8 // Mengandung

3.6K 161 2
                                    

Kepala Ainin berdenyut denyut sedari semalam. Selera makan nya juga hilang entah ke mana perginya.

"Kenapa ni hati?". Soal Adam. Risau dia apabila melihat keadaan Ainin yang tidak bermaya itu.

Ainin membaringkan tubuhnya ke atas katil. Adam meletakkan tangannya ke dahi Ainin.

Panas.

Sah isteri nya mesti demam. Kotak kecemasan segara dicarinya. Tapi sayang semua ubat ubatan sudah expired.

"Kita pergi hospital ya hati". Tanya Adam. Ainin yang sudah tidak mampu membuka mata itu

Ainin hanya menggelengkan kepalanya. Itu menandakan dia tidak mahu ke hospital.

"Hati rehat dulu. Cinta ke bawah kejap ya". Ainin hanya membalas dengan anggukan lemah.

Adam ke bawah. Kerusi dipanjatnya. Dia duduk di kerusi untuk menjamu selera.

"Adam. Mana Ainin? Tak turun makan kah?". Soal Pn. Nuyan. Suaminya juga memandang Adam tidak berkedip.

Hari hari jika sarapan pasti kelibat menantu sulung nya itu muncul. Tapi hari ini tak ada pula.

"Ainin demam, ibu pa". Pn. Nuyan dan suami nya terkejut. Dicampak pantas surat khabar yang dibaca oleh ayahnya. Manakala ibu nya segera mencampakkan senduk ke tepi.

Mereka ke atas untuk melihat keadaan Ainin. Adam juga turut sama ke atas. Membontoti ibu dan papa nya.

"Ya Allah panas nya badan menantu kita ni bang". Pn. Nuyan mula panik dibuat nya.

"Ainin. Kita pergi hospital ya?". Pn. Nuyan menyoal menantunya itu. Namun tiada respon dari Ainin. Diam.

Tubuh Ainin diangkat oleh Tn. Mokhtar. Adam sudah mula menggelabah. Jangan lah bagi sesuatu yang buruk berlaku pada Ainin ya Allah.

Mereka ke hospital. Tubuh Ainin dipangku Pn. Nuyan. Rasa sayang yang mendalam terhadap menantunya itu sedari gadis itu menikah dengan anaknya. Cukup untuk dia rasa kehadiran Ainin.

Doktor memeriksa Ainin.

"Suami Pn. Ainin ada?". Soal Doktor pada Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar.

"Saya suami dia". Kata Adam yang sudah berada betul-betul dihadapan doktor tersebut.

"Mana". Soal Doktor itu lagi. Kecil besar kecil besar sahaja Adam memandang doktor itu.

Seluar doktor itu ditarik kuat. Nasib baik tidak tertanggal di situ juga. Doktor itu terkejut lalu memandang ke arah bawah.

Ternganga doktor itu dibuatnya. Terkejut dengan pasangan ini. Ini baru lah nama nya cinta tak kenal paras rupa.

"Kenapa terkejut?". Soal Adam dengan nada yang amat sinis. Meluat pula dia pada doktor ini. Semua orang sama sahaja. Kalau jumpa orang kerdil seperti nya pasti akan menghina.

"Tahniah Encik. Tidak lama lagi Encik bakal menjadi seorang ayah. Tahniah Pn. Ainin mengandung 3 minggu". Senyum Doktor itu. Adam jatuh terduduk. Terkejut dengan apa yang dikatakan doktor itu.

"Serius ke ni doktor?". Soal Adam semula. Inginkan kepastian. Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar yang berada di bangku itu tersenyum puas.

Doktor itu mengangguk laju. Alhamdulillah termakbul juga doa Pn. Nuyan selama ini. Ingin menimang cucu di dalam keluarga mereka.

Kalut sahaja Pn. Nuyan masuk melawat Ainin. Tubuh Ainin yang sudah kebah itu dipeluk Pn. Nuyan erat.

Ingin mengkhabarkan berita baik ini satu kampung nya di serawak. Saya betul betul teruja sangat ini. Desis hati Pn. Nuyan.

Ubun-ubun Ainin dikucup Adam lama. Mulut nya kelu untuk menuturkan kata-kata.

"Terima kasih Hati". Bibir Ainin dikucup lama. Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar sudah berlalu pergi. Ingin menyampaikan berita baik ini buat seluruh ahli keluarga nya.

"Alhamdulillah hasil kasih cinta dan hati sudah tersemai disini". Adam memegang tangan Ainin dan mengusap perut Ainin dengan penuh kasih. Walaupun belum nampak apa apa bentuk lagi.

"Semoga mummy dan baby sihat sihat ya sayang". Adam memeluk tubuh Ainin erat. Tercipta sebuah kenangan dalam hidupnya yang bakal dia simpan hingga ke akhir hayat mereka.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now