Bab 48

475 20 0
                                    

Fakhrul membuka matanya perlahan-lahan.Dia sudah tersedar daripada dia pengsan.Dia masih dapat rasakan sedikit kesakitan yang ada dibahagian kepala dia. "Arhhh!!" Fakhrul menjerit kesakitan bila memegang kepalanya.Dia cuba mengingat semula apa yang terjadi tadi.Tiba-tiba dia teringat sesuatu! Iaitu.....

"Ya Allah! Isteri aku?! Aimi!" Baru Fakhrul tersedar semula dari perasaan yang agak bingung tadi setelah dia teringat isteri dia.

Fakhrul dengan pantasnya pergi meluru naik ke atas mencari isteri dia.Fakhrul masuk ke bilik dia untuk mencari isteri dia,tapi bila dia masuk saja bilik dia,tak ada orang pun.Fakhrul mula mencari di bilik-bilik lain pun sama juga,isteri dia tak ada.

"Ya Allah! Isteri aku dekat mana?" Fakhrul masih mencari-cari di mana Aimi,dia sudah mencari satu rumah pun masih tak jumpa,sehinggakan Fakhrul mencarinya diluar kawasan rumahnya,tapi tak ada.

Fakhrul cuba menelefon isterinya.Dalam beberapa saat telefonnya tidak berangkat. "Sayang,sayang dekat mana,tolong jangan buat abang risau!" Fakhrul masih tak henti-henti menelefon isteri,kali ke berapa Fakhrul menelefon Aimi,dia terdengar nada dering telefon isteri dia berbunyi,bunyi itu datang dari arah ruang tamu.Fakhrul pergi ke arah ruang tamu dan mencari bunyi telefon itu dan dia jumpa juga.Telefon dia berada dalam beg tangan dia diatas sofa.Fakhrul memeriksa isi beg isteri dia,dompet,telefon semua ada.Tapi masalahnya,Aimi pula tak ada.

Fakhrul sudah mati akal dan akhirnya dia terpaksa menelefon seseorang yang patut dia memerlukan pertolongan dalam saat genting ini.Iaitu....

"Hello Kim! Kau kat mana? Kau datang rumah aku cepat!" Panggil Fakhrul dengan cemas.Hakim yang ada di talian belum sempat menanyakan apa-apa lagi sudah tutup panggilan dia.

***********************

Di satu bilik yang agak tidak luas kiranya.Aimi hanya ditemani dengan satu mentol cahaya yang berada diatas dia.Dia masih terduduk dan tidak menyedarkan diri dia.

Dalam beberapa saat kemudian,Aimi membuka matanyan dengan perlahan.Matanya dikecilkan kerana cahaya mentol yang dipancarkan diatas yang agak silau.

Aimi berasa hairan,dia berada dimana sekarang ini,sekarang ini hanya yang dia nampak adalah dia berada di sebuah bilik yang agak usang dan berselerak. 'Aku dekat mana ni? Macam mana aku boleh ada dekat sini?' Monolog hati Aimi cemas.Aimi cuba mengingat semula apa yang berlaku pada mulanya.

Flashback......

Aimi baru sahaja siap memakai tudungnya dan sudah siap sepenuhnya.Segala telefon dan barang keperluannya diletakkan pada beg tangannya lalu dibawa. 'Mesti abang dah tunggu dekat bawah.' Monolog hati Aimi.Lalu dia terus keluar dari biliknya dan turun ke bawah.

Langkah demi langkah Aimi turun,dia terkejut tatkala ternampak Fakhrul jatuh terkulai dilantai tiba-tiba. "Ya Allah abang?!" Aimi Meletakkan beg tangan dia di sofa ruang tamu lalu mendapatkan suami dia.

"Abang! Abang! Bangunlah! Kenapa ni?!" Aimi cuba menggerak badan Fakhrul kalau-kalau dia boleh sedar.Aimi periksa nadi dia.Hmmm okay,masih berdenyut.

"Jangan risau......suami kau cuma pengsan saja,kejap lagi dia sedarlah tu.....Hehehehehehe!" Satu suara yang tiba-tiba muncul belakang Aimi.

Aimi menoleh terus belakangnya dan terkejut melihat seorang lelaki yang bertubuh besar dan bengis muncul tiba-tiba.

"Kau ni siapa?! Apa yang kau buat pada dia?!" Soal Aimi dengan marah.

"Aku tak buat apa-apa,cuma aku buat dia pengsan jerrr.Hehehehehehe!" Kata lelaki itu sambil berjalan ke arah Aimi.

Aimi perasan yang lelaki itu cuba datang menghampiri dia,dia juga perlahan-lahan mengundur ke belakang untuk lari.

Tanpa berlengah lagi,Aimi terus keluar untuk melarikan diri.Tapi.....

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now