[BHB] BAB 54

11.4K 295 7
                                    

BIAR HATI BERBICARA

JALAN lebuh raya luas membuat kepala milik Naura semakin pening. Denyutan kepala semakin kuat mencengkam membuat Naura tergumam dan mengeluh keletihan.

Ikutkan hati mahu sahaja dia meneruskan perjalanan pulang, tapi dek kepalanya terlalu berat menghentam terpaksalah menghentikan kenderaan untuk mencari ubatan.

Sekalian untuk membeli perkakas-perkakas untuk sambutan ulang tahun ke dua anak kembarnya yang tidak lama lagi akan menjelang.

Kereta jenis Toyota putih keluaran baru diparkirkan tidak jauh dari shopping Mall yang ingin dia tuju. Dibekalkan sedikit kudrat yang lemah kerana seharian dalam lapangan terbang juga tidak menjamah makanan dari siang hingga malam menjelma.

Kini kelesuhan benar-benar menjerat dalam tubuh milik Naura. Kaki dilangkah tatih masuk ke dalam shopping mall didepan mata.

"Adik! Ubat sakit kepala dekat mana ye?" Naura menanti persoalannya dibalas oleh casher. "Dekat bahagian sana tu kak"

Jari telunjuk ditujukkan ke arah yang dimaksudkannya. Sempat Naura mengucapkan terima kasih dan membuka langkah.

Anak mata dilarikan mencari benda yang diinginkan Naura. Usai sahaja terjumpa kini anak mata tertumpu pada sebuah boneka unikorn berwarna merah muda.
Naraa paling suka dengan kuda unikorn apalagi berwarna merah muda.

Belum sempat tangannya mencapai terlebih dahulu boneka diambil oleh seseorang membuat naura terpaksa memaling muka.

"Hai sayang" sapa suara lembut ditelinga namun hati milik Naura bagai ingin jatuh diatas tanah.

"Eh!"

Kaki dilangkahkan laju sekuat tenaga dan menuju ke arah meja jurujual untuk membayar barang yang diambilnya.

"Nah!" Belum sempat Naura mengeluarkan wangnya terlebih dahulu figura lelaki tadi menghulurkan not kepada jurujual depan Naura.

"Ih!!" Naura menghulurkan wangnya kepada jurujual. Pening jadinya budak casher nak ambil yang mana.

"Ambil je lah dik" wang diletakkan diatas meja dan bergerak selajunya meninggalkan bangunan itu segera. Kini anak mata tertumpu pada kereta tidak jauh didepan matanya.

"Hye..sayang.. sayang" tangan milik Naura diraih dari terus beredar pergi. Laju tangan direntap ingin melanjutkan langkah kaki. Tapi sukar bila kali ingin pergelangan milik Naura digenggam oleh jejaka tadi.

"Awak nak apalagi Danish?!"

"Naura..please sayang jangan macam ni, abang nak minta maaf. Bagi abang peluang sekali lagi.. abang-"

"Tak nak! Saya malas nak dengar alasan awak lagi" Bidas Naura tidak mahu mendengar ocehan Danish. Takut termakan janji sekali lagi.

"Naura.. abang dengan Fiona takde apa-apa lagi..,kenapa sayang berubah sampai macam ni sekali?" Soal Danish terkejut dengan perubah Drastik Naura kali ini.

"Saya bukan Naura, saya Aulia. Naura dah lama mati sebab awak bunuh dia dan saya dah kebumikan dia sedalam-dalamnya. so please  Danish. Jangan ganggu saya" Tangan milik Naura ingin direntap namun tidak terdaya.

"Anak abang mana??"

"Takde! Mati!" Jerit Naura meleraikan pergelangan tangannya dari dicengkam suami yang sudah lama dihapuskan dari akal fikirannya.

Danish terpaku tanpa kata berdiri memerhatikan Naura sudah beredar meninggalkannya.

*****

RUANGAN kereta sunyi apalagi musik yang diputarkan di corong radio membuat Naura semakin terbawa emosi pedih bila mengingati peristiwa tadi.

Naura memarkirkan kereta dibahu jalan. Mematikan kenderaan dalam kegelapan. Bersandarkan kepala pada stering kereta dan menangis semahu-mahunya.

'Saya sayang awak Danish. Tapi luka saya masih tak terubat lagi.. saya takut sakit lagi... ' bahu terangkat-angkat dan tangan kanan mencengkam kuat pada baju di bahagian dadanya.

Disitulah tempat yang selalu disakitkan oleh jejaka yang dia cinta. Parut yang masih lagi berdarah.  Dendam pada Fiona sudah terbalas tapi masih tak dapat lupakan diingatannya  Seperti kejadian itu baru sahaja terjadi semalam.

Tangisan Naura teresak-esak rindukan figura suaminya tapi apakan daya takut pisang berbuah kedua kalinya.

Telefon bimbit berdering didalam beg sebelah kerusi Naura. Tangan meraih dan mengores lalu diletakkan ke kuping telinga kanannya.

"Assalamualaikum" Naura cuba mengawal emosi yang sedang menguasai dirinya.

"Waalaikumsalam... Aulia kau kat mana? Aku dengar khabar dari Hendry, Puan Seri Engku Faridah tengah tenat sekarang ni. Dia nak jumpa kau buat terakhir kali" suara Haney mengempita didalam telinga Naura.

"Tengoklah... letih sekarang ni"  tutur suara lemah. Tak habis satu, satu lagi malapetaka.

"Lia.. jangan macam ni, benda dah lama jadi kot.  Lupakanlah dendam kau.. balik dekat suami kau.. " pujuk Haney membuat hati Naura sebak seketika.

"Tengoklah macamana. Malaslah nak bahas benda ni...."

"Lia.. aku memang suka kau dekat Hendry..tapi kau masih wife Danish, aku tahu kau masih sayangkan dia dia pun sama... Fasal Fiona, serius ..dia asyik kejar-kejar suami kau..tapi suami kau tak layan.. kau tak kesian ke... anak-anak kau lagii... kesianlah sikit. Dorang hari-hari nak jumpa papa dorang. Takkan kau tak ada perasaan berperikemanusiaan sikit kot?"

Bebel Haney diruang talian membuat Naura diam malas untuk melayan.

"Okey! Fine aku pergi tapi nanti. Sekarang aku nak balik"

"Susah betullah dengan kau ni. Dah banyak berubah sejak bergaul dengan Mommy.., janganlah keras hati. Pergilah walaupun sekejap"

"Okey! Okey! Okey ! My mom! Bagitahu hospital mana dia sekarang. Jangan kata kat rumah sebab serius aku tak akan jejakkan kaki aku dekat sana" Celah Naura memotong kata-kata Haney dicorong talian sana. Naik bernanah telinga asyik nak kata fasal Danish setiap masa.

"Oh oh!! Yupz! Kat rumah dia"

"What?!!  Tak nak..! Betul aku tak nakkkk!!" Suara Naura memecah. Buat apa rawat dekat rumah dekat hospitalkan ada. Tak juga kena hadap pertanyaan mereka semua. Arghh! Tambah pening kepala dibuatnya.

"Yess.. sebab aku dengan budak-budak dah on the way ke sana. Aku tak sampai hati sorok cucu-cucu dia sebelum pejam mata"

"double whatt!!! Haneyyyy!!!!! Janganlahhhh...." rengek Naura kini sudah mula gelabah. Tak guna betullah.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt