Part 10

4.8K 455 6
                                    

Sejak mereka meluahkan perasaan masing-masing, kini mereka sudah pun menjadi pasangan kekasih. Tiada lagi perang mulut seperti selalu.

Apa yang Minyoung lakukan, semuanya Yoongi sokong.

Sebulan kemudian

Sudah sebulan tiada khabar berita mengenai Jin kerana Jin tidak lagi datang mengganggu mereka. Tetapi muncul rasa curiga dalam diri Yoongi.

Ke mana Jin menghilangkan diri ?

Yoongi tersentak apabila Minyoung memeluk Yoongi dari belakang.

"Jauhnya termenung. Fikirkan apa ?"

"Eh. Takde apa. Baru bangun ke ?"

"Takde lah. Dah lama dah. Lepas tu tengok je awak termenung lama-lama tadi"

"Hmm dah. Nanti lambat pulak nak pergi hari graduasi tu"

Hari Graduasi ? Ya. Hari itu merupakan hari terakhir mereka bersekolah.

Jauh dalam sudut hati Yoongi, dia risau sekiranya Jin melakukan perkara yang bukan-bukan kerana Jin seperti orang hilang kewarasannya.

"Apa lagi yang awak menungkan tu ? Tadi suruh cepat lepas tu dia pulak yang lambat" Jerit Minyoung dari luar.

"Maaf" Kelam kabut Yoongi keluar.

——————————

Kelihatan ramai pelajar yang teruja kerana hari itu merupakan hari terakhir mereka sebagai seorang pelajar.

Namjoon, Hoseok dan Jimin menunggu kedatangan Yoongi dan Minyoung.

Taehyung dan Jungkook tiada bersama kerana mereka belum habis bersekolah lagi.

"Hah ! Tu kereta Yoongi !" Ujar Jimin.

"Lama tak jumpa diorang sejak kita busy exam hari tu" balas Namjoon.

Selepas Yoongi mengunci pintu keretanya, Minyoung berjalan ke arah Namjoon, Hoseok dan Jimin.

"Sorry lambat"

"Kenapa lah aku yang kacak lagi comel ni masih takde yang nak" keluh Jimin. Jimin sedikit cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara Yoongi dan Minyoung.

"Eh perasannya kau. Siku jap lagi" Hoseok mengacah mahu menyiku Jimin.

"Dah lah. Jom masuk. Layan korang ni sampai esok tak habis" Yoongi menarik tangan Minyoung masuk ke dalam kawasan sekolah meninggalkan tiga sekawan.

——————————

"Perasan tak Jin dah lama tak datang sekolah ?"

Semua mengangguk tanda setuju.

"Apa jadi kat dia ? Ntah mati ntah hidup orangnya"

"Aku rasa dia memang betul-betul dah tak betul kot. Takkan lah dia nak tinggalkan exam penting ni kan ?" Namjoon memberikan pendapatnya

"Yup. Tapi risau jugak kalau dia tiba-tiba muncul kacau kitorang lagi" Yoongi mulai risau.

"Kita tak boleh biarkan dia bebas. Kita mesti cari dia" cadang Jimin.

"Tapi nak cari kat mana ? Bukannya ada GPS untuk cari dia je" seloroh Hoseok.

"Nantilah kita fikirkan. Dah jom enjoy untuk meraikan hari terakhir sebagai seorang pelajar !"

Semua bersorak teruja.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now