"Hello! I'm home" jerit dia perlahan. Aku yang berada di dalam bilik pun boleh dengar. Aku menggelengkan kepala aku.
'Apalah dia ni'
Kedengaran bunyi tapak kaki laju berlari. Aku hanya buat tak endah. Tahu dia yang sedang berlari. Aku tak faham dengan dia ni.
'Tak penat ke kerja? Boleh pulak dia lari lepas balik kerja'
KREK!
"Hi baby... I'm back" jeritnya sebaik sahaja dia membuka pintu. Aku menggelengkan kepala aku lagi sekali. "Awak ni dah kenapa? Tak penat ke?" Soal aku keliru. Kening sebelah aku angkat tanda supaya dia menjawab soalan aku.
Dia meletakkan beg kerjanya di atas kerusi kerjanya. "Not at all. Because I know I would meet you when I'm home" katanya dengan penuh kelembutan.
Mahu sahaja pipi aku merah sekarang, tapi membuat muka serius itu lebih penting pada saat ini. Aku masih membuat muka serius kepadanya.
"Awak tahu tak bising satu rumah ni bila awak menjerit? Tak malu? Awak tanggal tali leher tu sekarang. Pergi salin baju" Kata aku kepadanya dengan nada tegas.
Dia menanggalkan tali lehernya dengan pandangan keliru. Aku mahu tergelak apabila dia mengikut arahan aku yang tak serius mana pun.
"Okay I salin baju. Kenapa you nak marah marah I ni?" Soalnya pula. Aku diam dan mengecilkan mata aku ketika memandang dia. Dapat aku lihat dia meneguk air liurnya. Kemudian perlahan lahan dia bergerak ke laci. Diletaknya tali leher yang dipakainya dan dia mencapai pula tuala di dalam almari.
Dia memandang aku lagi begitu juga dengan aku.
Dia sangkutkan tuala tersebut di bahunya. Mulutnya terbuka sedikit seperti mahu bersuara. Tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.
"Apa lagi? Pergilah mandi!" Kata aku.
Dia berjalan setapak dari laci ke bilik air. "N-nak pergi lah ni" katanya tergagap gagap. Dia cepat cepat masuk ke dalam tandas.
Aku lihat sama ada betul atau tidak dia sudah berada di dalam tandas. Selepas aku pasti dia memang sudah mandi, aku terus duduk di atas katil dan gelak sepenuhnya sambil menekup mulut aku supaya suara tawa aku tidak kedengaran.
Lawaknya muka dia... dengan muka pucat lagi.
Aku ketawa lagi.
"You ketawa ya? You mainkan I?" Tiba tiba terdengar suara keras daripada dia yang berada di dalam bilik air.
Kali ini, aku pula yang meneguk air liur.
'Habislah aku'
—————
"Duduk!" Tegas dia memberikan arahan. Tanpa membuang masa, aku terus melabuhkan punggung aku di atas sofa dengan perasaan yang berdebar debar.
'Kenapalah aku gelak tadi'
Aku menunduk sambil mengutuk diri sendiri. Kepala aku ketuk dengan tangan aku tanda marah dengan diri sendiri.
"Woi" aku terus menegakkan badan aku dan mendongakkan kepala aku. Badan aku terus statik melihat dia yang memandang aku tajam.
"A-aapa?" Balas aku tergagap gagap.
Dia menyilangkan tangannya di dada dan duduk di hadapan aku. "Why did you acted like you're the queen here?" Soalnya perlahan.
Aku bermain dengan jari aku dan terus menunduk. "S-saya cuma tak suka bila awak menjerit satu rumah. Tu je" balas aku perlahan juga.
"Jadi, sebab itu sahaja you arah I semua?" Soalnya lagi. Aku mengangguk.
"Okay" balasnya dan dia berdiri. Aku menunduk semula. Takut juga aku dengan dia ni.
Dia duduk di sebelah aku membuatkan aku bertambah risau.
"Dah meh! Tidur" arahannya membuatkan aku terdongak dengan perasaan yang penuh dengan kekeliruan.
"Tidur? Bukan awak nak marah saya?" Kata aku. Dia mengerutkan kening " Nak marah apa? You dah cakap kenapa you buat macam tu kan? So? Did I need to be mad?" Aku menggelengkan kepala dan terus berbaring di atas pehanya.
"Tidur!" Arahnya.
"Yela yela" balas aku dan aku menutup mata untuk tidur.
Sudah 3 minit tapi aku masih belum tidur. Hanya menutup mata aku sahaja. Kemudian, aku terdengar dia menyanyi.
Lagu?
Lagu twinkle twinkle star
Aku mahu ketawa pada saat ini, tapi nanti kena marah lagi. Akhirnya, aku mendengar sahaja dia mendodoi aku sehingga aku tertidur.
YOU ARE READING
BAD
Romance[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya...