49

15K 769 27
                                    

Tok tok!

"Masuklah" Umairah memberi izin. Perlahan pintu dibuka oleh seseorang.

Umairah ralit mengemas meja lamanya yang agak bersepah. Tudung di kepala dia cuba untuk leraikan. Pin jarum yang terselit pada tudung dia capai.

"Jangan tanggalkan" terus perbuatan Umairah terhenti. Baru dia tersedar siapa yang memasuki kamarnya. Dia perlahan menoleh dan memandang si empunya suara tadi.

"Awak buat apa kat sini? Ni kan bilik saya" tanya Umairah dengan kerutan yang mula muncul di dahi.

"Tau, tapi Adonis kau suruh aku pesan kat kau esok teman dia pergi pejabat untuk proses semua tu. Sebelum kau salah faham, dia suruh aku sebab dia terlalu penat tadi pun mata dia dah kuyu masuk bilik" jelas Ziqri panjang lebar.

Umairah mengangguk. Faham bahawa Adonis benar benar penat. Yelah, berapa lama mereka di dalam kapal terbang untuk ke sini..dengan dia menolong Puan Amirah cuci pinggan mangkuk sebaik sahaja dia duduk di rumah.

"Baik, saya faham. So, awak keluar eh? Saya pun penat ni" balas Umairah bersahaja. Mencuba untuk bergurau dengan Ziqri seperti dahulu.

"Sampai hati kau ya..tak apa macam ni lah kawan" balas Ziqri pula dengan nada sedih. Umairah tertawa kecil mendengarkan jawapan Ziqri tadi.

Tahu sudah perangai Ziqri apabila Umairah berkata sebegitu padanya.

Dia menggelengkan kepala dan menuju ke pintu kamar. Pintu dikunci supaya tiada siapa yang dapat masuk ke dalam biliknya.

Aku nak rehat okay!

Kemudian Umairah menanggal tudung yang sudah sehari dia pakai.

Dia berbaring di atas katil dengan senyuman tipis.

'Rindu betul dengan katil ni'

"Eh? Mana bantal busuk aku?" Gumam Umairah bersendirian. Dia bangun semula dan mencari bantalnya di dalam almari.

"Haa ada pun" kata Umairah sambil tersenyum lebar. Nama sahaja bantal busuk, tapi wangi okay!

Dia membawa bantal tersebut bersamanya dan terus dia berbaring sambil memeluk bantal tersebut.

Sebelum Umairah tertidur, bunyi deringan telefonnya berbunyi. Umairah dengan mata yang sudah mula terkatup terus mengambil telefonnya dan diangkat panggilan tersebut.

"Hello?"

"Hi, mimpi indah"

Tut!

Terus panggilan itu diputuskan.

Umairah yang mendengar suara itu terus berdegup laju jantungnya. Dia tersenyum dan menggigit bibirnya.

Adonis tersenyum sebaik sahaja dia memutuskan panggilan tersebut.

"Umairah cair tak dengan suara aku tadi heh" Adonis mengusap dagunya dan tawanya bergema di dalam bilik tersebut.

"Oh gosh! Why did I make that kind of voice.." gumamnya setelah sedar apa yang dilakukan tadi. Dia menekup mukanya, malu sekiranya Umairah fikir lain.

"Such a Adonis" gumam Umairah sebelum dia tertidur.

————

"You.." Panggil Adonis. Umairah diam, malas mahu menyahut.

"You" kali ini, Adonis mencuit Umairah tapi Umairah masih tidak mengendahkan panggilan Adonis.

"Baby mummy" Adonis memanggil serius. Umairah menghelakan nafas panjang. Perlahan, dia menoleh dan memandang Adonis yang sedang memandu.

"Apa dia awak?" Tanya Umairah meleret.

"I dah hafal you tengok ni" kata Adonis ceria.

Umairah buat buat tidak tahu dan memandang ke tingkap semula.

Adonis mencebik sedih.

"You..tengoklah ni" dia menggoncang tangan Umairah dengan tangan kirinya.

Umairah mengerling ke arah Adonis.

Adonis tersenyum dan bersuara.

"أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله" Adonis berhenti sebentar dan memerhatikan Umairah yang sedang menunggu bacaan seterusnya. Dia tersenyum dan dengan ceria dia menyambung.

"وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" Adonis tersenyum lebar.

Umairah yang mendengar pun turut tersenyum tipis.

"Pandai! Maksudnya apa awak?" Tanya Umairah. Dia ingin memastikan Adonis benar faham dengan apa yang dilafazkannya tadi.

"aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Adonis menjongketkan keningnya beberapa kali selepas dia melafazkan maksud dua kalimah syahadah tadi.

Senyuman Umairah semakin melebar apabila mendengarkan maksud yang dilafaz oleh Adonis. Dia menggosok rambut Adonis.

"Pandainya sayang Umairah ni" kata Umairah lembut. Adonis tersengih memandang Umairah.

"So you dah maafkan I?" Tanya Adonis.

Umairah terus mencebik dan memandang ke arah tingkap semula.

"Memang taklah! Sampai hati awak cakap saya bukan isteri awak masa kita pergi daftar tu" rajuk Umairah.

"Memanglah, kita belum kahwin" kata Adonis.

"Awak cakaplah bakal" balas Umairah.

"Taknaklah bakal, nak betul yang halal" kata Adonis dan kemudian dia ketawa.

Umairah diam sahaja.

"Dahlah baby mummy, don't worry. I said to them that you are not my wife but deeply we both know how much we need each other" kata Adonis panjang lebar.

Umairah mengangguk perlahan.

"I love you" ucap Adonis.

"Ei janganlah" Umairah cuba untuk menutup malunya.

Umairah menepuk pipi Adonis tanpa sengaja.

"Aduh!"

"Eh awak! Sorryyyy" kata Umairah.

"Tak apa, tamparan you ni tak seberapa dari cinta I untuk you" Balas Adonis dan dia ketawa.

"Poyolah awak ni" jerit Umairah.

BAD Where stories live. Discover now