[BHB] BAB 24

10.5K 308 14
                                    

BIAR HATI BERBICARA

KEPEKATAN malam semakin menjelma, diiringi suara pekikan cengkerik membingitkan telinga. Ianya Memenuhi tiap ruangan megah bak  istana. Figura mulus itu berdiri dibalkoni, memeluk tubuhnya sendiri. Mendakap lembut minda berimaginasi.

Lamunannya tenggelam hanyut dalam kemurungan, membiarkan sahaja rambut keperangan paras pinggang terayun lembut mengikut angin malam. Juga baju tidur satin paras lutut berwarna merah menyelimuti tubuhnya, walaupun helai itu tidak mampu melindungi tubuh semakin tengelam dalam pelukan dingin malam seakan kuat mencengkam raganya. Diketepikan sahaja itu semua.

Wajah putih bersih, pipi merona merah dan mata berkaca-kaca mengeletarkan bibir yang merah kebasahan dek airmata. Hidung yang sudah kemerahan diusap lembut, terseduh esakan terdengar samar-samar terungkap dia sedang berduka. Tengelam dalam kelukaan yang maha dahsyat curamnya.

Bahunya disentuh perlahan menyentakkan lamunannya terbang pergi mengikut arus tiupan angin malam. Tubuh ditoleh perlahan, menangkap pemilik tangan yang sedang berpaut pada bahunya. Anak mata tertumpu tidak berganjak seketika.

Berkedip-kedip bola mata menatap dan merenungi sedalam-dalamnya pemilik mata itu Tapi tidak terdaya hati ini untuk mentafsir apa yang terbenam didalam hati. Masing-masing menguncikan mulut dan bertukar pandangan.

Bibir gadis itu mengeletar sebak, mengentelkan kain bajunya menahan geledak yang melanggar jiwanya. Merintih tidak sesiapa yang mendengar apa yang terkurung didalam dada. Tidak tersengaja mata yang bulat kini berubah merah padam dek takungan airmata tidak mampu menampung bebanan.

Terembes keluar hangatan membasuh pipi sayup dan pilu menghambat perasaan. Tidak tergagah dilidah Danish untuk memulakan bicara. Tangan diangkat dan menarik kuat tubuh langsing itu dalam dekapannya.

Cuba memujuk hati gadis yang sedang bergelora, menangis teresak-esak menyimpan segunung kata yang tidak mampu diucap.

"Saya sayangkan awak Danish.. maafkan saya.. saya dah langgar janji kita..." desis berbicara dalam hati sukar membolos jendela lidah yang terkunci. Adakah ini pengakhir kisah kita? Kenapa hati terlalu sakit bila harus meninggalkan awak.

"Kenapa menangis ni?" Danish membuka bicara yang terkunci dari tadi. Diri terbungkam tanpa kata. Tengelam dalam kepekatan malam yang hanya disirami cahaya lampu malam dan sinaran rembulan.

"Saya..saya sedih sebab tak lama lagi akan tinggalkan awak..tinggalkan semua ni.. " tutur bicara meleraikan dakapan mesra menilik wajah tampan berada dihadapan mata. Menyinarkan kemuraman perasaan berkecamukan melanda hatinya. Tangan mulus menekap kedua ke pipi Danish penuh kelembutan dan kasih sayang

Mata memandang tidak berkerdipan, terlukis senyuman yang disebaliknya menyembunyikan sepacak bilah pisau kesakitan didalam dada. Diamati wajah tampan yang bakal ditinggalkan, bakal menjadi milik orang lain.

Jujur, hatinya yang sudah robek ditambah bisa dengan menyiramkan cuka didalam lukanya. Sakit menusuk masuk, mencengkam sukma tiada titik noktah. Lebih rela hati ini melihatnya tersenyum gembira, dan membiarkan hatinya berduka. Kebahagian suami adalah kegembiraan buatnya.

Danish tersentak memdengar alunan suara yang lunak palukan gegendang telinga. Menyentapkan jiwa dan raga. Siapa kata dia sanggup kehilangan Naura

Tidak sama sekali, tapi adakah Fiona mengerti jikalau kini dia sudah berubah hati.  Takkanlah  dia mahu mengekebumikan kenangan lama hanya kerana seorang wanita yang baharu sahaja tiba tanpa tersengaja dihadapan matanya itu.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now