9 // Akhir Kata

3.2K 167 4
                                    

Kandungan Ainin sudah memasuki angka ke lapan sudah sekarang ini. Perut nya juga sudah menampakkan bentuknya. Dijangka meletop pada tanggal lapan ogos 20xx.

Ainin dan Adam berada di serambi rumah itu. Kaki Ainin diurut Adam. Almaklum lah sekarang baby pun dah membesar. Pergerakan nya juga Agak terbatas.

"Cinta. Seandainya sesuatu berlaku pada hati. Hati minta cinta halal kan segala makan minum hati yang cinta beri pada hati. Halal kan juga kasih sayang yang cinta berikan itu. Hati nak cinta tahu bahawa tidak akan ada lelaki lain dalam hidup hati selain seseorang yang special iaitu Adam Malieki". Air mata Ainin mengalir laju. Entah apa rasa saat itu.

"Inshallah. Cinta akan halal kan semua nya sayang. Cinta pun nak minta maaf pada hati. Seandainya cinta ada menyakitkan hati hati sepanjang perkahwinan kita ini dan hendak hati tahu bahawa tidak akan ada nama lain kecuali Ainin Sophea dalam hidup cinta. Hati merupakan perempuan pertama dan terakhir cinta, cinta". Terucap juga apa yang Adam pendam selama ini.

"Cinta. Hati nak pergi toilet kejap ya. Nak buang air besar". Pinta Ainin sebelum berlalu pergi.

"Baik, hati hati tau". Arah Adam. Siapa tak sayang bini oi. Ini kan pula manusia. Memang sayang yang amat lah. Senyuman terukir di bibir Adam.

"Dam. Buat apa tu? Mana Ainin?". Soal Pn. Nuyan. Yang tiba tiba munculkan diri itu dan melabuhkan punggung nya di sebelah Adam begitu juga dengan Tn. Mokhtar.

"Ainin ke toilet ibu, membuang air besar katanya". Ujar Adam dengan pertanyaan Pn. Nuyan itu.

"Ouhhh. Happy betul anak ibu sekarang. Lagi sebulan, Dam dah nak jadi ayah orang. Mama doakan semoga Dam mampu untuk jaga anak Dam sebaik mungkin, seperti mana ibu dan papa sayang dan ikhlas akan kehadiran adam dalan hidup ibu dan papa". Kata Pn. Nuyan. Sebaris senyuman dihadiahkan buat Adam.

"Betul apa yang ibu kamu cakap itu Dam". Aku bersyukur dikurniakan ibu dan papa yang menerima kekurangan aku. Aku terpilih untuk jadi kerdil. Tapi aku beruntung sebab aku punya orang yang faham aku. Desis hati Adam.

"Terima kasih Papa, Ibu. Sebab sudi terima kehadiran Adam. Adam adalah orang paling bertuah dalam dunia ini". Wajah Pn. Nuyan dan Tn. Mokhtar dicium dan dipeluk Adam.

"Ibu. Seandainya Adam ada buat salah dengan Ibu. Sepanjang Dam hidup ni. Dam minta maaf. Dam langsung tiada niat. Dam minta ibu halalkan susu yang ibu beri pada Adam. Maaf jika Dam bukan macam adik adik lain. Yang mampu membanggakan ibu dan papa. Bukan Dam Pinta semua ini ibu pa. Dam tahu hidup ni, tempat persinggahan. Dam nak ibu dan papa tahu. Adam sayang sangat pada Ibu dan papa. Ibu dan Papa adalah permata yang paling berharga dalam hidup Adam. Kata kata memang tak mampu Adam lisankan lagi sebab terlalu tinggi sayang Adam pada Ibu dan Papa". Air mata mengalir laju. Pn. Nuyan. Menyeka air mata anak lelakinya itu. Tersentuh dengan apa yang diucapkan oleh Adam.

Tiba tiba lagu pesan mula berlegar legar di otak.

Disaat Ku tiada nanti
tiada lagi disisimu
Jangan Kau bersedih dan menangis
Engkau Insan yang ku sayang
Yang Paling ku kasih dirimu
Amat Bererti dalam hidupku

Nanti Di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-nya

"Adam anak Ibu dan Papa. Masakan kami akan buang Adam dalam hidup kami. Adam adalah permulaan hidup kami. Ibu dan Papa anggap Adam yang paling istimewa". Senyuman dihadiahkan buat Adam.

"Papa sayang Adam, menantu papa dan bakal cucu papa". Lelaki tua itu juga turut menangis. Rasa sebak pula tiba tiba. Suatu rasa yang sukar untuk digambarkan.

"Ibu, Papa. Tolong jangan nangis untuk Adam. Adam sakit melihatnya". Air mata kedua dua permata hati nya itu diseka laju.

"Adam dah ada nama untuk anak Adam?". Soal Pn. Nuyan. Sungguh dia memang sudah tidak sabar menunggu kelahiran cucu sulung keluarga itu.

"Ada. Nama Nurul Jannah dan Mohd Firdaus". Nama yang simple. Nama tempat yang tertinggi di sisi tuhan kita yang satu.

"Wahhh". Teruja benar Pn. Nuyan.

Malam beransur tiba.

"Hati tahu tak? Kalau boleh Cinta nak sehidup semati dengan hati. Sebab itu lah yang dikatakan sebagai cinta sejati". Kata Adam sambil mengusap perut Ainin yang memboyot itu.

"Inshaallah". Balas Ainin ringkas. Mereka tidur dalam pelukan yang erat. Terlalu erat. Andai ini malam terakhir ku bernafas di muka bumi ini.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now