40

21K 726 35
                                    

Tok tok!

Umairah menoleh ke arah pintu yang dibuka oleh Adonis. Dia meletakkan gambar kandungan Umairah di atas meja.

Mereka sama sama terdiam. Adonis diam, kerana dia tidak mahu mengusutkan Umairah yang sedang membawa 'dua nyawa'

Tapi lama kelamaan, apabila keadaan menjadi semakin sunyi, Adonis makin tidak mampu untuk menahan persoalan yang berada di mindanya. Apatah lagi dengan Umairah yang membisu sejak memeriksa kandungannya pagi tadi. Dia menoleh memandang Umairah.

"Kenapa you diam saja dari pagi tadi? Did I did something wrong? You tolak I bila I cuba sentuh you. Even in the car. Please tell me baby mummy don't keep any secret from me. I'm very worried about you " tanya Adonis dengan penuh kerisauan.

Umairah yang duduk di atas katil mengeluh. Dia bukan mengeluh kerana marah, tapi kerana kesal. Kesal kerana telah dia telah merisaukan Adonis dengan perubahannya hari ini.

Umairah bangun dan menempatkan tempatnya di hadapan Adonis. Adonis cuba mencapai tangan Umairah tapi sekali lagi Umairah menolak sentuhannya dengan lembut sambil bersuara.

"Saya Islam.... pada nama saja kan?" Soal Umairah lembut. Adonis memandang Umairah dengan terkejut sebentar. Tidak disangka soalan itu yang terpacul dari mulut Umairah.

"What do you mean?" Soal Adonis untuk lebih memahami ayat Umairah tadi. Umairah menunduk dan bersuara lagi.

"Saya Islam.. tapi cara saya tak macam Islam" Serentak itu Umairah melangkah ke belakang. Kini, Adonis mula faham mengapa Umairah asyik menolak sentuhannya.

Dia mula sedar atas kejahilannya.

"Dulu, saya bertudung, selalu mengaji dan selalu solat 5 waktu sebab memang diajar dari kecil dan saya memang suka dengan rutin tersebut. Sekarang, tengoklah" Umairah perlahan mengusap perutnya.

"Saya lupa agama saya... saya tak pakai tudung, kita buat sampai saya mengandung, dan baru sekarang kita nak kahwin. Saya" Umairah menekup muka dan menghamburkan tangisannya.

Cukup kesal dengan perubahannya yang mendadak ni.

Adonis melangkah ke depan, mendekati Umairah yang sedang menekup mukanya. Adonis faham, dan dia teramat menyesal dengan perbuatannya yang hanya mementingkan diri sendiri. Dia lakukan semua itu, tanpa berfikir masalah yang akan dihadapi oleh mereka di suatu hari kelak.

Dia berdiri di hadapan Umairah pula. Kali ini, dia tiada inisiatif untuk menyentuh Umairah dalam keadaan dia yang sedang lemah. Dia hanya memerhatikan Umairah dengan kekesalan yang bertandang di jiwanya.

"I'm sorry baby mummy.." ucap Adonis. Umairah mengangkat mukanya dan tekupan dilepaskan. Tidak faham dengan kata maaf yang diucapkan Adonis sebentar tadi.

"Kenapa awak nak minta maaf?" Soal Umairah. Adonis memandang tepat ke arah Umairah.

"I'm being selfish. Really selfish. I only think to make you mine.. without knowing the problem that will come in the future. Because I'm a non muslim, I barely make you mine by taking you in and out. And now, you're pregnant and only that time I propose to you. I'm really a sneaky peeky jerk douche man" kata Adonis.

Umairah diam sebentar.

"Tapi...awak jaga saya dengan baik. Cuma, saya saja yang lupa diri. You don't know things like this and that's why I don't blame you. It's my fault because I forgot who I am and why I live here for. Untuk beribadat kepadanya" ujar Umairah lembut sambil cuba untuk menenangkan hati Adonis yang seolah olah resah apabila melihat Umairah sebegini.

BAD Where stories live. Discover now