Bahagian 10.

6.9K 55 1
                                    

"AKU yang nak siti fatimah tapi kenapa kau yang dapat ha!"jaffar memarahi ariff dan membuatkan siti solehah anak ariff berusia dua tahun lebih terkejut dan menangis

Tiba-tiba dalam suasana  samar dan gelap Datin hamisah muncul dihadapan Ariff anak tirinya dan cucunya siti solehah.

"kau yang bodoh sangat dah bodoh bongok pulak tu,kalau kau nak apasal kau tak pergi pinang jer dia dulu,Ini tidak sampai mereka  kena tangkap basah yang rancangan akupun baru kau nak terhenggeh-heggeh" Datin hamisah menyindir jaffar.

Ariff terkejut apabila mendengar pengakuan ibu tiri dan terkejut yang menculik anaknya adalah rakan baik isterinya jaffar namun Ariff tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan dan kakinya diikat mulutnya disumbat dengan tuala.

"Jadi apa yang datin nak saya buat lagi pada dua orang ni"soal jaffar.

"Bodoh,lepas ini aku nak kau bakar je gudang ni biar dua ekor ni mampus"Kata datin hamisah.

Mengalir airmata ariff mendengar penjelasan ibu tirinya,kerana harta dan kemewahan sanggup dia ingin membunuh malah sanggup pula membunuh cucunya yang kini berusia 1tahun.

Ariff sempat melihat siti solehah anaknya,dia sedih melihat solehah turut diikat dan mulutnya digam dengan salotep hitam.

"Allahuakhabar,kau kuatkan anak aku supaya dapat bertahan"Ariff berdoa didalam hatinya.

kedengaran pintu gudang ditutup kuat,tinggallah ariff dan anaknya ditemani cahaya lampu,Ariff terus berdoa agar pihak berkuasa berjaya mengesan mereka,kerana sudah tidak sanggup lagi rasanya melihat anaknya siti solehah menderita kesakitan akibat diikat sama sepertinya.

SITI FATIMAH sendirian membaca Al-quran dirumah,selepas itu Berdoa agar suami dan anaknya dilindungi oleh yang maha Esa manakala turut mendoakan agar kak maya yang dicederakan oleh penculik segera sembuh.

"Siti aku datang ni"teriak jaffar.

Siti fatimah membuka pintu,sebaik sahaja pintu dibuka  Jaffar menolak siti fatimah hingga rebah dan terjatuh kelantai.

"Apa ini jaffar"Keluh siti fatimah menahan kesakitan.

"Kenapa kau bodoh sangat,untuk pengetahuan kau akulah lelaki yang bunuh kambing dan racun  ikan-ikan tu"Jelas jaffar.

"Tapi kenapa!haiwan tu tak berdosa dan kenapa kau jadi begini "kata siti fatimah cuba bangkit bangun.

"Sebab Arwah tok nenek kau sepatutnya bagi ladang kambing tu kolam tu dekat aku bukannya pada kau sial!!"herdik Jaffar matanya tepat memandang siti fatimah.

"Dan lebih membuatkan aku marah pada kau,aku sayang kau fatimah tapi kau kahwin dengan orang lain"Jelas jaffar semakin naik hantu.

"Astagfirullahalazim,sudah-sudahlah jaffar aku sekarang dah jadi isteri orang dah ada anak pun"Kata siti fatimah.

" untuk pengetahuan kau siti fatimah tak lama lagi anak kau mampus,laki kau mampus sebab aku dan ibu mertua kau yang rancang culik mereka"jelas jaffar.

Siti fatimah terkejut mendengar penjelasan jaffar dan sedar dia kini sedang berhadapan dengan seorang penjenayah bukannya rakannya lagi,Siti fatimah bangun dan cuba melarikan diri namun dia terpaksa bergelut untuk melepaskan dirinya.

Dengan kuasa Allah s.w.t secara tiba-tiba Jaffar rebah kaki tangannya seperti kekejangan,mulutnya berbuih Siti fatimah segera bangun daripada lantai dan menjerit  meminta bantuan jiran-jirannya.

"Allahuakhabar,dia cuba rogol kau siti"Soal jirannya.

Siti fatimah menangis tetapi ditenangkan oleh jiran-jiran yang lain sambil menantikan polis tiba untuk menahan jaffar untuk rawatan dan siasatan lanjut.

"Tolong bawa saya cari datin hamisah"Kata siti fatimah secara tiba-tiba.

"Tapi kenapa puan?"Soal salah seorang anggota polis.

"Saya ada perhitungan dengan dia"Jelas siti fatimah.

"Sabar dulu puan,pihak kami sedang bekerjasama dengan pihak polis kuala lumpur untuk mengesan dimana suami puan disembunyikan"Jelas polis berkenaan.

"Nyawa suami dan anak saya dalam bahaya,datin hamisah ibu mertua saya bakal membunuh mereka demi harta!"Kata siti fatimah.

terkejut mendengar kata-kata siti fatimah pihak polis melaka terus menghubungi pihak polis bukit aman memohon bantuan memburu ibu mertua siti fatimah hingga dapat diberkas.

Sementara itu digudang ditempat ariff dan anaknya dikurung,muncul seorang lelaki bertopeng cuba menyelamatkan Ariff dan anaknya.

"Cepat,lari bawa anak kau biar aku uruskan yang lain"Arah  seorang lelaki yang bertopeng  wajahnya, dia membuka ikatan tali berkenaan dia sempat membuka tali ikatan pada siti solehah.Anak ariff tidak mengerti apa yang terjadi dan siapa dua lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"lari sayang.. "Kata ariff.

siti solehah memahaminya,Walaupun dalam gelap dan ketakutan tetapi dia mengikuti apa yang diarahkan namun sebaik sahaja siti solehah melepasi cengkaman penculik-penculik itu satu das tembakan pistol mengenai lelaki yang cuba melepaskan ariff.

Tersungkur lelaki itu kelantai yang berdebu.

Rupanya Datin hamisah muncul semula.

"Sial, korang buat pe ha!"Tengking datin hamisah pada tiga orang pengawal yang mengawasi gudang itu.

Datin hamisah membuka topeng wajah lelaki itu

"oh orang gaji aku rupanya,mampuskau nak tunjuk hero puih!"tengking datin hamisah pada mayat yang berlumuran darah itu.

Lelaki yang ditembak mati itu johan bekas pemandu keretanya.

"lepas ini giliran kau,tapi aku nak kau tanda tangan surat ni bahawa semua harta bapak kau aku punya"Ugut datin hamisah dia membuka sumbat mulut anak tirinya.

"Ibu memang tak guna! Syaitan tergamak ibu bunuh uncle johan"jerit Ariff.

"kau nak tengok aku syaitan lagi kan aku akan bunuh anak kesayangan kau"Sindir datin hamisah.

Datin hamisah mendekati Ariff dibantu tiga orang kanannya menarik kaki palsu Ariff,Ariff cuba melawan namun kekuatan tiga lelaki tadi tidak mampu ditandingi ariff.Datin Hamisah memengang kaki palsu anak tirinya itu lantas dicampakkan kaki palsu itu didalam unggunan api yang sedang marak menyala.

"Sekarang kau dah tak boleh lari"Kata Datin hamisah

"kau memang celaka! Kau bukan ibu aku"ariff memarahi datin hamisah.

"Memang aku celaka, kalau kau nak tau bapak kau dulu ceraikan mak kau ops.. Arwah bapak dan mak kau pun sebabkan aku,Aku bagi arwah bapak kau nasi kangkang supaya ikut cakap aku bila dah diceraikan aku upah orang supaya bunuh mak kau dengan merosakkan brek keretanya"jelas Datin hamisah.

Geram dan marah apabila ariff mendengar kata-kata Datin hamisah namun dengan keadaan kakinya yang kudung tangannya diikat kembali dia hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t agar diselamatkan.

SITI SOLEHAH,Menangis sambil berlari meninggalkan gudang lama itu didalam ketakutan kerana kegelapan malam pekat siti solehah melintas jalan namun

ada cahaya lampu kereta datang

"Eh abang ada budak kecil tu"kata isteri pemandu.

Suaminya memberhentikan kereta.

pasangan suami isteri itu mendekati siti solehah.

"Acik tolong adik,papa orang tangkap"jelas siti solehah.

"Ok-ok nak ikut pakcik dan makcik balik kita buat laporan polis"

Isteri solehah2Where stories live. Discover now