak tak kahwin saja dengan Hana?" Soal Aimi lagi masih ingin tahu lebih lagi. "Dan sekarang Hana dekat mana? Saya pun dah lama tak contact dia,dia kawan saya juga." Sambung Aimi lagi.

"Kalau awak nak tahu Hana sekarang di mana,sekarang dia tengah 'melihat' kita." Jawab Fakhrul dengan bergenangnya air matanya.

"Dia lihat kita? Apa maksud awak?" Tanya Aimi semakin bingung.

"Kalau awak nak tahu.Yang sebenarnya Hana dah tak ada,dia dah meninggalkan kita." Bagitahu Fakhrul jelas,dengan memberitahu perkara yang sebenar.Air mata Fakhrul turut juga mengundang.

"Awak! Betul ke apa yang saya dengar ni?! Hana dah tak ada!" Tanya Aimi benar-benar terkejut.

"Yer awak,masuk tahun ni,dah setahun arwah Hana tinggalkan kita." Jawab Fakhrul untuk menyakin Aimi.

"Awak....masatu arwah Hana meninggal sebab apa?" Tanya Aimi lagi tentang arwah kawan dia.

"Arwah meninggal sebab demam denggi berdarah.Masatu saya dah bertunang dengan arwah Hana lepas saja saya graduate dekat UITM dulu."

Flashback Fakhrul dapat tawaran belajar........

Fakhrul membawa Hana berjalan-jalan di hutan bandar.Lagipun Fakhrul memang nak sangat jumpa Hana.Maklumlah lepas sahaja dapat keputusan STPM yang baik Fakhrul terus cari kerja,yang Hana pula sudah buat bisnes tudung online,yang Fakhrul kerja di kedai alat sukan saja.

"Awak,tadi awak cakap ada benda penting nak bagitahu saya.Apa dia?" Tanya Hana mereka berdua terus menuju ke pondok kecil yang tersedia ada itu.

"Awak.Kalau saya cakap awak jangan terkejut yer?" Kata Fakhrul bunyi seperti risau.

"Cakap jelah,saya ok jer." Balas Hana biasa.

"Awak sebenarnya saya dapat tawaran belajar.Dekat UITM Shah Alam." Serta merta Hana terkejut dengar apa yang Fakhrul bagitahu.

"Awak dapat tawaran dekat sana? Kenapa jauh sangat?!" Tanya Hana seolah-olah macam tak boleh terima.

"Saya tak tahu,tapi ini saja peluang untuk saya berjaya dalam hidup saya."
Jawab Fakhrul tenang.

"Awak,awak sanggup ker tinggalkan saya sorang-sorang.Lagipun awak sanggup ke duduk berjauhan dengan saya.Saya sedihlah macam ni." Kata sayu Hana.

"Awak,awak janganlah macam ni.Awak tahukan yang saya minat nak jadi peguam ini juga peluang saya setelah tak dapat jadi seorang pegawai polis.Lagi satu,ini saja cara untuk saya hidup bersama dengan awak.Takkan saya nak kerja terus menerus dekat kedai sukan sampai kita dah bersama.Jadi,ini saja harapan saya untuk bersama dengan awak,sekurang-kurangnya kehidupan kita selepas bersama nanti saya dah dapat stabilkan dari segi kewangan tempat tinggal dan macam-macam lagi." Hana masih terdiam kaku,tak tahu apa nak dijawab.Bila difikirkan betul juga. "Awak hidup ini,mesti perlu ada pengorbanan.Saya kena berkorban untuk awak,untuk kita suatu hari nanti.Awak juga kena sanggup berkorban untuk lepaskan saya untuk sambung belajar.Demi kita berdua suatu hari nanti percayalah." Sambung Fakhrul memujuk sambil merayu pada Hana.

Mereka terdiam beberapa saat. "Awak kalau dah pergi sana nanti janji jangan lupakan saya dekat sini,jangan cari perempuan lain?" Soal Hana sedih.

"Ye saya takkan cari perempuan lain dekat sana,sebab awak adalah cinta pertama saya..... Awak,awak dah lupa ker janji saya pada awak mula-mula dulu.Yang saya akan melamar awak bila saya sudah berjaya nanti.Takkan awak dah lupa?" Jawab Fakhrul sambil mengingatkan semula janji-janji Fakhrul pada Hana.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now