7 // Kenal-Kenal

3.4K 156 4
                                    

"Cinta sayang Hati seluruh jiwa raga cinta". Pipi Ainin dikucup Adam lembut dengan penuh rasa kasih.

"Hati akan sentiasa disisi cinta hingga ke akhir hayat hati. Ini janji hati". Senyuman mereka melebar. Rasa ini sudah tidak mampu diungkap kan lagi.

"Hati. Hati tahu tak, malam ni malam apa?". Soal Adam dengan senyuman nakal nya itu terserlah jua.

"Malam ni?". Tersekat disitu. Otak Ainin ligat memikirkannya. Tangan mula berada di dagu.

"Hari ni malam Sabtu lah cinta. Kenapa dengan hari ni?". Soal Ainin. Wajah Adam direnung nya lama.

Adam masih tersenyum nakal.

"Malam ni malam kita". Terkejut Ainin dibuatnya. Adam ketawa berdekah-dekah kuat nya.

Ketawa Adam membuat kan satu gemaan yang menjelma dari luar pintu bilik mereka.

"Pengantin lama. Diam sikit. Jam dah pukul 2:00 pagi ni. Tidur. Esok masing masing nak kerja". Laung Pn. Nuyan pada anak dan menantu nya itu.

Mahligai yang dibina Adam dan Ainin sudah memasuki bulan ke empat. Mereka masih lagi dalam mood bulan madu.

Hari Adam Malieki semakin indah saat hadirnya Ainin dalam hidupnya. Gadis yang mampu membuatkan hatinya gundah gulana jadinya.

"Cinta harap cinta hati buat cinta kekal ke jannah. Cinta tak sanggup kehilangan hati. Hanya nyawa sahaja yang dapat memisahkan antara Cinta dan hati". Ainin membenamkan kepalanya di dada bidang milik Adam. Adam pantas memeluk tubuh Ainin.

Ubun-ubun Ainin dikucup lama. Ainin adalah anugerah tuhan yang terbesar buat dirinya selain dikurniakan seorang ibu dan seorang ayah yang tegas dalam membentuk akhlak anak anak mereka.

"Hati sayang kan cinta tak?". Soal Adam. Bagi nya setiap hari dia akan menyoal soalan yang sama. Kerana jawapan yang Ainin beri adalah sama sahaja.

"Mestilah sayang. Cinta kan suami dunia akhirat hati". Auchh. Bagai ingin luruh jantungnya ketika itu.

Adam mendekatkan dirinya dengan telinga Ainin.

"Hati juga isteri dunia akhirat cinta. Tidak akan dan tidak pernah ada mana mana nama lagi kecuali hati dan bakal bakal khalifah kecil kita nanti. Tapi.. ". Ayat Adam berhenti di situ.

"Tapi apa?". Soal Ainin. Penasaran dia jadinya.

"Cinta lagi menyayangi oyen lagi". Lagi sekali Adam ketawa kuat.

"Ishh. Jahatnya Cinta ni. Sampai hati. Ingat kan siapa lah tadi". Dada Adam ditumbuk Ainin lembut. Alaa. Tumbuk maja lah katakan.

Ainin dibawa ke dalam pelukan Adam. Pelukan dierat kan. Seerat erat yang boleh.

"Hati tahu tak apa beza hati dengan banduan?". Ahhh. Keluar sudah ayat domastik dia tu. Kalau bab ayat meng'ayat number satu.

"Tak tahu. Apa beza dia?". Tanya Ainin. Wajah nya diangkatkan memandang Adam.

"Banduan duduk dalam penjara, hati berada di cinta". Hehehe. Sempat Adam mengenyitkan mata nya. Hidung Adam dicuit Ainin.

"Nakal ehh, Cinta ni". Muka Ainin dah blushing. Apabila dilihat sudah seperti dua buah biji tomato berada di kedua belah pipi nya itu.

"Malu lah tu?". Soal Adam yang sememangnya sudah tahu akan jawapan Ainin.

"Jom tidur". Nada yang digunakan Adam. Cukup manja. Lampu ditutup oleh Ainin. Hangatnya asmara kian membahang rasanya.

"Jom". Elok. Masing-masing jenis melayan. Bagai merpati dua sejoli lah katakan.

Seorang hawa memerlukan adam disisinya. Begitu juga dengan adam. Kalau tiada hawa dan adam hidup seumpama tidak lengkap. Kerana tulang rusuk yang hilang akan datang juga, cuma kita sahaja, tak tahu kapan dan bagaimana caranya dia datang.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now