Bab 9

135 4 0
                                    


“I, Luvreen.”

“Berapa kali awak nak ulang?”

“Sampai you sudi nak berkenalan dengan I.”

“Saya dah kata saya tak berminat. Bahagian mana yang awak tak faham?”

“Tapi I berminat. I nak jadikan you teman lelaki I, Engku Kazrai.”

Ayat penyata yang wanita itu tuturkan sampai sekarang berlegar-legar di cuping telinga Kazrai.

“Perempuan ni otak tak betul ke?” Kazrai bermonolog sendiri. Pen di tangan diperhatikan dan tak semena-mena, tangannya menghentak meja sampaikan pen tadi terpelanting jauh ke hadapan.

Peter yang duduk berdekatan dengan Kazrai pun terkejut melihatnya apatah lagi wakil dan ketua pegawai dari semua jabatan yang ada di bilik mesyuarat itu. Malah pihak yang membentang di hadapan sana pun terhenti seketika.

“Kami minta maaf Engku Kazrai.”
Serentak mereka menuturkannya manakala wakil dan ketua pegawai yang lainnya duduk dengan posisi tegak. Tak ada satu pun yang berani mengerling ke arah Kazrai kecuali Peter. Itu pun, teragak-agak dia ingin bersuara.

Pasti kes berat ni bila pen pun turut melayang. Tak pernah-pernahnya kejadian sebegini terjadi.

“Err... ada yang tak kena ke Engku Kazrai?”

“Ni yang saya nak tanya kat Peter ni. Sejak bila kita import pekerja dari Jepun?” Mata Kazrai tertancap ke arah dua orang pekerja yang masih lagi dengan posture menunduk di hadapan sana kemudian beralih ke arah Peter yang hanya mampu tersengih.

Nak jawab macam mana bila dia sendiri pun bingung sekarang. Apa yang Kazrai maksudkan sikit pun Peter tak faham.

“Mesyuarat kali ni tunda ke minggu depan,” arah Kazrai lantas dia berdiri. Tak sampai seminit, mereka yang ada di bilik mesyuarat itu pun turut berdiri termasuk Peter.

“Ya, saya akan aturkannya Engku Kazrai dan fasal bajet tadi saya pasti mereka akan perbaikinya lagi.”

“Tak perlu!”

Peter terkesima. Tak perlu? Tak kanlah...

“Maafkan kami Engku Kazrai. Tolong bagi kami satu lagi peluang. Jangan pecat kami.” Dua orang yang membuat pembentangan bajet tadi menapak ke hadapan Kazrai dengan riak wajah menagih simpati

“Apa yang kamu merepek ni ha?”

“Engku Kazrai tolonglah bagi mereka peluang. Mereka ni masih muda! Tak lari...”

“Nanti dulu.” Tahan Kazrai sebelum lebih banyak lagi yang Peter bebelkan sedangkan sepatah haram pun dia tak faham.

“Peluang? Pecat? Apa semua ni?”

“Aik, bukan Engku Kazrai nak pecat dua budak ni ke?” Jari telunjuk Peter menghala ke arah staf perakaunan yang sedang berdiri dengan wajah tertunduk di hadapan Kazrai.

“Siapa cakap? Saya cakap?”

Peter berfikir sejenak kemudian perlahan-lahan dia geleng. “Tak ada pula Engku Kazrai cakap.”

“Then?”

“Habis tu yang Engku Kazrai larang betulkan bajet tadi tu kenapa?” Peter masih mencari alasan untuk membela diri.

“Sebab saya nak mereka bentangkannya semula minggu depan. Hari ni saya tak boleh nak fokus.”

“Tak boleh nak fokus?” Ulang Peter.
Perkataan baru dalam kamus hidup Kazrai ni. Sebab setahunya, Kazrai Fedriz merupakan seorang pemimpin yang boleh dikatakan tak pernah hilang fokus. Datanglah masalah macam mana pun, Kazrai Fedriz pasti dapat atasinya tapi hari ini, dia hilang fokus? Jangan-jangan kes pen terbang tadi...

“Encik Kazrai, okey ke?” Soal Peter sebaik berjaya mengejar langkah Kazrai yang agak laju itu.

“Okey, kenapa? Saya nampak tak okey ke?”

“Sangat, memang ada yang tak kena cuma... saya masih tak pasti apa benda yang tak kena.”

“You and your speculation. That’s way I want you take a rest.” Tuturnya lantas dia menapak masuk ke dalam lif diikuti dengan Peter.

“No, saya serius Engku Izrai.” Kali ini, suara direndahkan bila mana terdapat beberapa orang pekerja yang turut berada di situ.

“Saya pun serius juga. Awak perlu berehat sebab tu, saya nak awak cepat-cepat dapatkan setiausaha untuk saya.”

Bukan sekali dua perkara ini Kazrai ungkit. Sudah berkali-kali, malah mommynya pun turut bersetuju dengan rancangannya. Hanya Peter saja yang keras kepala.

“Sebaik saja setiausaha baru dilantik, awak kena ambil cuti juga. That’s oder!”

Terkebil-kebil Peter mendengar arahan yang Kazrai berikan. Niat ingin menyakat Kazrai tapi alih-alih peluru makan tuan lah pula.

“Bukannya saya tak suka nak ambil cuti, cuma... saya dah biasa dengan kerja-kerja ni semua. Lagipun kalau saya cuti, saya nak cuti dengan siapa? Kekasih tak ada, isteri jangan cakaplah,” keluh Peter.

“Sebab tulah saya bagi awak cuti. Cari orang yang istimewa,” ujar Kazrai dan tak lama selepas itu, pintu lif terbuka. Para pekerja yang berada di luar lif tunduk hormat ke arah Kazrai.
Dan serentak itu juga, nada dering setiap telefon para pekerja yang ada di situ berdering. Kalau seorang saja okey lagi, tapi ini hampir semua telefon pintar yang ada di situ berdering kecuali milik Kazrai.
Pelik, tapi kemungkinan juga satu kebetulan. Kazrai terus menapak keluar, menuju ke biliknya tanpa sebarang rasa curiga. Sementara pekerja yang ada di situ memeriksa telefon pintar masing-masing.
Sesaat, dua saat masih okey lagi. Masuk saat ketiga...

“Hah?”

“Huh?”

“Arh...”

Pelbagai reaksi yang mereka tunjukkan sebaik mesej tersebut dibaca. Sampaikan ada antara mereka yang hentak telefon ke dinding lagi kerana tak percaya. Manalah tahu, kut... kut telefon pintarnya yang rosak.

“Kamu semua dah kenapa ni?” Tak jadi Peter menapak keluar sebaik melihat reaksi mereka.

“Encik Peter ada dapat mesej tak?” Soal seorang pekerja wanita yang berdiri tidak jauh dari Peter.

“Mesej, mesej apa?” Tanya Peter acuh tak acuh.

“Engku Kazrai,” jawab staf wanita tersebut.

“Engku Kazrai? Erm... kenapa, dia nak kahwin ke?”

Staf wanita itu angguk dengan wajah yang masam. Mulut pula menceber keluar.

“Jangan nak loyar buruklah,” tepis Peter.

Kazrai nak kahwin? Tak mungkin! Kepala Peter tergeleng-geleng menidakkan berita yang didengari tapi tangan meraba juga ke kocek seluar.

Kazrai nak kahwin? Hai... mustahil! Desis hati Peter dan kala itu, mata Peter serta-merta terbuka luas. Gambar yang terpampang di skrin telefon didekatkan dengan wajahnya.

“Ni....” Kepala Peter senget ke kiri kemudian ke kanan tapi wajah dalam gambar itu tetap sama, nampak macam...

“Engku Kazrai Fedriz?” Soal Peter sendiri. Para staf yang ada di situ angguk laju.

“Tapi... betul ke ni Encik Peter?”

“Jangan tanya saya, tak nampak muka saya pun terkejut sama?” Jawab Peter.

💐berminat nak oder.. mesej okey.👌
    Jangan malu-malu.😉

TIDAK AKAN MELEPASKANMUWhere stories live. Discover now