[BHB] BAB 15

12.1K 348 10
                                    

《BIAR HATI BERBICARA》

SEPASANG suami isteri itu sedari tadi duduk dibangku menanti waktu penerbangan mereka tiba. Awal pagi lagi sudah terpacak dekat lapangan terbang AirAsia Kuala Lumpur. Sikap suami suka tergopoh gapah membuatkan Naura kelam kabut bersiap sedia. Mujur sahaja dari semalam sudah mengatur pasport,visa dan semua perlengkapan yang ingin dibawa bersama.

"Semua ada? Tak de yang tertinggal ke?" Suara garau menerpah corong telinga gadis sedang mencerut bibirnya. Anak mata dialihkan pada suami yang sedang memandang tanpa kerdipan sama sekali.

"Takde.." sepatah sahaja perkataan yang meluncur dibibir. Perut terasa lapar tidak sempat diisikan terpaksa menahan hingga dalam pesawat nanti.

"Hii.. Aulia? Is this you??" Mata mereka berdua serentak menoleh ke arah figura mulus kacukan berkulit putih dan rambut ikal hingga paras dada.

"Ergh??" Naura tergagap tanpa mampu memikirkan apa ayat harus diluncurkan dari bibirnya. Tergumam diam membisu begitu juga dengan suaminya.

"Did you forget about me? Hey?! This is me.. Haney! Hendry sister?! Have you met him? He come here to find you ... where you been for one years??? Ohh god.. " semakin tercengang Naura dibuatnya. Siapa Haney? Siapa Hendry? Serabut.

"Im so sorry miss.. i think you got it wrong person" tutur diatur walaupun lidah sudah terkelu, Danish pula sudah membeku.

"Ohh.. desole si je me trompe( maaf jika saya tersilap) Haney cuba memancing gadis itu. Jika dia mengerti maknanya tepat! Itu adalah Aurora Aulia yang sudah lama menghilang tanpa jejaknya.

"Cela n'a pas d'importance ( tidak mengapa) senyuman terukir dibibirnya. Haney terus memeluk tubuh Naura tanpa meminta keizian gadis itu. Rindu tidak terkira, apalagi Hendry Bagai orang gila mencari tunangannya hilang tiada satupun khabar berita.

"This is you!! Aurora Aulia.. ! I really miss you! Finally i can see you again...." jerit keriangan memecah. Gembira tidak terkira.

"Im so sorry miss.. she is not Aurora Aulia, She Naura Syafiqah.. my wife" celah Danish sudah mengeletar dalam Dada. Kenapa begitu cepat dia berjumpa dengan orang yang sudah lesap dalam ingatannya. Kalau boleh membuat permintaan. Hanya satu yang ia inginkan, hapuskan semua kenangan Naura bersama mereka dan semaikan Danish sahaja dalam kepalanya.

"What?!!! Is it true that you're married?! Biar betul?"

"Argh?! Awak pandai cakap bahasa melayu?" Terkerut alis Naura memerhatikan tingkah gadis dihadapan mereka.

"Really?? Awak yang ajar saya speaking malay.... serius awak sudah menikah? Dengan dia ini?" Tutur Haney masih dalam pelat english terbelit lidah mujur sahaja difaham apa yang ia ingin sampaikan. Kepala di angguk perlahan memerhatikan wajah gadis yang tidak sekecil zarah pun menerpah masuk dalam ingatannya.

Hayalan tersentap sebaik sahaja nombor pesawat sudah sedia menanti. Naura dan Danish bingkas bangun ingin berganjak pergi.

"Aulia...ni kad saya.. kalau awak sudah ingat semula.. jangan lupa call saya.. Hendry rindu sangat dengan awak...." lembut sahaja suaranya sambil merenung anak mata hazel milik Naura. Rindu tidak terkira. Sebaris senyuman sahaja mampu dibalas kad dicapai dan dimasukkan ke dalam tas.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora