[BHB] BAB 32

10K 274 5
                                    

BIAR HATI BERBICARA

KERETA mewah milik Danish berhenti tepat dihadapan sebuah Kafe. Enjin yang panas sudah pun dimatikan dan digerling sekilas ke arah wajah mulus milik Figura Naura yang asyik menyelam dalam tidur yang lena.

Pintu kereta dikuakkan lalu meloloskan diri keluar dari perut kenderaan itu. Membenarkan rambutnya sedikit kusut masai dan kaca mata hitam bergaya dikenakan bagi menghindari silauan mentari menyengat masuk ke dalam anak mata.

Menghayunkan langkah kaki masuk ke dalam sebuah kafe tidak jauhnya dengan gerak sepantas yang bisa. Bimbang harus meninggalkan gadis itu bersendirian didalam kereta. Namun ada hal mustahak yang harus diselesaikannya buat seketika.

"Wei bro!" Laung Adam kedengaran mencuri tunpuan jejaka yang baharu sahaja tiba dihadapan permis perniagaan itu. Tangan terawang ke udara agar figura Danish  dapat melihat keberadaan mereka berdua.

"Wei bro! Sorry aku lambat sikit!  Mana yang aku minta tu?" Tutur Figura Danish tersenyum menampakkan sebaris giginya yang teratur dan duduk dibangku berhadapan dua lelaki itu.

"Erm awak" sapaan lembut tertangkap dihalwa telinga lalu memalingkan wajah. Figura Adam dan zack ternganga seketika.

"Aik? Bukan tidur ke tadi?" Naura menampakkan senyuman lalu menghampiri cuping telinga Danish

"Saya nak ke tandas...tandas mana?" Bisik Naura kini ke cuping telinga milik suaminya. Sesekali anak mata tertangkap dua renungan anak mata sedang memandang tepat ke arahnya.

"Oh! Dekat sana tu. Pergilah" tunjuk Danish ke arah pintu tidak jauh dihadapan sana dan memalingkan wajah ke arah dua sahabat yang masih asyik mengekori anak mata ke arah Naura

Tik ! Tik! Tik! Bunyi petikan jari bagi menghentikan ulah dua makhluk dihadapannya. Nasib kawan, kalau orang lain memang dah kena tangan.

"Hoii!! Hoii!! Bini aku pun korang nak usha ke?!" Tegang mengetapkan rahang rapat. Ternampak jelas wajahnya dan bahang nafasnya naik memuncak.

"Oii bro! Lawa giler bini kau. Patut kau jatuh cinta" kagum Adam seakan terpanah akan keindahan yang baru sahaja terpampang jelas dihadapan mata. Nasib sudah berpunya. Kalau tak... fuh!

"Banyak kau!" Jeling figura Danish kini mencampakkan pandangan mata ke arah tempat Naura menghilangkan diri sebentar tadi.

"Awak!" Jerit kecil Naura mencuri lamunan dan merentap kemarahannya. Tangan mulus gadis itu mula melambai-lambai memanggilnya agar cepat merapat.
Terpaksalah Danish mengikuti arahan isterinya itu. Kalau dia menjerit satu restoran kang. Malu pula.

"Ape?"

"Belikan saya.. erghhh...." mulut terasa tersekat sukar untuk memberikan ayat yang sedikit agak keramat itu. Bibir digumam seketika cuba mencari nafas agar dapat mengungkapkannya.

"Beli apa?!" Tegas Danish sudah malas berdiri menanti tutur yang tersekat-sekat macam kaset rosak itu. Lagi mata-mata asyik memandang mereka. Sebal pula dibuatnya.

"Belikan... pad?" Nada diperlahankan sambil memgerlilingkan mata agar tiada sesiapa disekitar itu. Kenapalah mesti hari ini juga nak bocor. Patut sepanjang hari macam singa bunting.

"Nak pad apa? Ipad? Samsung? Tablet? Apa? Bagitahu apa?!

"Eh bukan itulah...." rungut Naura mengerutkan wajah. Takkan nak ulang perkataan itu biar jelas kot. Aduiiii

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now