"Awak.." panggil aku. Dia memandang aku yang bersandar di sofa dalam bilik kerjanya. "Kenapa?" Soalnya pula.
"Lawaklah cerita ni" kata aku pula sambil tersengih memandang dia. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali dan berdiri dari meja kerjanya.
Dia duduk di sebelah aku dan mengecilkan matanya apabila filem yang aku lihat makin susah untuk difahamkan.
"Cerita apa ni?" Soalnya. Aku menoleh ke arah dia.
"Insidious: The Last Key" jawab aku ringkas. Mata aku kembali memerhatikan watak Elise yang sedang berjumpa dengan Christian adiknya.
"Ok, seriously I've never watch this movie" katanya. Aku menoleh lagi ke arahnya. "Shh.. dah tak tahu diam je okay.. tak perlu bercakap" ujar aku dan aku fokuskan semula pada filem tadi.
10 minit sebelum filem tersebut habis, aku menekup muka aku dengan bantal manakala dia di sebelah hanya menguap sahaja.
"Tak seronok langsung cerita ni" ujarnya kepada aku. Aku membuntangkan mata aku. "Tak seronok? Tham mai kha?" Kata aku pula. Dia yang mendengar soalan aku hanya mengerdipkan matanya.
"Apa yang you cakap? I langsung tak faham tau. Ching- ching apa tadi?" Katanya. Aku hanya mengembungkan pipi aku "Carilah sendiri!" Balas aku pula dan menyambung mencari filem lain.
"Okay..." dia berdiri dan menuju ke mejanya semula. Aku hanya mengerling sejenak pada dia yang menekan skrin telefonnya. Aku tersenyum tipis.
'Boleh ingat ke ayat aku tadi?' Bisik hati jahat aku.
Mata aku beralih semula pada televisyen besar milik dia. Aku mencapai bantal aku semula dan menekup muka aku.
Aku minat cerita hantu. Tapi yang menjadi masalah ialah ketakutan yang akan aku alami sebaik sahaja filem seram tamat. Tiap kali aku berjalan, aku terbayangkan karakter hantu yang aku lihat dalam filem.
Jadi untuk mengambil langkah berjaga jaga aku ambil bantal. Bila hantu keluar, cepat cepat tutup muka nanti mesti tak ingat muka benda tu.
Pandai kan?
"Argh!!!" Aku terjerit apabila makhluk yang seram itu keluar dari beg pakaian. Aku mencebik.
"Cis! Ingatkan masa dia tutup beg baru dia keluar. Ei pengarah ni! Geram geram geram!" Omel aku seorang diri.
"Apa yang you asyik kutuk je tu?" Tiba tiba dia bersuara. Aku pelik juga. Dah 40 minit aku tengok cerita ni baru dia nak bersuara?
Aku berdehem dan menoleh padanya. "Tak.. cerita hantu ni. Bengonglah pengarah dia ni. Terkejut saya tahu tak dia tiba tiba keluar dari beg pakaian" adu aku.
Dia menongkatkan dagunya di atas meja.
"Baguslah tu.. maksudnya pengarah dia ni tahu apa yang penonton akan fikir dalam scene macam ni. So I think that is the reasons why the director do it like that. Takkan you nak dia buat cerita clichè kot" jelasnya.
Aku hanya 'oh' dan mengangguk.
Make sense juga kata dia tu
Filem tadi aku biarkan sebentar. Secara jujurnya, aku bosan asyik melihat filem seram dari tadi. Aku mengerling ke arah jam di tepi meja aku.
'12.30'
See?! It's already late!
Mata aku pun sudah layu. Aku menoleh lagi sekali ke arah dia yang sibuk melihat kerja di dalam komputernya.
"Awak.. saya mengantuk. Jom tidur" kata aku.
Dia diam.
Seminit
Dua minit
Tiga minit
"apa you cakap tadi?" Soalnya. Aku mengeluh berat. "Saya mengantuk nak tidur" balas aku.
Dia mengangguk dan menyambung kerja di komputernya. "Tunggu" itu sahaja balasannya. Aku menyilangkan tangan aku ke dada.
Kalau aku mengantuk boleh terus tidur tak apa. Ini kena tunggu dia habis baru boleh tidur.
Itu syaratnya!
Benci pula aku dengan syarat tu. Kalaulah aku boleh pupuskan syarat yang ni.
Aku mencapai cawan dan minum air kopi yang dibancuh aku tadi. Menghilangkan rasa mengantuk aku. Aku hirupkan sedikit air tersebut dan membuat memek muka.
'Pahit'
Aku letakkan semula cawan tadi di atas meja. Aku bersandar pada sofa dan menyambung menonton filem tadi.
1 jam kemudian
"Awak... sudahlah tu dah pukul 1.30 ni" ujar aku kepada dia masih fokus dengan kerjanya. Dia mengangkat mukanya memandang aku.
"Dah pukul 1.30?" Aku mengangguk.
"Okaylah, jom" serentak dia berdiri dan mengemas meja kerjanya. Aku hanya tersenyum kerana akhirnya aku dapat tidur.
Cawan yang berada di atas meja aku ambil untuk dibawa ke dapur dalam perjalanan kami menuju ke kamar nanti.
"Saya nak lalu dapur kejap. Nak letak cawan" dia hanya mengangguk. Aku perasan matanya pun sedikit kuyu.
'Dah mengantuk'
Beberapa minit kemudian, barulah kami sampai ke kamar tidur. Aku membaringkan tubuh aku di atas katil. Aku mengeliat dan terus mengiring untuk tidur.
Mata aku yang sudah kuyu aku biarkan terkatup. Badan aku letih. Mungkin dia tahu aku sudah letih, dia tidak menganggu aku dan hanya berbaring di sebelah.
Aku merasa satu pelukan dari dia. Sebelum mata aku terlena aku sempat mendengar bait bait katanya.
"Thank god that I barely make you mine after 5 years you hate me"
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...