[BHB] BAB 59

10.5K 247 16
                                    

BIAR HATI BERBICARA

AWAN mula kelihatan kelam, angin bertiup lembut mendayu-dayu. Sedingin salju memeluk tubuh. Menghirup indahnya malam, menatap embun mula jelas kelihatan dan diufuk langit terlihat kerdipan bintang.

Walaupun hikayat kisah berubah mengikut edaran masa, namun bintang tetap indah seperti momento yang lama. Terlihat dibalik balkoni, sosok figura Naura mendakap tubuh terdiam kaku sambil senyum sipu.

Benar ia tidak menyangka, kisah cinta berakhir indah, kini dia kembali dalam dakapan suaminya. Berharap tiada sesiapalagi bakal memporak perandakan hubungan mereka berdua.

Hayalan tersentap serta merta bila bahu milik Naura disentuh oleh suaminya. Kini wajah dipalingkan ke sebelah. Melihat Danish sudah memaniskan wajah.

Kini tangan digerakkan memeluk pinggang dan menikmati indahnya malam.

"Kenapa sayang tak tidur lagi ni?" Tutur bicara melenyapkan kesunyian seketika. Naura tersenyum sahaja. Bahagia berbunga-bunga didalam dadanya.

"Sayang happy sangat, mungkin sebab itu tak dapat terlelap" Naura perlahan mengubah posisinya dan kini bertentangan dengan figura Danish dihadapannya.

Dipandang setiap sisi wajah, anak mata, hidung mancung suaminya, bibir yang menggoda. Sungguh dia lemah akan figura Danish penakluk hatinya.

"Tidurlah, esok kita nak bawa anak-anak jalan ke taman, mungkin nak ajak pergi funfair itupun kalau masa sayang cukup terluang?"

"Mestilah!" Balas Naura disertakan baris senyuman dibibirnya. Kini kedua tangan diraihkan pada leher milik suaminya. Menatap anak mata yang selama ini dirindukan tidak mengira masa.

Walaupun berjauhan dan tidak bertatapan, tapi imbasan seperti diulang tayang dan tidak dipudarkan.

"Kenapa tenung macam tu? Nak goda abang ke tu?" Danish menggosokan hidungnya pada hidung mancung milik Naura.

"Mana adalah! Mengada-gada je dia ni" pipi merah jelas terpancar diwajah Naura. Rasa malu dan degupan jantung sudah tidak sekata.

Tiga tahun berlalu bukannya tempoh yang singkat buat mereka, apabila bersua muka bagaikan kisah cinta yang baru dibina. Hati taman tumbuhnya bunga.

"Lepas ni sayang jangan tinggalkan abang lagi tau?"

"Okey! Janji" jari kelingking dikailkan pada jari sang suami. " sayang tak akan tinggalkan abang lagi sampai akhir hayat nanti"

Danish tersenyum mendengar ungkapan dari figura Naura. Berharap janji itu akan mengikat mereka dari meleraikan kasih yang sekian lama terbina.

"Bang, anak-anak mana? Dah tidur ke?"

"Erm? Dah.. abang ajak main ultraman..penatlah mereka.. " sengih Danish apabila mengingati karenah anaknya.

"Sayang.. terima kasih lahirkan anak-anak abang, besarkan dorang sorang-sorang... pengorbanan sayang terlalu bermakna buat abang..."

Berkaca-kaca mata Naura apabila mendengar ungkapan daripada suaminya. Kini tubuh Danish didakap seerat yang bisa. Melepaskan rasa rindu dan rasa bersalah memisahkan anak dan ayah.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now