10 // Suratan Takdir

4.5K 214 34
                                    

"Hati. Cinta pergi kerja dulu ya? Jaga diri elok elok. Daddy sayang anak anak daddy". Ubun-ubun Ainin dikucup Adam lama. Berat sekali hatinya ingin meninggalkan Ainin. Tapi demi kerja dan tulang belakang keluarga dia harus melangkah pergi.

"Cinta. Pergi kerja elok elok ya. Jangan lupa date kita nanti di tempat yang special tau". Ainin mengenyitkan matanya pada Adam. Adam membalas senyuman itu dengan pelukan.

Mereka berpelukan antara satu sama lain. Entah kenapa rindu pula pada si cinta hatinya ini. Andai tiada hati maka tiada lah cinta.

Perut Ainin diusap dengan penuh kasih. Dicium Ainin dan kandungannya itu berkali kali. Berat sekali langkah Adam untuk meninggalkan Ainin.

Adam tersenyum puas memandang Ainin.

"Yaa. Cinta janji. Nanti kita pergi sama sama okey". Janji Adam pada Ainin.

"Kita nak bawa baby tak?". Soal Ainin pada Adam. Lima saat Adam berfikir lama.

"Tak perlu kut. Tinggal ja dia dekat rumah". Adam ketawa jahat ingin mengusik Ainin. Ainin ketawa kuat sehingga kejang perut nya.

"Jom. Cinta pergi kerja dulu ya. Assalamualaikum". Ucap Adam. Ainin pantas menyentuh bahu Adam sebelum kelibat Adam hilang dipandangan nya itu.

"Nak peluk sekali lagi boleh, cium pun". Pinta Ainin pada Adam. Adam tersenyum puas. Segala yang dipinta Ainin di lakukan Adam sekali lagi.

Pelukan dileraikan. Kelibat Adam hilang dimata Ainin. Adam ke bawah untuk mendapatkan restu Ibu dan Papa.

"Ibu. Papa". Laung Adam.

"Yaa, Dam. Ibu dan Papa dekat depan ni". Kata Pn. Nuyan. Adam pergi ke depan. Tanpa menjamah sebarang makanan di rumah nya.

"Ibu, Papa. Adam pergi kerja dulu ya. Jaga diri elok elok. Inshallah kalau ada waktu Ibu dengan Papa jemput lah Adam dengan Ainin nanti ya". Pinta Adam. Pn. Nuyan kepelikan. Sudah kenapa dengan anak sulung nya yang seorang ini?

"Adam dengan Ainin nak ke mana?". Soal Tn. Mokhtar. Kening nya bercantum saat melihat Adam yang bersahaja dan tenang itu.

"Kami nak pergi tempat yang special". Adam tersenyum lebar. Walaupun dalam hati nya itu amat berat untuk meninggalkan rumah ini.

"Hmm. Baik lah. Inshallah". Janji Pn. Nuyan.

"Tapi. Adam tak bawa anak anak Adam". Adam menyambung bicara nya itu lagi.

Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar terkejut bukan kepalang lagi. Kenapa pula? Apa yang cuba Adam beritahu dia dan suaminya ini? Risau dia dibuatnya.

"Adam pergi dulu ya. Ibu. Papa. Kirim salam dekat adik adik tau". Adam berlalu pergi dari kawasan rumah itu.

Pn. Nuyan sudah berasa tidak sedap hati. Hatinya seakan berdebar debar hebatnya. Takut pun ada juga.

Pn. Nuyan pergi memasak semula di dapur untuk makan tengahari. Lauk kegemaran Adam dan Ainin dimasak nya. Pemintaan Adam dan Ainin pada hari semalam.

Selesai solat zohor. Perut Ainin terasa seakan kejang. Ainin cuba untuk bangun tapi rasa sakit dibahagian perut nya itu membataskan.

Ainin menjerit memanggil nama Ibu.

"Ibu". Laung Ainin.

"Ibu". Launh Ainin lagi.

Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar yang terdengar laungan Ainin itu menghampiri bilik Ainin. Mereka segera mendapatkan Ainin.

"Kenapa ni? Dah masa ke?". Soal Pn. Nuyan kalut. Ainin mengangkat bahu nya. Tiba tiba air putih mengalir laju membasahi celah peha nya.

"Sakit Ibu". Rintih Ainin. Pn. Nuyan pantas sahaja menyuruh Tn. Mokhtar membawa Ainin ke hospital.

Ainin dibawa ke dewan bersalin. Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar setia menunggu proses kelahiran Ainin dari luar.

Kenapa hati aku ini tidak sedap ya? Adam menyoal hati nya. Namun rasa itu tetap sama sejak pagi tadi.

Adam meneruskan kerjanya juga. Dada nya ditumbuk tumbuk supaya debaran itu hilang.

Telefon Adam tiba tiba berdering. Tertera di skrin telefon nya nama 'Ibuku'. Adam pantas menjawab panggilan itu dengan penuh debaran.

"Assalamualaikum Ibu". Kata Adam sabagai permulaan perbualan.

"Adam. Ainin dah sakit. Dia dah ada dekat dewan bersalin ni. Baby kamu ni Adam. Payah ibu nak cakap. Kamu datang cepat ye Dam. Ibu risau ni". Pn. Nuyan sedaya upaya menyimpan rasa itu. Tapi sayang dia gagal.

"Baik. Ibu. Adam datang sekarang". Panggilan diputuskan. Adam pantas memasuki keretanya. Hati nya bertanya tanya.

'Adakah ini waktu nya?'. Desis hati hati Adam. Senyuman Adam melebar.
Sementara menunggu lampu merah Adam sempat berzikir supaya dia tenang dan berdoa buat isterinya yang sedang bertarung nyawa itu.

'Jasa mu tidak akan sesekali aku lupa sayang'.  Perkataan itu meniti di bibir Adam. Lampu bertukar Hijau. Adam meneruskan perjalanan. Entah dari mana datang lori yang laju kelajuan nya menbidaskan kereta Adam.

"Allah". Keadaan kembali hening. Orang ramai mula berkumpul melihat apa yang berlaku.

"Waris Pn. Ainin Sophea?". Soal Doktor itu. Pn. Nuyan segera bangun dan mara ke arah doktor itu.

"Saya doktor". Ucap Pn. Nuyan.

"Alhamdulillah anak anak Pn. Ainin selamat tapi maaf sekali Pn. Ainin tidak dapat kami selamat kan". Lembut lutut Pn. Nuyan. Dia jatuh terduduk mengenangkan nasib cucu cucunya itu tanpa seorang ibu.

Tn. Mokhtar turun menangis. Pn. Nuyan segera dipujuk nya. Air mata kedua dua insan itu. Mengalir laju.

"Call, Dam, abang". Arah Pn. Nuyan.

Pantasan number Adam didail oleh Tn. Mokhtar.

Tut. Tut.

Tut. Tut.

"Hello, adam". Kata Tn. Mokhtar lemah.

"Hello Encik ni ayah Encik Adam ya?". Baru sahaja ingin memberitahu anak nya bahawa isteri nya sudah pergi menghadap tuhan.

"Yaa. Saya kenapa dengan anak saya ya?". Soal Tn. Mokhtar pula.

"Macam ni Tuan. Encik Adam kemalangan, dan sudah disahkan meninggal di tempat kejadian". Pantas Tn. Mokhtar juga turut rebah di situ juga.

"Ada apa pula ni abang?". Soal Pn. Nuyan.

"Adam! Adam anak kita. Dah tak ada. Dia kemalangan". Hampir pitam Pn. Nuyan dibuatnya. Sudah lah dikhabarkan pemergian menantu nya itu, dan tidak lama selepas itu anak nya pula.

Urusan kedua dua jenazah itu disempurnakan pada hari itu juga. Mereka dikebumi kan bersebelahan.

Makanan yang dipinta Adam dan Ainin itu tidak sempat dijamah. Tempat special yang Adam katakan itu ini lah tempat nya. Kubur. Patut lah dia berjanji tidak ingin membawa anak anak nya.

"Kita perlu bangun Nuyan. Kita perlu kuat untuk Jannah dan Firdaus". Maka dari situ, Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar lah yang menggalas tanggungjawab itu.

Pusara Ainin dan Adam dipandang lama oleh Pn. Nuyan. Jannah dan Firdaus juga turut berada disitu. Hari ini kan hari raya. Maka ramai yang datang melawat ahli ahli kubur.

"Jannah dan Firdaus nak tahu tak ini lah nama nya Cinta Luar Biasa". Kanak kanak yang berusia tiga tahun itu hanya mengangguk faham.

"Dan sehidup semati". Sambung Tn. Mokhtar pula. Mereka pulang ke rumah semula apabila selesai melawat anak anak mereka.

Tn. Mokhtar mendukung kedua dua cucu nya itu ke kereta. Adam dan Ainin tunggu Ibu dan Papa ya sayang. Pn. Nuyan juga berlalu pergi.

Tamat

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Thanks guys sudi baca buku ini sehingga akhir. Yang terkurang dan terlebih tu, Adh bermohon maaf sesangat. Sebab manusia memang banyak kekurangannya. Salam akhir. Adh sayang reader Adh. Sudi lah tinggalkan komen dan vote ya tanda korang baca apa yang Adh cuba sampaikan pada korang.

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now