Bab 22

501 25 0
                                    

Malam ini,Hakim mengajak Fakhrul pergi gym pula.Dah alang-alang itu,Fakhrul ceritakan lah apa yang mamanya bagitahu.Terkejut Hakim di buatnya.

"Kau biar betul! Aku tak salah dengar lah ni?!" Tanya Hakim terkejut seraya bangun dari pembaringan dekat tempat mengangkat berat.

"Yer betul." Kata Fakhrul yang duduk sambil meminum air.Fakhrul terus pergi sambung bermain alat gym favourite dia iaitu chest press machine.

"So kau pun setujulah dengan pilihan mama kau?" Fakhrul mengangguk. "Wah tak sabar aku nak makan nasi minyak kawan aku tak lama lagi. Hahaha." Kata Hakim lalu tercetus tawa.

Fakhrul pula dah buat muka annoying dia itu dan meneruskan bermain alat yang dia main tersebut.

"Tapikan bro,mama kau ada cakap tak siapa calon yang bakal jadi isteri kau?" Tanya Hakim lagi lalu pergi ke tempat bermain dumbell.

Fakhrul menggeleng tidak tahu.Sambung Fakhrul lagi dengan menghentikan machine itu. "Tapi mama aku cakap yang sabtu minggu ni,parents aku nak bawak aku jumpa bakal keluarga mertua aku plus bakal isteri aku sekali.Dia kata nak berkenalan lah tu."

"Owh gitu.Aku tak sangka yang kau boleh dengar apa saja cakap mama kau kan.Apa yang mama kau pilih untuk kau, kau terima.Memang kau ni anak mak kan hahahaha." Kata Hakim seraya ketawanya.

"Hah yelah yelah,ketawa lah lagi,kalau kau nak dumbell tu aku sumbat kat mulut kau." Fakhrul mencebikkan mukanya. "Biarlah aku anak mak sekali pun,segala apa yang mama aku nak aku turut." Sambung lagi Fakhrul dari machine chest itu dan berlalu ke treadmill machine.

"Alah kau ni Fakhrul aku gurau jelah." Kata Hakim cuba pujuk Fakhrul itu. "So dalam minggu ni kau baliklah.Hari apa kau balik?" Tanya Hakim lagi.

"Aku balik jumaat.Lepas habis kerja aku terus sharp balik Kulai." Hakim mengangguk faham.

"Eh nanti kalau dah kenal bakal isteri kau,kenal-kenal kan lah kat aku.Mana tahu aku boleh tackle kalau kau tak nak.Hahahaha." Kata Hakim ketawa lagi.Fakhrul memandang Hakim tak puas hati,ada saja nak menyakat Fakhrul.

Hakim nampak Fakhrul dah buat muka terus senyap dan menyambung lagi bermain dumbell.

Mereka berdua menghabiskan masa mereka dengan berada pusat gym.

***************

Aimi keluar dari perut kereta viva dia lalu terus mamasuki bank.Setelah 10 minit,Aimi keluar dari bank.Dan secara tak langsung Aimi pergi ke arah kiri lalu bertembung dengan seseorang.

Hazrin ternampak seseorang yang berada di hadapan bank.Insan yang dia ingin mencari dan dirindui.Dia pergi bertemu dengan gadis itu.

Setelah Aimi bertembung dengan lelaki yang dibenci itu,Aimi terus pergi ke arah lain supaya dia tak nak berhadapan dengan lelaki yang tinggalkannya.Dasar kaki perempuan! Aimi lari untuk berjauhan dengan lelaki itu.

"Aimi! Aimi tunggu dulu." Hazrin mengejar Aimi dengan secepat mungkin dan terus menggapai tangan kecil Aimi.

"Hissyy,apa ni Hazrin.Jangan cuba nak pegang and sentuh saya!" Tepis tangan Hazrin untuk melepaskan pegangan dari tangan Aimi. "Apa yang awak nak sebenarnya! Kenapa awak datang sini cari saya?! Tak cukup lagi ker dengan apa yang awak dah buat semua ni? Tak cukup lagi nak hancurkan hati saya? Sekarang apa lagi yang awak nak Hazrin?!" Marah Aimi pada lelaki itu.

"Aimi dengar sini.Saya datang sini nak cari awak,saya kembalikan hubungan kita semula.Saya nak awak balik.Lagipun girlfriend saya dah tinggalkan saya.Please,bagi saya lagi peluang." Luah Hazrin simpati pada Aimi.

Amboi kau Hazrin senangnya cakap macam tu dekat Aimi.Kau ingat Aimi tu barang mainan ker suka-suka hati kau buang and kutip balik.

"Huh! Peluang.Awak nak saya bagi peluang dekat awak.Awak ingat saya ni apa? Barang mainan ke? Suka campak bila tak guna and kutip balik.Saya masih ada lagi hati dan perasaan.Tapi perasaan saya ini awak permainkan.Awak yang tinggalkan saya masa dahulu,sekarang ni bila awak dah kena tinggal girlfriend awak baru awak nak cari saya semula! That's nonsense to you Hazrin,sudah anggap sajalah kita tak ada apa-apa lagi hubungan kali ini." Kata Aimi dengan sinis lalu meninggalkan dan pergi ke keretanya.

Hazrin masih tidak puas hati lagi lalu mengejar Aimi lagi. "Aimi tunggu dulu." Hazrin menggapai tangan Aimi lagi dan serta-merta.

'Pang!!!" Satu tamparan yang kuat dari Aimi menghinggap ke muka Hazrin. "Sudahlah tu Hazrin,berhenti kejar atau cari atau muncul lagi depan saya.Faham tak." Kata Aimi terus memasuki ke dalam keretanya lalu dia menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi.

Hazrin hanya menghantar pandangan kereta Aimi sehingga hilang di matanya.Hazrin keluh pada dirinya,namun dia tidak berputus asa untuk dapatkan Aimi.

****************
Malam itu....

"Apa?! Kau ada terjumpa dia! Bila? Dekat mana? Asal dah malam macam ni kau baru nak bagitahu aku hah?!" Tanya Anis yang berbagai soalan yang diajukan pada Aimi dalam telefon.

"Wey dok boleh tak kau tanya satu satu.Mana satu aku nak jawab." Balas Aimi balik dekat Anis.Bagi soalan macam machine gun.

"Okay okay,sekarang ni kau citer dekat aku macam mana kau boleh terjumpa dia and then apa yang dia nak dekat kau." Kata Anis menyuruh Aimi bagitahu tentang kejadian petang itu.

"Yelah aku nak citer lah ni,masatu aku..." Aimi menceritakan tentang kejadian tadi,dari awal hingga akhir.

"Hmm macam tu yer.Bagus juga kau lempang dia tadi.Baru dia macam mana sakitnya hati kau.Kau ada cakap tak yang kau bakal milik seseorang atau lebih tepat lagi bakal isteri orang?" Bebel Anis sambil bagitahu tentang dia perkara itu.

"Tak." Jawab Aimi pendek.

"Asal kau tak bagitahu dia,nanti dia cari kau lagi macam mana? Kau tu bakal di miliki oleh seseorang faham tak!" Balas Anis lagi dari tadi membebel saja.

"Aku tak terpikir masatu okayh! Sebab masa aku terjumpa dia pun,hati aku masih tengah sakit tau tak!" Jawab Aimi serius.

"Kalau dah macam gitu,nak macam mana lagi.Cuma sekarang aku nasihatkan kau.Hati-hati kalau dia jumpa kau lagi." Nasihat Anis.

"Hmm okay.Dah lah penat aku lagi asyik berbual jer.Aku tutup dulu.Assalamualaikum." Ucap salam Aimi,dia mematikan telefonnya selepas Anis jawab salam dia.

Memang kecoh kalau kawan dengan Anis,bebel sana sini.

***********
Malam sebelum Fakhrul berangkat......

Pada khamis malam jumaat,lepasFakhrul baca Yaasin pada malam itu,dia mengemas beberapa helai pakaian secukupnya untuk pulang ke kampung halamannya.Pelbagai perasaan yang terbuku di dalam diri Fakhrul.Tak tahu sama ada dia happy,nervous or takut bila dapat berkenalan dengan bakal teman hidupnya.Memang orang tua-tua kata tak kenal maka tak cinta,tapi boleh ker Fakhrul menimbulkan perasaan cintanya pada seseorang.Lagipun dengan cara ini sajalah yang dia dapat lupakan arwah Hana itu.

"Bom!!" Sergah Hakim,tercampak baju Fakhrul ke belakang.Terperanjat Fakhrul dibuatnya. "Hahaha kau ni suka terperanjat macam tu." Kata Hakim mengacau Fakhrul seraya mengambil baju Fakhrul yang tercampak tadi.

"Kau ni kim,jangan terkejutkan aku sangat kalau aku kena heart attack macam mana tadi.Dah tak pasal aku tak kenal bakal bini aku." Kata Fakhrul seraya ambil baju dari Hakim dengan muka tegang.

"Alah rileklah." Kata Hakim sambil duduk di katil Fakhrul. "Ni kau gerak pukul berapa esok?" Sambung Hakim menanya pada Fakhrul.

"Kan aku dah cakap lepas kerja aku terus gerak balik Kulai.Lagipun esok aku amik half-day jer." Kata Fakhrul sambil melipatkan seberapa helai lagi bajunya dan di masukkan ke beg bagasinya.

"Owh apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau bila dekat sana nanti.Nanti kalau ada pape kau story jer aku." Kata Hakim sambil menunjukkan ibu jarinya.

"Okay InsyaAllah nanti kalau ada apa-apa aku roger kau." Balas Fakhrul balik sambil membentukkan penumbuk ditangannya lalu di lagakan dengan tangan Hakim yang buat bentuk sama. "Hmm okay dah siap,aku nak solat Isyak and then nak tidur." Fakhrul bangun dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk.Hakim pun segera bangun dan beredar dari bilik Fakhrul untuk dia tidur juga.

#vote&comment

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now