bahagian tujuh

8.5K 56 0
                                    

"Apa yang aku rancang semuanya gagal,upah orang pun tak boleh diharap!"Herdik datin hamisah sendirian banglow mewahnya itu.
Datin hamisah terus memikirkan cara untuk menghapuskan menantunya Siti fatimah dan cucunya siti solehah,dia bermundar mandir disekeliling ruang tamunya,Dia geram kerana dia gagal melanggar siti fatimah tetapi telanggar pula seorang wanita yang tidak dikenalinya.

"Datin,ada panggilan untuk datin"Panggil orang gaji barunya.

Datin hamisah,menjawab panggilan namun panggilan itu amat mengejutkannya.

"Takkan awak tak kenal saya lagi"Soal orang yang membuat panggilan telefon.

"Siapa ha!kau jangan main-mainkan aku"tengking datin hamisah.

panggilan itu terus dimatikan.

Datin hamisah bertambah kusut,sudah rancangannya gagal kini ada lelaki misteri itu menghubunginya.

"Ah..p jahanam aku tak takut lah"kata Datin hamisah.
...................................................

Disebuah pulau terdapat kampung,penduduknya sekitar 200-300orang sahaja kelihatan seorang lelaki duduk diberanda
dua orang lelaki memerhatikannya dari jarak jauh.

" Kesian dia,apa pun dia tak ingat"kata lelaki itu kepada rakannya.

Sementara itu siti fatimah masih berduka cita dengan kematian rakan karibnya salmah,Siti fatimah sama sekali tidak menduga kejadian malang itu akan menimpa rakan karibnya itu.
Namun pihak polis masih memburu pemandu yang langgar lari arwah.

"Kenapa nasib aku macam ni ye?"soal siti fatimah pada dirinya sendiri.

"Sebab kau tu bodoh!,laki kau dah mati berbulan-bulan pun kau taat lagi buat pe"kata perasaan siti fatimah sendiri.

Siti fatimah beristigfar,Dia sedikit terganggung dengan apa yang dia laluinya sekarang.

"jauh termenung cucu nenek ni"soal nenek siti fatimah.

"eh nenek,duduk la"Kata siti fatimah.

Nenek siti fatimah duduk disebelah cucu kesayangannya itu.Dia memegang bahu siti fatimah.

"Siti,Nek tau dan nenek nak siti sabar dengan apa jua ujian yang datang melanda siti"nenek siti fatimah menasihatkan cucunya itu.

siti fatimah terdiam,Namun dia mendengar nasihat neneknya itu.
sementara itu datuknya pula mendukung cicitnya Siti solehah

"Siti kalau tok,nenek takda nanti tok dengan nenek nak siti jagalah rumah ini elok-elok tau.

"Eh tok nek,tak baik la cakap macam ni,Siti takda siapa nak mengadu nasib,abah mak dah lama pergi"kata siti fatimah nada suaranya agak sayu.
mana tidaknya Ayah dan ibu siti fatimah terbabit dalam nahas jalan raya dan atuk dan neneknya yang menjaganya selepas itu.

"Mati ni wajib kita bicarakan setiap masa siti sebab orang yang mengingati mati ni Allah s.w.t sayang"Jawab Nenek siti fatimah.

Siti fatimah terkedu tanpa sebarang jawapan,namun hati dan perasaannya sentiasa berdoa agar tok dan neneknya dipanjangkan usia lagi.

Sedang mereka berbicara,ada mata yang sedang memandang daripada jauh,Namun siti fatimah tidak menyedari akan individu berkenaan...

Malam menjelang tiba seawal jam 10malam siti fatimah,datuk dan neneknya telah tidur lena,ditakdirkan Allah s.w.t tiba-tiba siti fatimah terbau hangit,dia bingkas bangun

"Allahuakhabar"jerit siti fatimah dia tergamam melihat api semakin marak memamah dinding papan rumah tuk dan neneknya..

"Tok!nenek bagun rumah kita terbakar"jerit siti fatimah sambil mengetuk pintu bilik tok dan neneknya dengan kuat

tok dan neneknya bangun,asap pula makin menebal

"Siti bawak lekas anak kau keluar"Kata datuk siti fatimah.

tiba-tiba neneknya rebah,Datuk siti fatimah cuba mengejutkannya namun usahanya gagal,saat semakin genting apabila giliran datuk siti fatimah pula rebah

"Ya Allah!tok nenek bangun lekas!"jerit siti fatimah yang cuba mengoncangkan kedua-dua insan yang disayanginya itu,Namun usahanya sia-sia lantas dia segera membawa keluar bayinya keluar daripada rumah..

"Allah...Allah"kalimah Allah itu tidak putus-putus disebut siti fatimah,penduduk kampung cuba memberi bantuan dan beberapa minit kemudian pihak bomba tiba.Hampir dua jam api berjaya dipadamkan,Manakala siti fatimah dan anaknya diperiksa..mujur tiada kecederaan namun sayu hati siti fatimah insan yang disayanginya tok dan neneknya maut dalam tragedi itu.

"Puan,kami jumpa ini dihadapan  rumah ini"kata anggota bomba itu.

sebotol minyak yang berbau petrol.

"Ya Allah"

siti fatimah berasa teramat sedih kerana pada mulanya dia menyangkakan ada litar pintas atau sebaliknya namun lain pula yang terjadi.

"Sabar puan,ini ujian Allah pihak kami akan serahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan kami pihak bomba akan terus mencari bukti-bukti kukuh untuk diserahkan pada pihak polis"kata pegawai berkenaan.

Kini tinggallah siti fatimah dan anaknya siti solehah sendirian,siti fatimah mendukung siti solehah anaknya menghampiri jenazah datuk dan neneknya yang kini ditutup dengan plastik hitam.

"Tok,nenek maafkan siti,siti tak dapat bantu selamatkan tok dan nenek"Katanya sambil air matanya mengalir laju.

suasana pilu itu disaksikan jiran-jiran yang turut bersimpati apa yang berlaku.

"Puan,kami jumpa Al-quran ni tak terbakar"Kata pegawai bomba.

siti fatimah meminta bantuan jirannya memegang anaknya siti solehah,kemudian Al-quran tadi diambilnya lantas dikucupnya.

begitulah hebatnya kebesaran Al-quran sehingga api yang marak pun malu takut untuk membakar Al-quran.

Setahun kemudian..

Berbekalkan simpanan arwah tok dan neneknya siti fatimah menyewa sebuah rumah,dia mengambil alih menjaga ladang dan kebun milik arwah sambil dibantu beberapa pekerja.

"Puan,hari ini dua ekor kambing lagi mati"Kata pekerja.

siti fatimah ke tempat yang dimaksudkan pekerja itu.ternyata memang kambing itu mati,Siti fatimah tidak ada pengalaman tentang itu namun dia meminta bantuan jabatan pertanian menyiasat hal itu.

"Kambing puan pelihara ini diracun"Kata pegawai pertanian

mendengar penjelasan itu siti fatimah terkejut,namun dia beristigfar panjang.

"Ya Allah siapa punya angkara,Aku mohon kepadaMu kau berikan  petunjuk&hidayah kepada pelaku"doa siti fatimah didalam hatinya.

Sebaik sahaja siti fatimah turun daripada kandang kambing rakan baik siti fatimah,Jaffar menemui siti fatimah.

"Aku dengar kambing-kambing arwah tok diracun ye?"Soal jaffar.

Wajah siti fatimah kelihatan begitu sungul sekali

"Kenapa lah kambing yang tidak ada akal pun menjadi mangsa sijahat"Keluh siti fatimah kepada rakannya itu.

"Kau ada syak sesiapa tak?"Soal jaffar lagi.

"Tak,Aku tak berani menuduh sesiapa berdosa nanti"jawap siti fatimah.

"Entah-entah mak mertua kau punya angkara"Jawab jaffar lagi.

Siti fatimah hanya mengunci mulut,bagi dirinya dia hanya berserah kepada yang Maha Kuasa,begitu juga peristiwa yang tragedi kebakaran dirumah arwah tok dan neneknya.

"Siti aku datang sini aku nak bekerja balik,sebab aku dulu pun kan kerja dengan arwah tok kau"kata jaffar.

"Abis kau tak kisah ke,aku jadi bos kau?"Soal siti fatimah.

"Aku okay je,janji ada gaji"jawab jaffar.

Siti fatimah melemparkan senyuman tanda dia bersetuju mengambil semula jaffar berdasarkan pengalaman jaffar yang pernah menguruskan kandang kambing milik arwah datuknya itu.

Isteri solehah2Where stories live. Discover now