BAHAGIAN LIMA

9.6K 55 0
                                    

SEDANG siti fatimah membaca Al-quran dibiliknya tiba-tiba pintu bilik diketuk

"Siti,Ada dua anggota polis nak jumpa kamu ni" Kata datuk siti fatimah.

Siti fatimah,memberhentikan bacaan lalu diletakkan Al-quran tadi diatas almari dia keluar

"Puan yang bernama siti fatimah?"Soal anggota polis wanita itu.

" Ye saya,kenapa ye puan?"Soal siti fatimah.

"Pihak polis negeri kelantan,ada melaporkan pada pihak polis melaka yang satu mayat lelaki yang dah reput dijumpai dipesisir pantai jadi kami perlukan pengesahan lanjut dari pihak puan,ini gambar mayat"kata pegawai polis itu.

Siti fatimah,tenang melihat gambar-gambar yang diberikan oleh anggota polis tadi

Airmatanya mengalir,kerana mayat yang ditemui telah reput itu adalah

" Ini jenazah bapa mertua saya puan,Dato othman dan bukan suami saya"Jawab siti fatimah.

"Tok,nenek temankan siti balik kekuala lumpur esok,Siti nak menziarahi jenazah ayah"pinta Siti fatimah.

" Yela esok kita pergi"jawab Nenek siti fatimah.

Mereka bertolak dari melaka seawal jam 6.30pagi dan tiba sekitar 10pagi,Dikediaman mewah ibu dan ayah mertua siti fatimah.

kelihatan ada wartawan,Beberapa orang anggota polis dan masyarakat setempat

Siti fatimah yang kekal berpurdah,melangkah masuk kepersekitaran halaman banglow,Yang pernah didudukinya satu masa dahulu

Tiba-tiba"Ohh setan ini,Aku ingat dah tak berani datang lagi buat pe kau datang ha!"Jerkah Datin hamisah.

"Mak,Siti datang nak menziarahi jenazah ayah" rayu siti fatimah.

"Aku tak benarkan!Berambus kau daripada sini"Marah Datin hamisah.

tok dan nenek siti fatimah cuba mencelah,Namun dihalang siti fatimah.

" Tok,Nenek takpelah kita balik je"pinta Siti fatimah.

"Tak guna punya orang kaya,Aku bawa cucu aku nak ziarah ayah mertuanya kau pula peragai macam iblis!" Jerit datuk siti fafimah.

keadaan itu menimbulkan resah pada mereka yang hadir untuk menziarahi jenazah dato othman,Ada yang simpati apa yang terjadi pada Siti fatimah lantas ada yang meninggalkan pekarangan banglow Datin hamisah,Kerana benci melihat sikap biadap Datin berkenaan.

Air mata Siti fatimah mengalir,Namun dia menenangkan keadaan dengan beristighfar,Sikap siti fatimah amat disenangi datuk dan neneknya mereka berduka kerana"Dihalau" namun gembira didalam hati kerana melihat ketenangan cucu kesayangannya itu.

Mereka bertiga pulang kemelaka,dalam perjalanan kereta yang dipandu datuk siti fatimah,Siti fatimah tidak henti-henti berzikir walaupun perlahan tetapi perjalanan mereka amat menenangkan.

"Biarkau rasa,Sekarang laki aku dah mati kau tunggulah giliran kau pula" Bisik hati Datin hamisah.

.............................................................

SEPERTI sebelumnya Siti fatimah kembali berniaga,Namun dia tidak lagi membawa anaknya siti solehah kehadapan rumah dibiarkan neneknya menjaga anaknya itu.

Sedang dia berniaga,Dia teringatkan kembali peristiwa dimana mula-mula dia mengenali cik b,Wanita yang menculik anaknya dia hairan jika benar ada yang mengunakan santau,Siapa punya angkara?Namun dia tidak menuduh sesiapa dalam hatinya sentiasa berdoa agar Allah s.w.t sentiasa melindungi akan dirinya.

Isteri solehah2Where stories live. Discover now