Bab 7

631 30 1
                                    

"Apa?! Kau tak dapat jawatan ketua pengawas or penolong?!" Kata Hakim terkejut bila mendengar apa yang dia bagitahu.

Mereka berborak di jambatan yang menyeberangi tasik dekat hutan bandar tersebut.

"Yelah betul lah aku cakap.Ok,kalo aku tak jadi ketua pun aku tak kisahlah.Tapi,yang jadi penolong kau tau tak siapa?!" Teka Fakhrul pada Hakim.

"Sape." Hakim tunggu saja jawapan dari Fakhrul.

"Kawan kelas aku Asri." Jawab Fakhrul meleret.Hakim pula dah terbuntang mata.

"Asri yang budak kem bomba tahun lepas tu? Yang selalu dengan Arsyad tu?" Tanya Hakim bertubi-bertubi pada Fakhrul.

Fakhrul hanya mengangguk.Fakhrul masih rasa marah lagi.

"Uishh,pahal budak tu jadi penolong seyh.Padahal dia tak sampai setahun pun jadi pengawas kalau nak dibandingkan dengan kau.Tapi asal cikgu pilih dia seyh.Dia ni set set macam arsyad masa jadi pengawas tau tak.Tak sampai setahun dah jadi ketua pengawas bila form 5,padahal dia baru lantik masa form 4 macam kawan kau tu.Lagipun,dia jadi ketua pun sebab Dayat kawan dia tu.Itu pun sebab Dayat pindah KL,and masatu dia bagi jawatan penolong tu pada Arsyad.Naik je form 5 terus jadi ketua." Kata Hakim yang membebel panjang berjelar.

Arsyad ini bekas senior pengawas Fakhrul yang merupakan ketua pengawas juga.

"Habis tu kim,takkan aku nak bantah cakap cikgu.Kau faham-faham lah Cikgu Endok macam mana dia tu kalau dia buat keputusan.Kalau dia pilih 'itu' memang 'itu' lah yang dia nak." Kata Fakhrul masih lagi tengah berang hati dia.

"Hmmm...sabar jelah Fakhrul.Habis tu,sekarang ni kau ada pegang apa-apa jawatan tak? Mustahil kau tak dapat apa-apa jawatan untuk kau.Ni tahun terakhir kau kat sekolah tau." Tanya Hakim sambil menenangkan hati Fakhrul yang marah.

"Ada...jawatan yang sama dari first aku masuk sesi pagi." Jawab Fakhrul.

"Maksud kau,jawatan exco blok?" Tanya Hakim.

Fakhrul hanya mengangguk sahaja."Tiga tahun kim,tiga tahun aku pegang jawatan yang sama kim." Kata Fakhrul sambil menyandar dinding jambatan yang mereka tengah berbual. "Aku sekarang ni pun macam malas nak bersemuka dengan Asri,sebab dia dapat jawatan yang lebih baik dari aku.Sedangkan,dia tu baru dilantik jadi pengawas start dia dari form 4." Sambung Fakhrul lagi tentang Asri.

Tadi masa habis meeting pun dia terus pedulikan Asri,semasa Asri memanggil Fakhrul,malas nak melayan Asri.Memang tak puas hati betul Fakhrul dengan Asri.

"Takpe Fakhrul,ni mungkin bukan rezeki kau.Mana kat luar sana nanti kau jadi macam-macam ketua ker.Lagi kau kan nak jadi pegawai polis.Entah-entah kau jadi ketua pegawai operasi ker.Tak ke macam tu." Kata Hakim pada Fakhrul sambil memberikan Fakhrul semangat.

Hakim tahu di samping Fakhrul sakit hati itu,mesti ada sedikit perasaan sedih dia tu,cuma Fakhrul takkan menunjukkan perasaan sedih dia pada orang lain.

"Eh kim,bukan aku jer nak jadi polis,kau pun sama jadi polis ok.Hehehe." Kata Fakhrul sambil menunjukkan jari pada Hakim.

"Ehh ha'ah lah.Cita-cita kau dengan aku kan sama.Hahahahha." Mereka ketawa sesama sendiri. "Alah Fakhrul,lagi pun kita berdua ni kan bakal jadi 'ketua' jugak nanti." Kata Hakim sambil mengjungkitkan kening dia yang sebelah.

"Hah? Ketua? Maksud kau ketua macam mana?" Tanya Fakhrul dengan blur.

"Alah....kau tak faham pulak! Ketua keluarga lah maksud aku." Kata Hakim sambil tersengih.

"Ewah kau...jauh benor kau pikir yer! Ke dah pasang niat dah kau hah?! Tau lah kau dah habis sekolah." Kata Fakhrul sambil mengejek Hakim pasal isu 'ketua' tu.

Mereka terus gelak sakan dekat jambatan itu.Ketawa mereka tiba-tiba tercetus berhenti bila Fakhrul teringat sesuatu.

"Hah kim,tadi masa kau first call aku.Kau kata ada something kau nak share bagitahu.Apa dia?" Tanya Fakhrul pada Hakim. Macam perkara agak serius.

"Owh,lupa pulak.Ni apa aku nak bagitahu kau jangan terkejut tau." Kata Hakim.

"Lain macam bunyi." Teka Fakhrul.

"Sebenarnya,aku nak pindah,aku mula pindah esok pagi." Terbuntang mata Fakhrul dibuatnya. "Tapi,aku jer yang nak pindah.Aku pindah KL,rumah pakcik aku untuk beberapa bulan.Sebab,pakcik aku nak cari pembantu kedai dekat KL.Jadi sementara aku nak tunggu result and nak sambung belajar,aku kena kerja dengan pakcik.Maybe,lepas ni kita dah tak boleh jumpa lagi.Itu sebab aku ajak kau,nak jumpa kau." Kata Hakim rasa serba salah hendak bagitahu.Tapi nak buat macam mana,dah pakcik dia sudah kekurangan pembantu.

Pakciknya Hakim buka kedai makan,tetapi dia kekurangan pembantu,jadi dengan saudara dia jelah yang boleh dia cari untuk sementara dia tunggu result SPM dengan menyambung pelajarannya.Lagipun Hakim dengan keluarganya sudah bersetuju untuk menolong pakcik dia di KL.

"Kau series ke kim,esok kau dah mula pindah sana?!" Tanya Fakhrul untuk kepastian.Hakim hanya mengangguk.

"Habis tinggal aku sorang jelah.Tanpa kau dekat kampung.Habis tu siapa yang aku nak minta simpati selain daripada kau selepas parents aku." Kata Fakhrul yang menitiskan air matanya namun ditahan.

Hanya Hakim sahaja yang Fakhrul ada dan boleh luahkan segala perasaan dan segala masalah yang dia hadapi selepas mama dan abahnya.Sebab Hakim yang banyak membantu dia sekiranya Fakhrul ada masalah dan Hakim juga sentiasa memberi sokongan moral pada Fakhrul.

"Kau rileks lah,nanti insyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi.Yang penting sekarang,sepanjang aku takde aku nak kau sentiasa kuat,jangan mengalah,sentiasa sabar dan lagi satu banyakkan berdoa.InsyaAllah,segala akan dipermudahkan." Kata Hakim yang masih tak henti-henti bagi kata semangat.

"Ok,memandangkan esok aku dah takde,gi KL.Jom aku bawak kau Paradigm JB,aku nak kau happy,nak spent time dengan kawan gila naruto aku ni,untuk last time sebelum aku gerak esok.Alah,lagi pun esok jumaat tak sekolah kan." Kata Hakim untuk menghappykan mood Fakhrul.

"Dah lah,jangan nak sedih-sedih.Nak jadi polis tak boleh nangis tau." Kata Hakim lagi.Fakhrul pula dah tersenyum-senyum.

Mereka berdua turun dari jambatan itu,terus keluar dari hutan bandar lalu terus menghidupkan enjin kereta Hakim dan menujunke destinasi yang mereka nak pergi.

Lepasni Fakhrul dah mula bersendirian tanpa sahabat baiknya di kampung halaman mereka.Di samping rasa cemburu dan benci terhadap rakan kelas Asri sudah ada,kerana dia sudah memiliki jawatan lebih tinggi dari Fakhrul,sedangkan dia hanya setahun sahaja dilantik pengawas. Adakah Fakhrul akan bermusuh dengan Asri,dan berkawan seperti biasa??

Ok guys sila comment dan bagi vote untuk story saya.




Isteriku Ketua PengawasDonde viven las historias. Descúbrelo ahora