[BHB] BAB 11

12.9K 388 3
                                    

BIAR HATI BERBICARA

MAJLIS kesyukuran yang hampir berakhir dibiarkan sahaja dibawah sana, kepala yang terasa berat dan mencengkam kepala makin kuat denyutannya. Jari jemari perlahan mengurutkan pelipis, migrain telah datang bertandang membuat ia tersandar menghilangkan pandangan yang seakan berputar.

Couch dijadikan tempat beradu, helaian selendang sudah dilucutkan ditolak ke tepi, kini rambut keperangan ikal mayang dibiarkan bebas terhurai. Haruman minyak angin masuk ke dalam rongga hidung dan menutup kelopak mata menikmati urutannya tangannya sendiri.

Kedengaran pintu dikuak perlahan, hati malas mengendahkan barangkali jejaka yang selalu menyakitkan hati datang menghampiri.

"Kenapa kau awal naik ini? Kau dah makan ke belum" satu persatu soalan diacuhkan namun reaksi figura Naura masih kelak sama, posisi malah dibalikan dari memandang figura yang sudah duduk berhadapannya dengannya

"Naura???" Nada suara sedikit dinaikkan lalu melangkah duduk dihujung kaki Naura. Meratap wajah gadis yang muram tidak mahu memerhatikannya. Entah kenapa Naura asyik mengelak dengannya dari petang tadi.

"Erm?"suara perlahan di anak tekak, bibir masih terbungkam mendiam. Tangan mengurut kepalanya yang kini bertambah pusing.

"Kau sakit kepala ke? Mari sini aku urutkan" tawaran Danish tidak dipedulikan malah Tangan itu ditepis dari menyentuh kepalanya. Lebih baik jangan beri harapan palsu. Kesakitan batin lebih dalam daripada raga. Menyampah!

"Kenapa kau ni? Sinilah" naura berdecit menepis tangan figura Danish dari terus ingin menyentuhnya

"Kenapa ni... kau marah aku ke.. cuba cakap sikit, kang aku cium kang baru tahu" usik Danish cuba merapati wajah bujur sirih putih melepak milik Naura.

"Eh! Awak.. saya okey.. cuma sakit kepala sekejap je.. nanti baiklah...." halang Naura menolak dada Danish dari menghampiri. Pipi merona merah dek rasa malu. Dada berdetak lebih laju dari sebelumnya. Haba tubuh naik mendadak tapi tangan dan kaki terasa dingin yang amat.

"Mana ada pening tu sekejap je.., mari kita makan sama-sama " tangan lembut Naura dicapai dan digenggam rapi. Senyuman terukir diwajah Danish. Rasa sejuk hatinya melihat gadis itu mahu berbicara dengannya kembali.

"Saya tak laparlah awak...." ajakan Danish sekali lagi ditolak dengan nada lemah. Helah nafas berat dilepaskan dan kembali menarik tangannya dari genggaman 'suami'nya itu.

Tok! Tok! Tok!

KETUKAN pintu menyentakkan mereka berdua kini pandangan sudah beralih arah. Terlihat putaran tombol dipancaindera. Kelibat Natasha sudah menjelma.

Bibir tersenyum mengamati adegan Danish Dan Naura. Dulang ditatang menghampiri mereka. Kini dulang berisi lauk pauk kenduri dihidang diletakkan atas meja.

"Abang Danish.. ini untuk kak Naura.." tutur lembut masih ke anak-anakkan lembut dihalwa telinga. Tersenyum lebar melihat Danish dan Naura.

Terasa menganggu kemesraan mereka. Natasya mengundurkan diri keluar dari kamar mereka berdua.

Kedengaran pintu ditutupkan semula, Danish dan Naura kembali bertatapan mata.

"Makan..." pinggan dicapai namun ditolakkan kepada Naura. Naura memalingkan wajahnya ke arah sandaran. Malas!

"Erm. Aku suap.. sini..." tetap juga dia berdegil. Danish menarik nafas berat. Naura tetap berkeras menolak perlawaan Danish. Eh!benci!

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now