Bahagian enam

8.8K 51 0
                                    

DUA minggu jaffar menerima rawatan dihospital,Siti fatimah sering menziarahi jaffar kerana terhutang budi,Kerana menyelamatkan maruahnya sebagai seorang wanita

"kau kawan aku dunia dan akhirat jaffar,kalau kau takda hari tu entah apa jadi dekat aku" kata siti fatimah.

"Ala,kita kan dah lama berkawan sejak sekolah kita dah berkawan" Kata jaffar sesekali dia memegang perutnya yang tercedera itu.

"Aku nak tanya kau boleh tak?tapi kau jangan marah boleh?" Soal jaffar.

"apa dia?" jawab siti fatimah.

"Kau yakin ke suami kau masih hidup?" Soal jaffar.

Namun soalan itu membuatkan siti fatimah terdiam,walaupun berpurdah jaffar dapat melihat kelopak mata siti fatimah bergenang airmata.

"Ala,maafkan aku siti aku tak sengaja tanya,aku janji aku takkan tanya lagi" Rayu jaffar.

"Selagi tak jumpa mayat  suami aku,aku pecaya yang suami aku masih hidup" Kata siti fatimah.

"Tapi siti aku bukan apalah,Sebab dah tak jumpa berbulan-bulan laut pulak tu" Kata jaffar.

"Aku yakin,dengan kuasa Allah s.w.t tidak apa yang mustahil boleh berlaku" Jawab siti fatimah.

"Oklah aku nak balik anak aku dekat rumah tu,Risau pula aku tinggalkan dia lama-lama" pinta siti fatimah.

Didalam perjalanan pulang,Siti fatimah terus berdoa agar rakan baiknya itu segera sembuh dan dia berharap badri yang cuba memperkosanya mendapat hukuman yang setimpal diatas kesalahan yang telah dia lakukan.

SEMENTARA itu datin hamisah resah dia terus memikirkan jalan bagaimana untuk menghapuskan terus siti fatimah dan anaknya siti solehah,Kerana jika dia berjaya menghapuskan dua beranak itu pastinya harta peninggalan arwah suaminya berjaya dibolotnya.

"Datin nak suruh saya buat pe?" Soal seorang lelaki.

"Aku nak kau buat apa sekalipun bunuh pun takpa" Kata datin hamisah,dia menunjukan gambar perkahwinan siti fatimah dan anak tirinya,Ariff yang masih disimpannya.

"Itu pekara senang datin,Ganjaran kenalah besar" Kata lelaki itu.

"kau buat jela kerja kau,dan tu dalam sampul coklat tu ada lima ribu baki dua puluh ribu bila kerja kau setel nanti" Kata datin hamisah.

lelaki itu masih tidak berpuas hati.

"Saya nak datin sebagai upah saya boleh?" Soal lelaki itu

kata-kata lelaki itu,membuatkan datin fatimah berang lantas diambilnya sepucuk pistol didalam laci.

"Kau nak aku?tapi bagi aku letupkan pistol ni dekat dahi kau nak?" Soal datin hamisah.

"Rilek datin,saya bergurau ok" Kata lelaki itu.

"Dah berambus,Aku nak kau bawak berita gembira buat aku ok"minta datin hamisah.

.............................................................

Pembunuh upahan yang diupah datin hamisah terus menjalankan tugasnya dia mencari siti fatimah berdasarkan alamat yang diberikan oleh datin.

setibanya dilokasi rumah datuk dan nenek siti fatimah,Dia dapat mendengar suara seseorang membaca Ayat Al-quran.

tiba-tiba hatinya berubah,dia terasa amat berat untuk melakukan tugasan yang diberikan datin kepadanya,dia mengeluh sendirian didalam kegelapan pekat malam,lantas dia melangkah meninggalkan kawasan rumah itu

"Gila datin,tak sanggup aku nak tembak perempuan tu" Keluh pembunuh itu.

namun tanpa diduga pembunuh itu,Datin Hamisah ada mengekori gerak gerinya.

Isteri solehah2Onde as histórias ganham vida. Descobre agora