BAHAGIAN 2

24.9K 73 0
                                    

SITI FATIMAH memulakan kehidupan barunya dikampung kelahirannya,Melaka dengan berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak dan teh ditepi jalan berhampiran rumah datuk dan neneknya.
Sedang dia ingin memulakan perniagaannya tiba-tiba siti fatimah terpandangkan tadika yang tidak jauh dari situ ditadika itulah tempat dia bekerja dahulu dan tadika itulah dia mengenali suaminya yang sombong dan ego hinggalah kebahagiaan menjelma namun seketika sahaja.

sedang siti fatimah terleka mengingati kenangan lalu tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu kemalangan membabitkan seorang lelaki yang berjalan kaki dan sebuah motorsikal.penunggang motorsikal yang terjatuh tadi melarikan diri

Siti fatimah segera menghulurkan bantuan dia mengerahkan kurdatnya menarik lelaki itu kebahu jalan

"Encik,encik!"siti fatimah memanggil lelaki itu,Namun tiada jawapan.tangannya dibalut dengan plastik untuk menyentuh lelaki tadi sebuah kereta berhenti

"Eh kenapa ni,Kak?"soal lelaki itu.

"Dia kena langgar dengan motorsikal tadi tolong bawa dia pergi kehospital lekas"pinta siti fatimah,lelaki itu menuruti permintaan siti fatimah agar membawa lelaki yang pengsan itu kehospital melaka.Nenek siti fatimah mendekati cucunya itu.

" Eh kemana kamu pergi tadi siti?"soal nenek siti fatimah.

"Ada orang kena langgar tadi nek,siti tolonglah dia" jawab siti fatimah.

"Lelaki?" soal neneknya lagi.

"Ha.ah nek kenapa?" soal siti fatimah pula.

"Razali" jawab nenek siti fatimah.

berkerut dahi siti fatimah sebaik sahaja melihat neneknya,Seperti menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa dengan razali nenek?"soal siti fatimah yang ingin mengetahui pekara sebenar.

"Razali tu budak kampung sebelah,dia tu kehilangan anak dan isterinya akibat kemalangan jalan raya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa isteri dan anaknya maut"jelas nenek siti fatimah.

"Kemudian nek?"soal siti fatimah lagi.

"Dia jadi sasau,gila merayau-rayau kesana kemari tanya orang mana anak dan isterinya"jelas nenek siti fatimah lagi.

Tergamam siti fatimah mendengar penjelasan neneknya itu.

"Abis nek,takkan keluarga dia tak ubatkan dia?"soal siti fatimah lagi

"Keluarga dia halau dia,sebab dia gila macam tu"jawab nenek siti fatimah lagi.

kelu lidah siti fatimah,bagi dirinya razali boleh diubati dengan nasihat dan perubatan islam namun dia kesal kerana keluarga razali mudah putus asa tanpa berusaha mengubati anak mereka.

Namun diseberang jalan,tanpa disedari Siti fatimah ada sebuah kereta berhenti dibahu jalan pemandunya bercermin mata,miliki jambang

"Akhirnya kau balik jugak ye"kata lelaki itu.Kemudian dia menghidupkan semula enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan kawasan berkenaan.

...............................................

PADA sebelah malam,Siti fatimah lebih senang membaca Ayat-ayat suci al-quran sambil ditepinya diletakkan anaknya siti solehah,tiba-tiba airmata dia mengalir kerana perasaan rindunya pada suami tersayang Ariff, yang hilang tanpa dapat dikesan bersama bapa mertuanya juga.

"Ya Allah,kau selamatkan la suami dan bapa mertuaku"doa siti fatimah.

Siti fatimah memeluk erat anak sulungnya itu.dikucup berulang kali untuk menghilangkan kesedihannya.

Isteri solehah2Kde žijí příběhy. Začni objevovat