Bahagian9

7.1K 59 3
                                    

"SIAL!Aku ingat dia dah mampus rupa-rupanya hidup lagi,tapi aku tak peduli harta peninggalan laki aku akan aku pastikan menjadi milik aku sepenuhnya"kata hati Datin yang marah apabila mengetahui anak tirinya Ariff masih hidup dan bakal pulang kemalaysia setelah berbulan-bulan lamanya hilang.

"Aku mesti halang dia balik kemalaysia!"Kata datin hamisah lagi.

Sementara itu didalam kapal terbang ariff mula membayangkan wajah isteri dan anaknya beliau begitu merindui dua insan yang amat disayanginya itu,Namun berasa sedih kerana kehilangan bapa tersayang kalau bapanya masih hidup pastinya suasana itu tambah ceria tanpa Ariff menyedarinya kerana semuanya sudah ditakdirkan oleh ilahi dan beliau harus tempuhi dengan tabah dan sabar.

Dua jam diatas udara,Akhirnya ariff tiba dilapangan terbang KLIA namun semasa ariff menantikan teksi secara tiba-tiba muncul empat lelaki.

"Ikut kami kalau kau taknak mampus"Kata seorang lelaki sambil mengacukan pistol.

Ariff mengikut kehendak lelaki itu dan masuk kedalam kereta lantas kereta dipandu dengan agak laju meninggalkan lapangan terbang KLIA.

Dikampung,siti fatimah masih tidak dapat menerima perkhabaran bahawa suaminya ariff telah kembali dan diculik sehinggalah seorang pekerja ladangnya memberitahu kepadanya.

"Bos,saya dengar suami bos Ariff dah jumpa diindonessia"Katanya.

"Apa,kau jangan main-mainkan kakak zahari"kata siti fatimah nada suaranya agak serius.

"Sumpah bos,bos tengok muka saya ada main-main tak?"Kata pekerja itu.

Siti fatimah merenung zahari.

"syukur Alhamdulilah,kakak rindu sangat dekat suami kakak jom temankan kakak pergi klia"Kata siti fatimah.

"Tapi bos,wartawan yang menantikan kepulangan suami bos tunggu dekat klia,mereka kata ada kereta lebih awal ambil suami bos"jelas pekerjanya itu.

Siti fatimah terdiam,dia dapat merasakan sesuatu yang buruk menimpa suaminya.

"Kakak rasa tak sedap hatilah,kakak takda pulak suruh sesiapa nantikan suami kakak dekat klia,sebab kakak sendiri tak tahu suami kakak dah ditemui"Jelas siti fatimah.

Malam menjelang tiba,resah gelisah menemani hati siti fatimah namun hatinya sentiasa berdoa agar suami tercinta dilindungi dan tidak ada pekara buruk yang menimpanya.

"Bagus! aku suka kerja korang"Kata seorang yang bertopeng

kelihatan Ariff diikat begitu rapi manakala mulutnya ditampal.

Ariff tidak tahu dia berada dimana sekarang,cuma pandangan mata ariff seolah-olah berada didalam sebuah gudang lama berhabuk dan kotor.

Kelihatan empat lelaki lain mengawalnya dengan rapi,lelaki yang bertopeng tadi seolah-olah sedang menghubungi seseorang sebelum ariff disuntik dengan sejenis cecair dan akhirnya ariff terlena.

Siti fatimah mencari jawapan akan kehilangan suaminya,lantas satu laporan polis dibuat dan akhirnya pihak polis dapat rakaman cctv dari pihak pengurusan KLIA.

"saya harap puan tenang,kerana suami puan telah diculik empat lelaki dan berdasarkan rakaman empat lelaki ni ada memiliki senjata dan puan jangan bimbang kami akan mengesan mereka"jelas pegawai tertinggi polis.

Terkejut siti fatimah menerima perkhabaran buruk itu,namun angkara siapa,tetapi siti fatimah tidak terburu-buru untuk menuduh.

"Puan ada syak sesiapa ke?"Soal pegawai berkenaan.

"Saya tak syak sesiapa tuan"ringkas sahaja jawapan siti fatimah.

"kalau macam itu,puan balik dulu,dan jika ada maklumat terbaru pihak kami akan hubungi puan dengan segera.

Isteri solehah2Where stories live. Discover now