6 // Raikan Cinta

3.4K 176 4
                                    

"Aku terima nikah nya Ainin Sophea Binti Ahmad Jailani dengan emas kahwin nya satu set kelengkapan alat solat tunai". Alhamdulillah dengan sekali lafaz Ainin kini sah menjadi milik Adam Malik.

Dahi Ainin dikucup lembut dengan penuh rasa kasih. Tangan Adam dicium Ainin. Akan Ainin jaga maruah nya sebagai isteri kepada seorang yang bernama Adam Maliek.

Di surau yang serba sederhana itu hanya dikunjungi mereka sahaja. Mata mata dari pihak Ainin memandang dengan penuh meluat.

Malah dari pihak Adam Malik senyum melebar atas kurniaan seorang menantu sulung yang baik walaupun tidak secantik yang lain. Pn. Nuyan dan Haji Mokhtar saling berpandangan antara satu sama lain.

Senyuman mereka melebar kecuali mereka di pihak sebelah perempuan. Seperti melawat orang meninggal dunia pula. Haji Mokhtar menggeleng kepala nya saat melihat riaksi besan nya itu.

"Tahniah Encik Adam Malieki". Ucap Tok kadi itu kepada Adam. Adam membalas dengan senyuman dibibir. Akhirnya dia berjaya keluarkan Ainin dari hidup merana.

Inshaallah, akan dia jaga mahligai yang di bina ini sebaik mungkin. Selagi nafas masih Adam pegang, pada saat itu jugak lah, dia akan pastikan Ainin berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Tahniah, Dam. Selamat mengharungi malam pertama". Ijat merangkap kawan sekolah menengah Adam dan juga merupakan anak angkat keluarga itu menayang senyuman nakal.

"Kau ni. Kalau tak menyakat aku tak sah hidup kan, Ijat? Kau bila lagi ni? Hensem macam ni, takkan tak laku kut". Adam mengangkat sebelah keningnya.

Ijat yang tadinya ceria bertukar riaksi wajah nya. Muram. Entah apa yang sedang berlegar legar di otak Ijat ketika itu ye? Sempat Adam meneka di dalam hati nya.

"Kau kenapa?". Soal Adam. Wajah Ijat dipandang Adam dengan seribu satu jawapan.

"Aku mana ada calon lagi, sebab yang datang semua sama sahaja. Kalau bukan untuk duit, untuk harta, dua itu sahaja. Aku kan Adam. Aku nak yang betul betul ikhlas dengan aku. Sebersih hati isteri kau tu. Sanggup terima kekurangan kau". Keluhan berat dilepaskan oleh Ijat.

Ouhhh, begitu rupanya masalah kawan ku ini. Desis hati Adam. Adam menepuk bahu Ijat yang sedang duduk itu.

"Sabar lah bro, jodoh itu kan rahsia Allah, kau juga kena percaya bahawa aturan tuhan itu cantik, dan aku doakan kau semoga dipertemukan jodoh yang baik baik ya Jat". Sebaris senyuman dihadiahkan buat Ijat.

Ijat juga membalas dengan senyuman di bibir.

Majlis bersurai, sedikit kenduri kesyukuran menyambut kedatangan menantu sulung keluarga itu dilakukan.

Di dalam suasana majlis yang kecil kecilan, ada juga bait bait kata yang menyenangkan hati apabila didengari oleh telinga.

Dan lupa juga, bait bait kata yang mencaci, paras rupa si pengantin perempuan dan pengantin lelaki.

"Kahwin juga kau ye, pendek". Soal Qistina dengan nada yang amat sinis. Dijeling tajam kearah Adam.

Adam Malieki bukan seorang yang pendendam. Maka dia membalas kata kata itu dengan baik dan berhemah.

"Terima kasih". Ucap Adam sekilas. Adam dan senyuman memang tidak dapat dipisahkan lagi.

"Pendek, asal isteri kau buruk?". Soal Qistina lagi. Kali ini mampu untuk menimbulkan rasa tidak selesa dan marah akan hinaan ini.

"Kau siapa nak hina orang? Mak aku dah jemput kau tu bersyukur lah". Adam sambung menyambut kedatangan tetamu yang bertandang.

Kalau hati dah busuk, kau letak lah, berapa liter minyak wangi sekali pun tetap sama sahaja. Adam menggeleng kepala saat terfikir sikap si Qistina itu.

Majlis berlangsung dengan ceria. Walaupun hanya sekadar kenduri kesyukuran. Alhamdulillah.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Dalam Dakapan Dato Ziyad bakal menyusul malam nanti. Selamat berpuasa semua.

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now