Bab 6

169 6 2
                                    

Selangkah... dua langkah, dia berhenti. Minuman promosi yang diatur atas meja, Luvreen capai segelas. Lantas, dia meneruskan langkahnya menuju ke arah April. Semakin dia mendekati wanita itu, semakin kuat juga tangan Luvreen menggenggam gelas kertas yang berada di tangannya. Kemudian...

"Upss! Sorry..."

"Hey! Awak ada mata ke tak ada ha?" Tingkah April yang tadinya nampak anggun serta-merta hilang. Topi besar yang terletak di atas kepalanya pun senget jadinya sebaik dia menjerkah Luvreen.

"Maaf. Saya tak sengaja." Serentak bahu Luvreen terjongket diikuti dengan senyuman tipis terukir di hujung bibir. Kazrai dipandang. Lelaki itu terlihat tenang. Mustahil lelaki itu tidak mengenalinya.

"Tak sengaja?" Matanya yang dicalitkan dengan eyeliner tebal mencerlung ke arah Luvreen.

"Awak tahu tak berapa harga baju saya ni?"

Dari bawah ke atas Luvreen menilik baju yang April maksudkan. Kemudian wajahnya mengukir riak seakan takjub.

"Pasti mahal kan?"

April tersenyum sumbing. "Awak ingat selebriti macam saya ni, pakai pakaian yang jual tepi jalan ke ha? " Bahu Luvreen ditolak tapi Luvreen masih setia dengan wajah selambanya.

"Sekarang, awak nak buat apa? Baju saya ni harganya beribu tahu."

Kening Luvreen mencacak naik. Mulut ternganga. "Beribu? Oh my God, really!"

April tersenyum sinis. Huh! Budak kampung. Terperanjatlah tu.

"I meant are you serious? OMG... so what?" Tak sampai lima minit, riak wajah teruja itu berubah menjadi kosong.

Giliran April yang terkesima. Apa maksud dia berkata begitu? Lagi satu, kenapa dia tunjuk riak wajah tak peduli macam tu?

"Hey girl, listen. Jangankan baju, dengan you sekali I boleh beli tahu." Luvreen tunjuk wajah angkuh.

"Awak..."

"Why? Tak puas hati? Okey, nak bertumbuk? Ke nak bergusti? I okey aje, cuma..." Luvreen menarik lengan April dekat dengannya.

"You tu selebriti dan pasang surut selebriti ni bergantung pada imej. Awak nak imej awak buruk ke?" Bisik Luvreen lantas cawan kertas dimasukkan ke dalam beg tangan April.

Ternganga luas April dibuatnya.

"Haah... ramai orang ni. Nasihat I, baik you balik. Penampilan you hari ni buruk sangat." Makin pedas kritikan yang keluar dari mulut Luvreen. Apa tak bernanar telinga April mendengarnya.

"Awak, memang nak kena kan?" Jari telunjuk April kini naik setara dengan wajah Luvreen tapi sikit pun Luvreen tidak gentar sebaliknya dia tetap saja senyum. Kemudian Luvreen menepuk tangan beberapa kali.

"Cik April! Oh my gucci!"
Terbuntang mata April. Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba teriak bak histeria? Dah gila ke apa?

"Eh, Cik April! Cantiknya awak..." Jerit Luvreen lagi. Lagak bagai peminat nombor satu. Serentak, topi April disentak lantas ditariknya.

"Apa yang awak buat ni?" Bentak April.

Topi di tangan Luvreen, cuba dirampas namun mendengar jeritan peminat yang datang menyerbu dari kiri dan kanan, April terus melepaskan topinya dan tak lama selepas itu lintang-pukang dia lari sambil cuba menutup wajahnya menggunakan tapak tangan. Para peminat yang taksub dengannya semakin dekat mengejarnya bagai orang histeria di belakang.

Terkekek-kekek Luvreen gelak. Puas hatinya. "Cheah! Ada hati nak kacau bakal suami I. Kan dah kena."

"Awak buat apa kat sini?"
Sedang dia mengekek ketawa, tiba-tiba ada suara pulak yang menegur. Dia pun berpaling. Nampak saja sang arjuna yang berdiri di hadapannya, serta-merta Luvreen pamer senyuman manis.

"Hi you..." Nada manja automatik terkeluar.

"Soalan yang sama, apa yang awak buat kat sini?" Tanya Kazrai lagi.

"Erm, cari youlah," jawab Luvreen singkat. Lantas dia berganjak ke sebelah Kazrai meskipun kening Kazrai berkerut melihatnya.

"Kenapa cari saya?" Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"Soalan yang mudah! Sebab I nak berkenalan dengan you." Tanpa ragu Luvreen menjawab.

Malu? Kalau malu tak akan dia terpacak kat sini punya.

"Saya tak ada masa dan saya tak ada hati nak berkenalan dengan sesiapa." Jawab Kazrai sambil lewa lalu dia berpaling untuk pergi dari situ namun tingkahnya terhenti bila tangannya disambar Luvreen .

"Tak ada masalah, I akan tunggu sampai you ada masa dan I akan tunggu sampai you ada hati nak berkenalan dengan I." Bersemangat sungguh Luvreen. Senyuman pun diukir lebar khas untuk Kazrai tapi sikit pun lelaki itu tidak hargai sebaliknya tangan Luvreen pula ditepis.

"Awak ni, faham bahasa Melayu ke tak ni?"

Sinis soalan itu menampan gegendang telinga Luvreen. Tak tinggi nadanya tapi cukup dalam maksudnya. Belum lagi dengan cara Kazrai memandangnya.

"Hish you ni, tak penat ke asyik tayang muka air paip tu? Tak ada warna, tak ada rasa, macam wajah you tu. Beku, tak ada riak langsung. Tengok macam I, senyum... riang... happy go lucky barulah umur pun akan panjang." Panjang lebar Luvreen menabur kata tapi balasan Kazrai dua perkataan saja.

"Habis dah?"

Luvreen terkedu sebelum dia mengeluh. Wah lelaki ni boleh tahan jual mahal juga. Luvreen ketap bibir sementara matanya terlihat pula Zura yang terhendap-hendap di hujung sana dan tika itu, akalnya menyerap satu idea. Tepat pada masanya!
Lambat-lambat bibir Luvreen melakar senyum tatkala hati mula mengira dari tiga... dua...

"Arhhh..."

Serentak Luvreen menerpa ke arah Kazrai lantas tangannya melingkar di pinggang lelaki itu.

Kazrai apa lagi, tubuh Luvreen sedaya upaya ditolak tapi semakin Kazrai menolak semakin kuat pula Luvreen merangkulnya.

"Hei, lepaslah!" Gesa Kazrai.
Bukan dia tak boleh tolak tubuh di hadapannya ini, boleh! Tersangat boleh. Wanita saja pun, berapa sangatlah kudratnya tapi karang cedera pulak anak orang.

"Apa yang awak buat ni? Lepaslah, ramai orang nampak ni."

"Tak nak! I takut. Ada lintah," rengek Luvreen. Sementara matanya seakan tersenyum memandang Zura yang rancak mengambil gambar di hujung sana sebelum kepala diletak baik punya di dada Kazrai.

Hurm... selesanya. Kalau hari-hari macam ni kan bagus. Memang tak akan cari yang lain. Luvreen tertawa kecil sebelum dehaman Kazrai mematikan tawanya.

"Lintah? Kat Fedritha Mall ada lintah?"

Kalau di hutan tadi, alasan itu boleh dianggap logik sikit tapi kat sini? Kat Fedritha Mall yang merupakan pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa dia kata ada lintah?

"Penipu, orang yang paling saya benci," ujar Kazrai sementara Luvreen mendongak menatapnya.
Alamak! Apa hal pula aku kata lintah tadi? Luvreen sengih

"Lepas, ke awak nak saya tolak awak?" Tajam mata Kazrai tertala ke arahnya.

Tolak? Bila otak telah mencerna perkataan tersebut, laju Luvreen geleng. Rangkulannya pun terasa longgar dan saat itulah Kazrai menepis tangan Luvreen buat kali kedua.

"Saya tak tahu apa salah saya pada awak tapi awak dah banyak susahkan saya hari ni tahu tak," dengus Kazrai. Tali lehernya yang senget tadi
diperbetulkan sementara Luvreen dalam proses menyusun kata untuk membela diri.

"Erm... I tak tipu tau. I betul-betul nampak lintah kat situ tadi."

"Spesies lintah apa pulak yang ada kat Fedritha Mall?"

"Lintah sesat?"

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Agaknya macam manalah lintah tu boleh sesat eh????👀

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

TIDAK AKAN MELEPASKANMUWhere stories live. Discover now