Bab 40

540 24 0
                                    

Malam itu,Fakhrul membawa Aimi pergi ke restoran yang mewah.Selepas saja mereka berdua bangun tidur tadi mereka tiada apa-apa perancangan untuk membuat apa-apa aktiviti pada petang itu,jadi Fakhrul hanya membuat keputusan untuk menunggu sehingga malam dengan membawa isteri dia keluar makan malam.

Tadi masa mereka berdua sampai saja ke restoran mewah itu,Aimi membantah dan menolak kerana pergi restoran yang agak mahal.Kata dia membazir saja dekat tempat mahal,dia lagi suka makan di tempat biasa saja.Tapi,setelah di arah keras oleh Fakhrul,dia terpaksa mengikut arahan dia.

Aimi menyuapkan udang ke dalam mulut dia.Nampak berselera sungguh Aimi makan nasi goreng seafood yang dia pesan.Fakhrul yang tengoknya pun tersengih tengok isteri dia makan dengan penuh selera.

Aimi perasan yang Fakhrul asyik curi-curi memandang dia dan tersenyum sorang-sorang.Dah tak betul agaknya.

"Dah kenapa awak tengok saya macam tu? Lepastu senyum-senyum pula?" Tanya Aimi pelik dengan perangai suami dia.

"Tak adalah,awak tu makan penuh berselera sangat.Macam tak pernah makan makanan mewah pula,hehehehe." Jawab Fakhrul sambil ketawa.

"Yelah,ini kali pertama makan dekat tempat mewah macam ni,lepas sedap pula tu.Mesti mahalkan." Balas Aimi sambil menyupkan nasi goreng dia.

"Awak tak payah nak fikirkan mahal semua tu,lagipun bukan selalu bawa awak ke tempat macam ni." Kata Fakhrul sambil menyedut jus tembikai dia.

Aimi hanya mengangguk saja lalu meneruskan langkah dia dengan memakan makanan dia.Dan lagi sekali,Fakhrul memandang dia lagi.Kali ini,dia menongkatkan dagu dia dengan kedua-dua tangannya.Aimi yang perasan lagi sekali,turut terasa malu bila dipandang sebegitu.

"Awak! Kenapa pandang saya macam tu.Malulah saya." Muka Aimi sudah memerah,Fakhrul pula masih lagi keadaan sebegitu dengan senyuman dia.

"Buat apa awak nak malu? Lagipun bukan dengan siapa pun,suami awak yang handsome ni juga.Apa salahnya." Jawab Fakhrul dengan mengenyitkan mata dia.

"Eeeeee! Awak ni perasan betul." Balas Aimi sambil tersengih. 'Tapi awak memang handsome pun,macam pelakon korea favourite saya.Tapi saya saja tak nak cakap macam tu dekat awak.' Monolog hati Aimi tiba-tiba pula dia tersenyum.

"Dah kenapa awak senyum sorang-sorang pula tu? Mesti betul saya kata,yang saya ni handsome kan." Fakhrul perasan yang isteri dia tiba-tiba tersenyum.

"Eihh! Takdelah! Awak ni cepat perasan betul.Lebih baik awak habiskan makanan awak tu,daripada pandang saya dengan pandangan gatal awak tu." Balas Aimi untuk tutup rasa malu dia.Boleh pula dia perasan.

"Gatal gatal pun dengan isteri saya sendiri." Kata Fakhrul sambil tersenyum lalu dia terus dia menghabiskan makanan dia yang masih ada lagi.

Mereka berdua meneruskan makan malam mereka berdua sehinggalah habis.

*********************

Fakhrul membawa Aimi ke kawasan bukit yang tidak beberapa tinggi.Kawasan itu juga gelap,tapi dari kawasan itu boleh nampak cahaya di kawasan bandar yang kecil itu.

Mereka berdua keluar dari perut kereta bersama dan menikmati rasa kawasan bukit di waktu malam yang dingin.

"Awak,kenapa awak bawa saya ke sini? Tempat-tempat gelap ni,saya tak biasa sangatlah." Suara Aimi memecahkan kesunyian.

"Awak tak perlu risau or takut sangat,saya jamin kawasan tak ada sesiapa yang ada selain kita berdua." Kata Fakhrul seraya pergi berdiri di sebelah isteri dia.

"Maknanya hanya kita berdua saja yang ada dekat sini,macam tu ker?" Soal Aimi masih rasa risau lagi.

Fakhrul hanya mengangguk saja.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now