3 // Tetamu Istimewa

3.6K 225 6
                                    

Hari ini rumah Ainin ada tetamu yang bakal datang. Katanya ayah kepada ibu secara tidak sengaja Ainin mendengarinya. Bahawa akan ada ahli koperat yang terkenal juga. Iaitu Haji Mansor akan hadir bersama anak dan isteri ke rumah Ainin.

Atas tujuan apa. Tidak pula diketahui Ainin. Pagi pagi buta Ainin sudah dikejutkan oleh Hya. Hya merupakan anak kedua Pn. Kalsum.

Walaupun sebelah muka telah pun musnah. Tapi Ainin tetap punya keinginan untuk menjadi seorang isteri kepada seorang suami dan juga ibu kepada bakal anak anak nya.

"Woi. Perempuan. Tetamu dah datang tu. Pergi hidangkan air. Tetamu itu memang datang khas untuk kau pun". Jerkah Hya. Terhinjut hinjut tubuh Ainin dek tengkingan itu.

Tidak lama selepas itu. Ainin dengan selendang yang dipakainya mara ke hadapan menghidangkan air kepada tetamu.

Haji Mansor dan Hajah Nuyan memandang antara satu sama lain. Ini lah perempuan yang berjaya memikat hati anak bujang terlajak mereka itu.

Lawa. Nampak baik. Walaupun sebelah muka nya telah pun rosak. Beradap lagi. Desis hati Pn. Nuyan. Ahmad Jailani melayan tetamu itu dengan penuh mesra.

Selesai sahaja menghidangkan air dan sedikit pencuci mulut kepada tetamu Ainin mengundur diri nya semula dan berlalu ke belakang. Sebaris senyuman yang ikhlas dihadiahkan buat tetamu tersebut.

Sempat Ainin mencuri dengar apa yang dibualkan mereka itu. Katanya Hya ada kaitan dengan dirinya. Perkara apakah itu?

"Kami datang sini sebenarnya nak merisik anak tuan dan puan". Ujar seorang lelaki tua seumur 50 an sebegitu.

"Anak saya yang mana satu tu Encik?". Soal Ahmad Jailani pula. Suami isteri itu saling berpandangan antara satu sama lain.

"Saya nak lihat kesemua anak Encik boleh?". Sengaja Pn. Nuyan berkata demikian. Sedari dahulu lagi. Dia sudah perasan bahawa ada seorang yang dilayan buruk di rumah ini.

"Kejap ya. Saya panggil ke semua anak saya". Pn. Kalsum menarik nafas panjang lalu memanggil kesemua anak anak nya turun ke bawah.

"Fya, Hya, Tya". Laung Pn. Kalsum kuat. Ingin sahaja bergegar rumah itu.

Ketiga-tiga anaknya turun ke bawah. Fya dengan gaun singkat nya yang menampak kan betis itu memang bukan selera Pn. Nuyan.

Hya seluar dah okey. Baju pula tidak cukup kain. Menampakkan tali bra nya ke luar dari baju.

Tya, Not bad. Okey. Tapi menjeling Pn. Nuyan dengan muka yang menyampah. Kesemua nya tidak sesuai untuk dijadikan menantunya.

"Saya taknak ketiga-tiga gadis ini. Saya nak gadis yang menghidang kan air sebentar tadi". Lembut sekali ujar Pn. Nuyan.

Ahmad Jailani dan Pn. Kalsum memandang antara satu sama lain. Mana mungkin gadis jijik itu pula dipilih oleh orang yang tinggi pangkat nya ini?

Apa kurangnya anak anaknya daripada si hodoh itu? Lagi cantik apa anak anaknya. Tinggi pelajaran pula itu. Kenapa Ainin juga yang dipilihnya.

Adakah sudah gila? Pn. Kalsum bermonolog sendirian.

"Ainin Sophea". Jerit Ahmad Jailani dengan tidak berpuas hati.

Ainin yang terdengar perbualan itu Agak terkejut dengan apa yang Pn. Nuyan sampai kan sebentar tadi.

"Ye ayah". Tidak lama selepas itu. Ainin mara ke hadapan semula.

Ainin Sophea, berbaju kurung, kepala bertutup. Walaupun tidak cantik dari fizikal tapi dalaman nya masih suci dan tidak kotor lagi.

"Saya nak merisik Ainin". Pn. Nuyan. Memandang wajah Ainin lama. Sebaris senyuman dihadiahkan buat Ainin. Wajah Ainin yang menunduk itu diangkat.

Biar lah dia pilih yang ini. Sedangkan anaknya juga bukan perfect sangat. Tapi punya budi pekerti dan kenal agama.

"Yaa. Saya nak dia menjadi menantu saya. Dan isteri kepada Mohd Adam Malik". Kata kata telah diputuskan. Maka tidak lama lagi. Pertunangan dan perkahwinan bakal berlaku.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant