"Mrs, the baby!" Jerit seorang jururawat tersebut dengan nada yang cemas.
Badan yang dirasakan lega terus berubah semula kepada kesakitan yang lebih perit.
"You can do this"
"Don't tell my husband"
"We will, for the sake of you and your husband"
"I'm very sure he will forget about it...just don't tell him. I will take care of the rest after this"
"But you're so weak right now"
"For now. Not after this" sejurus itu mata yang terbuka luas itu tertutup. Badan yang tercungap cungap terus berhenti.
Allahu..
Berikan aku kekuatan Ya Allah untuk menerima takdir ini.
————
"Ad, kau dah azankan bayi kau ke belum?" Tanya Ziqri serius.
Adonis yang terbaring di tepi katil Umairah hanya menggelengkan kepalanya.
Ziqri menghelakan nafas panjang.
"Ad, kau kena azankan anak kau ni.. Umairah InsyaAllah dia akan bangun..apa yang kau perlu buat adalah dengan solat dan berdoa kepada Allah supaya Umairah cepat sedar bukannya meratapi dia macam dia tu dah mati!" Tempelak Ziqri.
"Jangan cakap dia dah mati lah bodoh!" Balas Adonis marah.
"Habis tu? Kenapa kau meratapi dia?" Adonis diam.
"Aku sayang dia..aku tak sanggup tengok dia macam ni.." kata Adonis perlahan.
"Kalau sayang, bangun ambil wudhuk dan solat. Minta pada Allah supaya isteri kau ni bangun cepat. Inilah manusia, bila apa apa kecelakaan terjadi pergi meratapi pula sedangkan dia ada Allah untuk berdoa, untuk meluahkan segalanya" balas Ziqri menyampah sebelum dia keluar bersama bayi kecil itu.
Ya, bayi itu masih lagi tiada nama.
Adonis terbaring kaku di tempatnya sendiri. Ayat Ziqri itu sedikit sebanyak telah mengejutkan dirinya.
Dulu, sebelum dia menganut agama Islam hanya menangis sahaja yang dilakukan oleh Adonis jika ada apa apa yang terjadi kepada orang yang dia sayang.
Tapi itu dulu.
Sekarang dia ada Allah untuk meluahkan segalanya.
Adonis mengucup ubun ubun Umairah dan terus keluar daripada wad tersebut. Meninggalkan Umairah seorang diri.
15 minit berlalu..
Adonis masih belum pulang.
Umairah yang terbaring kaku mula menunjukkan pergerakan di bahagian jarinya kemudian diikuti dengan matanya.
Matanya terkebil kebil memandang seluruh ruang tersebut. Apabila diingat kembali, barulah dia tahu bahawa dia berada di sini selepas melahirkan bayinya.
Lama dia mendiamkan diri sebelum dia teringat sesuatu.
"Allah!" Umairah cuba turun daripada katil tetapi akibat terlalu lama tidak menyedarkan diri kakinya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Apabila kaki Umairah mencecah lantai terus dia terjatuh kerana kakinya yang lemah.
Dia terdiam.
Tidak mencuba untuk bangun.
Dia menunduk dan cuba untuk menenangkan dirinya.
Kemudian, dia cuba lagi untuk berdiri.
Dia memegang katil dan berdiri.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...