4 // First Meet Encik Tunang

3.7K 207 11
                                    

Ainin keluar untuk menjemur baju di ampaian. Baju dijemur secara teratur sekali. Kemas dan selesa mata memandang. Hari ini. Ainin mengenakan skirt labuh yang lusuh dan juga baju yang penuh dengan kesan kesan clorox pada bajunya.

Tudung memang tidak lekang dari kepalanya. Sejak dari peristiwa hari itu. Ainin seakan sedikit menarik nafas lega buat masa hadapan. Terbit juga rasa takut yang membelenggu dirinya itu.

Tengah Ainin sedang meribas ribas kain supaya hilang kedut pada pakaian tersebut.

Pftttt.

Bunyi apakah itu? Ainin mula merasa takut. Langkah nya kebelakang dan kebelakang sedikit demi sedikit. Binatang buas kah? Ya Allah ya tuhan ku. Lindungi lah hamba mu ini ya Allah.

Pftttt.

Sekali lagi bunyi itu menghantui Ainin. Ainin sudah mengelabah jadinya. Belum sempat Ainin mahu memusingkan tubuhnya.

"Kejap-kejap awak. Jangan takut. Saya orang lah. Bukan nya binatang buas". Adam sedaya upaya menahan tawa nya daripada terburai keluar.

"Siapa awak? Dan di di mana awak berada sekarang? Kenapa saya tak nampak awak pun? Awak jelmaan ke?". Soal Ainin bertalu talu. Bagai detective conan pula gayanya saat itu.

Adam yang bersembunyi di sebalik baju itu hanya berdiam diri. Sengaja dia ingin melihat apakah riaksai gadis itu.

"Saya lah. Mohd Adam Malik. Betul awak nak tengok saya secara langsung ni? Awak tak malu kan bila awak lihat saya? Saya harap awak sudi terima saya seperti mana saya sudi terima awak".

Ainin. Tergamam. Dan terkejut bila lelaki itu memberitahu siapa dirinya. Walaupun belum lagi melihat wajah lelaki itu. Tapi Ainin sepertimana sudah tahu bahawa lelaki itu memang ikhlas dengan dirinya.

"Inshallah saya ikhlas, sepertimana Encik ikhlas terima saya yang berwajah buruk ini". Ucap Ainin ikhlas.

"Jangan berkata sebegitu, Cik Ainin. Saya juga banyak sangat kekurangannya. Saya harap Cik Ainin mampu terima saya dengan hati yang terbuka. Cik Ainin dah sedia?". Adam berkata untuk mendapatkan kepastian yang ke sekian kalinya.

"Inshallah. Saya dah bersedia Encik Adam". Adam memandang satu senyuman yang terbit di wajah itu. Manis betul wajah Ainin saat itu. Mampu membuatkan hati Adam berdegup kencang jadinya.

"Ini lah saya". Adam menutup mukanya.

"Mana? Saya tak nampak Encik Adam pun?". Soal Ainin yang sememang lansung tidak perasan keberadaan Adam di situ.

Adam tersenyum hambar. Geram pula dengan si Ainin ni.

"Cik. Ainin. Saya dekat bawah ni". Ainin memandang ke bawah. Adakah ini Encik Adam Hanifa? Tunang nya.

"Eh. Eh adik dari mana ni?". Soal Ainin pada Adam.

"Banyak lah awak punya adik? Ini saya Mohd Adam Hanifa, bakal suami awak Cik Ainin". Adam menahan geram.

Ainin tergamam.

Lelaki itu mempunyai wajah yang tampan. Seakan akan hafreez Adam tapi.

Tapi apa Ainin?

Tubuh nya terbantut. Dia merupakan seorang yang kerdil sejak lahir.

"Awak terkejut ke Ainin? Dengan diri tunang awak? Kalau begitu. Kita batalkan sahaja lah. Pertunangan ini". Adam yang melihat Ainin yang seakan tidak percaya itu diam membisu.

Adam berlalu dari situ. Tapi pantasan sahaja. Ainin. Menghalang langkah itu dari terus mara.

"Tunggu. Bila masa saya cakap saya tak mahu Encik Adam?". Adam sudah blur jadinya. Itu bermakna si Ainin ni sudi menerima dirinya kah?.

Adam memusing badan nya semula.

"Jadi Cik Ainin sudi terima saya?". Soal Adam pada Ainin. Dengan berjuta harapan agar gadis itu menerima nya.

"Inshaallah saya percaya. Bahawa Encik Adam adalah jodoh saya dunia dan akhirat". Ainin. Menutup wajah nya dengan tangan. Malu pula dia dengan Adam.

Mereka duduk di situ. Memulakan sesi perkenalan diri. Dari situ mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Tidak pula ada candle light dinner bagai, cukup hanya sekadar berkenalan di ampaian rumah Ainin.

{ Cinta Luar Biasa }

~ Tuhan itu maha Aidil dan saksama. Setiap yang terjadi percaya lah akan ada hikmahnya ~

Cinta Luar Biasa ✔Where stories live. Discover now