2 // Kasih Ayah

4K 217 11
                                    

Ahmad Jailani berada di pondok rehat rumah itu. Ainin melihat ayahnya dalam keletihan. Terbit rasa kesian dalam dirinya.

Ayah tetap ayah. Walaupun ayah nya memandang dia jijik dan dia lah dianggap punca ibu nya mati. Pn. Halimaton meninggal dunia saat melahirkan Ainin.

Ahmad Jailani melihat Ainin datang padanya dengan membawa dulang berisi segelas air jus oren lantas memalingkan muka nya ke arah lain.

Perempuan ini lah penyebab isteri aku mati. Desis hati Ahmad Jailani. Dari kecil Ainin tidak pernah dapat kasih sayang dari keluarganya.

"Ayah. Ainin ada buatkan air. Jemput minum ayah". Tergagap-gagap Ainin menyusun kata pada ayahnya.

Zappp.

Belum sempat lagi air itu terhidang di atas meja. Pantas di tepis Ahmad Jailani. Dia menjegilkan matanya ke arah Ainin. Ainin tergamam.

Rambut Ainin dicengkam nya kuat. Ainin mengaduh kesakitan. Sakit sangat.

"Bila aku cakap, aku tak nak tengok muka kau, itu bermakna aku memang maksud kan. Kau tahu tak perempuan? Kerana kau lah isteri aku mati. Aku ni dah muak dah tengok muka kau tu. Memang padan lah muka kau tu buruk. Nasib lah siapa yang dapat kau ni". Ahmad Jailani menengking anaknya. Rata rata jiran yang berada di situ menyaksikan drama percuma itu.

"Sakit ayah sakit". Ainin meraung kesakitan. Tangan kasar milik ayah nya itu saat hinggap di pipinya.

Sejak Ainin lahir. Dia tidak pernah merasakn kasih Sayang seorang ayah dan ibu, malah dianggap Ainin sebagai musuh mereka pula.

Hari hari Ainin. Tidak seperti orang lain. Pergi ke sekolah, dan bersuka ria dengan kawan kawan. Langsung Ainin tidak rasa sama sekali.

Dia hanya terperuk di rumah. Tidak berkawan. Dan hanya dilayan sebagai seorang hamba durjana.

"Pergi mampus lah, sebelum aku pijak muka kau kejap lagi". Halau ayah nya Ainin. Ainin berlari laju meninggalkan ayahnya.

Harus bagaimana lagi untuk aku pikat hati si ayah? Andai nyawa yang kau perlukan. Aku sanggup. Aku rela jika nyawa ku menjadi galang gantinya.

Air mata Ainin mengalir laju. Dia membasuh muka nya apabila menyedari dia sudah terlampau banyak mengeluarkan air mata.

Kini Ainin sudah sedikit segar. Air mata nya sudah sedikit kurang alirannya. Mata yang membengkak, tubuh yang penuh dengan kesan lebam lebam di segenap tubuh Ainin memang perih sekali.

Setelah selesai kerja Ainin keluar mengambil angin. Dia berpusing pusing ingin menghilangkan sedikit kesedihannya.

Dalam diam ada yang sedang memerhatikan dirinya. Satu senyuman terukir di bibir seorang lelaki tatkala itu.

Jiran nya barangkali.

Ainin. Mengamati tubuh seekor kucing bernama Brown itu.

"Comel lah kamu hari ini Brown". Ainin bergomol gomol si Brown sehingga si Brown mahu naik rimas jadinya.

"Hanya awak seorang sahaja yang mampu menggembirakan hati saya Brown". Ujar Ainin yang mengusap tubuh si Brown.

"Ainin". Laung Pn. Kalsum dari dalam rumah. Baru sahaja Ainin mahu bergembira sekejap. Dah ada yang mengganggu.

"Ya ibu, Ainin datang". Ainin kalut memasukkan Brown ke dalam sangkar nya semula. Ainin berlalu mendapatkan ibu tirinya itu segera. Pintu ditutup semula. Dan semuanya seperti sedia kala semula jadi nya.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now