Bahagian8.

7.1K 58 7
                                    

Siti fatimah merenung jauh diluar jendela,sesekali kedengaran bunyi cengkrik menghiasi malam,Dia rindukan arwah ibu dan ayahnya datuk dan neneknya yang meninggal dunia kerana kebakaran,penjenayah yang melakukan perbuatan kianat itu masih belum dapat diberkas,Namun pihak polis masih belum menutup kes berkenaan.

Anaknya siti solehah kini berusia dua tahun dan kehilangan suaminya Ariff terus menimbulkan persoalan yang terbuku didalam hati siti fatimah.

Siti fatimah terus kedapur,dia mengambil wuduk kemudian berjalan masuk kedalam bilik tidurnya Al-quran dicapainya lalu dibaca kitab suci Al-quran itu,tujuannya untuk mencari ketenangan dengan apa yang telah menimpa kepadanya.

hampir sejam membaca Al-quran,Siti fatimah tertidur disebelah anaknya ditepi katil.Kedengaran azan subuh berkumandang,walaupun kini siti fatimah menjalani hidup sendirian bersama anaknya siti solehah dia tenang melaksanakan tugasannya,Dibantu pula rakan karibnya jaffar.Setelah menghantar anaknya ke taska siti fatimah pasti memandu kereta peninggalan arwah datuknya ke ladang ternakan kambing dan kolam ikan.

Sekali lagi Siti fatimah terkejut,apabila dia diberitahu penjaga kolamnya Darus dan kimi ikan telah diracun.

"Puan tengok ni"Kata darus.

siti fatimah terkedu melihat sebuah kolam dari empat kolam ikan kini ikan-ikan telah mati dan berapungan dipermukaan air

"Takkan awak tak nampak siapa punya angkara?"soal siti fatimah.

"Penceroboh masuk gunting pagar la puan tu"kata kimi pula sambil menunjukkan arah pagar yang digunting.

berkerut dahi siti fatimah melihat keadaan itu,Baginya siapalah manusia yang tergamak meracuni ikan-ikan peliharaannya itu.

jaffar menghampiri siti fatimah.

"Kau tengoklah ni jaffar,Minggu lalu kambing dia racun ini ikan pula"Keluh fatimah.

Jaffar terkedu,Dia tidak mampu berkata-kata apa

"Entah-entah mak mertua kau punya angkara kot"Kata jaffar.

"Tak baik menuduh,berdosa"ringkas sahaja jawapan siti fatimah

"Habis siapa,kalau bukan dia"kata jaffar.

"Macam ni la aku rasa,Aku nak buat laporan polis biar polis je selesaikan masalah ni"kata siti fatimah.

.........................................................

Suasana petang menghangatkan keadaan namun kelihatan seorang lelaki termenung sendirian melihat pantai.

"siapa aku,kenapa aku ada dekat pulau ni"Soal lelaki itu.

"Pak,kami jumpa bapak hanyut,jadi kami selamatkan bapak"kata lelaki itu.

"aku dimana ni?"soal lelaki itu.

"Bapak ada dikepulauan indonessia,gayanya bapak ni orang malaysia"soal lelaki indonessia itu.

Ariff kebinggungan,kerana dia tidak mampu mengingati apa yang sebenarnya berlaku.Diperhatikan kakinya yang kudung agak lama,Dia cuba mengimbas kembali apa yang terjadi padanya pada hari kejadian.

ketika itu ombak laut agak tenang,namun secara tiba-tiba awan bertukar gelap.

"Dato,kita tak boleh memancing ni,nak ribut!"teriak pemandu bot

pemandu bot memberi life jacket sebagai langkah keselamatan,malangnya life jacket cuma ada dua

"Awak pakai ni,ariff pakai"Kata dato

"Ayah macam mana?"Soal ariff.

"Nyawa kau lebih penting nak"kata dato kepada Anak tunggalnya itu

Isteri solehah2Where stories live. Discover now